Salah satu hidangan yang sedap untuk minum petang adalah roti telur sardin. Bahan-bahan nak buat pun tak susah. Roti adalah salah satu jenis makanan yang mengenyangkan. Selalunya di rumah memang ada stok roti untuk dimakan kala lapar. Kadang kita jadi blur tak tahu apa nak dihidangkan pada keluarga untuk sarapan atau minum petang. Jadi kalau korang nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, jomlah try buat roti telur sardin ni.
ROTI TELUR SARDIN
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Biskut Cornflakes memang kesukaan ramai. Lebih lebih lagi budak-budak. Tambah pulak dengan badam , makin bertambah rangup lah. Meh ke dapur buat cornflakes almond crunchy cookies.
Masa panjang di rumah ini, ambil kesempatan mengeratkan kemesraan keluarga. Buat aktiviti bersama keluarga. Idea buat biskut cornflaes almond crunchy bersama anak-anak ni pasti menjadi aktiviti yang menggembirakan. Ajak anak-anak buat adunan dan sama sama gentel atau terap biskut tu.
CORNFLAKES ALMOND CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A 1cwn butter/200g butter ke majerin ke buleh 1cwn gula perang/100g 1/2 cwn minyak masak 1 biji kuning telur 1sdk esen vanila sedikit garam halus
1 cawan cornflakes di kisar 1 cawan almond d bakar sekejap
BAHAN B 4cwn tepung gandum(400g) 1/2 cawan tepung susu(50g) 1sdk empleks atau tepung beras 1sdk baking powder 1sdk soda berkarbonat ayak kan👆
CARA MEMASAK : 1. Whisk aje bahan A, guna senduk pun boleh. Dah sebati masuk esen vanila dan kuning telur, minyak serta garam sikit dan kacaukan.
2. Masukkan cornflakes kisar tadi dalam adunan majerin bahan A kacau kan 3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikitcampuran tepung sambil kacau rata gaul sebati guna senduk td.
4. Adunan lembut sedikit jangan risau jadi je. akhir sekali masukkan almond slice td gaul rata..masuk kan peti ais 20 mnt..boleh sudu kan dan golek atas cornflakes yg korg ramas2 tuk sebagai hiasan la
5. Adunan agak lembik sket so jarakkan sedikit semasa susun adunan sbb die akan mengembang sket masa dibakar. Bakar dengan suhu 170c 20minit.
Sumber : FB :ZuLaily Hanim Lilly
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba waktu makan tengahari, pasti ada ibu-ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak. Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur, pasti akan ada harinya dimana tiba-tiba jadi buntu.
Jangan risau, saudari Widiati Sulaiman; pemilik Restoran Nasi Lemak Kak Ros, Shah Alam bermurah hati berkongsi seleksi resipi lauk pauk yang sesuai disajikan buat keluarga setiap hari. Semuanya sangat mudah disediakan dan enak-enak belaka. Paling penting, semuanya ‘homemade’, bersih dan tentunya halal. Selamat mencuba!
1. GULAI KUNING IKAN MASIN BERSAMA HIRISAN TIMUN & KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN: 10 biji cili padi (*) 1 ulas bawang merah (*) 1 batang serai 2 cm kunyit (*) 3 keping ikan masin talang – rendam seketika dalam air panas 1/2 biji nanas – hiris kecil 250ml santan 150ml air Garam secukup rasa 1 biji timun – hiris 5 tangkai kacang panjang – hiris
CARA MEMASAK: 1.Rebus kepingan nanas hingga layu. Ketepikan. 2. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus. 3. Didihkan bahan kisar bersama nanas. Masukkan serai. 4. Setelah mendidih, masukkan kepingan ikan masin diikuti dengan santan dan air. 5. Biarkan mendidih sambil dikacau. 6. Masukkan hirisan timun dan juga kacang panjang. Masak lagi hingga sayur lembut. 7. Rasa kuah gulai dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. 8. Sedia untuk dihidangkan.
