Sambal ikan pauh muda, buat makan dengan nasi panas-panas. Ramai tak yang suka dengan menu macam ni untuk makan tengahari?
Betul-betul pecah air liur orang cakap dengan resipi daripada Baharin Zakaria ni kan. Cara nak buat pun mudah sangat, guna 5 bahan je.
CARA BUAT SAMBAL IKAN PAUH MUDA
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang kukus/panggang atau goreng (ambil isi sahaja) 10-12 biji pauh muda 15-20 cili padi (suka pedas boleh tambah lagi) – beli online di sini 2 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu teh garam – beli online di sini
Khas buat anda, RASA kongsikan dua menu casserole yang mudah dan enak. Menu yang disediakan oleh Chef Khairi ini memberikan idea untuk anda menyediakan sajian casserole sendiri di rumah ikut citarasa keluarga. Memang sedap! Pasti tak menyesal jika cuba. Jika nak sediakan masa hari raya nanti pun sesuai.
1. CHEESY CHICKEN & HERB RICE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. POTATO & SAUSAGE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup Daging Ala Thai menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam pedas makan dengan nasi putih dan ada pula telur dadar memang ngam lah!
Kalau ada tulang dan lemak sikit masukkan semua baru sedap sup yang dibuat. Kalau yang diet nak ratah sahaja pun sesuai.
Yang suka pedas letak cili banyak-banyak perah limau. Empunya resipi menggunakan perencah sup siam bagi menyedapkan lagi hidangan sup yang dibuat.
Menu Creamy Cheezy Butter Prawn memang sedap dimakan dan selalu juga menjadi kegemaran untuk di restoran. Tapi bila nak masak sendiri di rumah, ramai yang belum lulus kan.
Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal.
Resipi Creamy Cheezy Butter Prawn yang dikongsi Suzana Othman, sesuai untuk mereka yang pertama kali nak masak menu ini.
Kalau tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.
CREAMY CHEEZY BUTTER PRAWN
BAHAN UTAMA:
1kg udang 1 senduk tepung goreng ayam bestari – beli online di sini Sedikit air
2. Goreng udang dalam minyak yang cukup panas. Tos dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan mentega. Tumis bawang putih hingga layu. Masukkan daun kari dan cili. 4. Tambahkan 1 tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg. Apabila dah menggelegak, masukkan udang. 6. Gaul sebentar hingga udang bersalut dengan sos. Tutup api.
7. Dalam mangkuk lain, pukul 4 biji kuning telur. 8. Panaskan minyak dan ½ bahagian mentega. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.
9. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju-laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau. Tak laju tak halus nanti. 10. Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.
11. Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yang besi tu pun boleh. Tekan-tekan telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.
12. Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yang berbaki. Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.