2. SEMUR AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam – potong kecil 4 batang serai 200ml kicap manis 150ml santan 2 biji bawang besar – kisar 4cm halia – kisar 3 ulas bawang putih – kisar 2 biji cili merah 1 sudu kecil asam jawa adabi 1/2 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR KERING: 2 sudu makan jintan manis 2 sudu makan jintan putih 1 sudu makan ketumbar 1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan goreng terlebih dahulu. Ketepikan. 2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bahan kisar kering bersama dengan serai. Tumis hingga kekuningan. 4. Masukkan kicap diikuti dengan santan. Sebatikan. 5. Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa dengan secukupnya. 6. Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau sebati. 7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
3. TERUNG BILIS GORENG SAMBAL
BAHAN-BAHAN: 3 biji terung – potong kecil 8 biji cili merah – kisar 5 biji cili padi – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang merah – hiris halus 3 biji tomato – potong dadu Segenggam ikan bilis 1 sudu makan gula 1 sudu kecil garam Sedikit perisa makanan Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng terung cukup sekadar kulit terung bertukar warna. Angkat dan toskan. 2. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak tadi tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. 4. Tumis bahan kisar hingga agak kering. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Masukkan hirisan tomato dan bawang. Gaul sebati. 6. Setelah sambal mendidih dan cukup rasa, masukkan terung dan juga bilis. Padamkan api dan gaul hingga sebati. 7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN: 1kg daging tetel – hiris 200gm cili kisar 4cm halia – kisar 2cm kunyit hidup – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang besar – kisar 2 sudu besar asam jawa Sedikit minyak untuk menumis 2 sudu gula 1 sudu garam 1 sudu serbuk perasa 3 helai daun limau purut 2 cawan air rebusan daging
CARA MEMASAK: 1.Rebus daging tetel sehingga empuk. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak. 3. Masukkan asam jawa. Biar mendidih seketika kemudian masukkan daging tetel yang telah direbus tadi bersama air rebusan daging. Sebatikan. 4. Perasakan kuah asam pedas dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. 5. Bila kuah asam pedas sudah menggelegak. masukkan daun limau purut. 6. Tutup api sedia dihidang segera.
5. MASAK LEMAK PUTIH PETOLA BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN: 1 biji petola – potong kecil 1/2 biji labu – potong dadu 1 ulas bawang merah – hiris Segenggam udang basah (udang putih) 1 helai daun kunyit 1 batang serai 250ml santan 100ml air
CARA MEMASAK: 1.Satukan hirisan bawang merah, air, udang dan labu di dalam periuk. 2. Didihkan air dan masak seketika hingga labu lembut. 3. Kemudian masukkan petola dan santan. Biar mendidih seketika kemduian masukkan daun kunyit. 4. Setelah sayur lembut, tutup api sedia untuk dihidang.
6. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging -direbus & hiris nipis 1 biji bawang holland 3 biji cili padi – hiris 5cm halia – hiris nipis 2 ulas bawang putih – hiris nipis 2 sudu makan sos tiram 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk perisa Minyak untuk menggoreng 1 biji lada benggala – hiris
CARA MEMASAK: 1.Goreng daging sehingga separuh masak. 2. Masukkan hirisan halia dan bawang putih. Gaul sebati bersama daging hingga setengah layu. 3. Seterusnya masukkan sos tiram, garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul sebati. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit sahaja air. 4. Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, lada benggala dan bawang holland. Masak hingga layu. 5. Daging Goreng Halia sedia untuk dihidangkan.
Kalau di rumah anda ada banyak lagi stok roti tapi dah nak hampir tamat tempoh, boleh cuba resipi pencuci mulut yang dikongsikan ini.
Resipi dessert oleh Linda Safar ini sangat mudah, hanya menggunakan 4 je tapi rasanya sangat sedap!
Sedap dimakan begitu saja atau boleh tambah custard sauce atau gula icing sebagai topping.
Mudah dan menyelerakan. Sesuai juga buat dessert si kecil yang berumur 1 tahun dan ke atas.
DESSERT MUDAH 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 keping roti – beli online di sini 2 biji telur 150ml susu segar Buah blueberries
CARA MEMBUAT:
1. Potong roti kecil-kecil atau dalam bentuk kiub. Letakkan dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan susu ke dalam mangkuk yang lain.
3. Kacau telur dan susu hingga sebati. Boleh guna whisk.
4. Kemudian, adunan telur dan susu tadi, tuang ke dalam mangkuk yang ada roti telah dipotong.
5. Taburkan buah blueberries. Ikut suka nak tabur banyak mana.
6. Kemudian, bakar di dalam ketuhar dengan suhu 250C selama 25 minit. Boleh sesuaikan ikut suhu ketuhar atau air fryer masing-masing.
7. Jika nak tahu masak atau tidak, boleh periksa guna pencungkil gigi atau lidi. Kalau ada yang lekat, maknanya belum masak. Boleh tambah masa masak lagi.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.