Bagi peminat industri seni tempatan, nama Michael Ang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah mendapat pendidikan dalam bidang penyiaran di salah sebuah universiti di Australia, beliau memulakan karier dalam bidang pengarahan melalui penerbitan iklan komersial sekitar tahun 2000. Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menerbitkan sebuah filem menggunakan duit poketnya sendiri dan filem pertamanya ialah Anak yang telah membelanjakan hampir RM1 juta.
Michael kemudian mendapat peluang dan terus diberi kepercayaan untuk menghasilkan beberapa buah drama bagi stesen televisyen berbayar. Antara drama hasil karya dan terbitan Michael Ang yang mendapat sambutan penonton ialah Suri Hati Mr Pilot, Dia Semanis Honey dan terbaru, Rahsia Hati Perempuan.
Pengarah dan penerbit ternama yang dikatakan peramah itu juga telah terlibat dalam bidang perniagaan baju Melayu baru-baru ini dimana beliau telah mengeluarkan koleksi baju Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas dengan tujuan untuk menarik perhatian masyarakat Cina menggayakan baju Melayu dalam perayaan atau majlis-majlis perkahwinan.
Tapi siapa sangka selain daripada kerjayanya di belakang tabir dalam industri seni tanah air, beliau juga sebenarnya pandai memasak! Terbaru Michael berkongsi cara-cara memasak masakan Cina, Teow Chew Steam Fish dan Steam Egg menerusi akaun Instagramnya. Nampak sangat menarik!
Jom kita lihat video langkah demi langkah yang diajarkan oleh Michael.
Resipi Teow Chew Steam Fish
Bahan-Bahan
Sayur masin*
Halia*
Cili padi* (dipotong kecil)
Cendawan (sudah direbus)*
Ikan bawal emas
Daun bawang*
Tomato*
Tahu putih*
Soya sos (1 ½ tbs)
Sour plum (4 biji)
Semua bahan bertanda * diletakkan mengikut citarasa masing-masing
Cara Penyediaan
Masukkan sayur masin, halia, cili padi, cendawan ke dalam satu bekas.
Masukkan ikan yang telah disumbat dengan halia dan daun bawang ke dalam bekas tersebut.
Taburkan semula sayur masin, cili padi, cendawan, tomato, tahu putih, halia ke atas ikan.
Masukkan sour plum lebih kurang 4 biji dan kemudian letakkan 1 ½ tbs soya sos.
Kukus selama lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada saiz ikan.
Siap dan sedia untuk dihidangkan!
INFO: Untuk menonton video langkah demi langkah Teow Chew Steam Fish, boleh pergi ke akaun Instagram Michael Ang
Ads
Resipi Steam Egg
Bahan-Bahan A
4 biji telur
Bahan-Bahan B
1 ½ cawan air
½ tsp lada putih
½ tsp serbuk halia
½ serbuk bawang putih
Sedikit sesame oil
Bahan-Bahan C
Century egg (jika suka)
Bahan-Bahan D (Soya Sos)
Soya sos
3@4 tangkai daun bawang
Sedikit halia (dihiris)
4@5 ulas bawang putih (diketuk)
Cara Penyediaan
Pukul bahan A iaitu 4 biji telur dan letak ke tepi.
Dalam bekas yang berasingan, campurkan semua bahan B dan kacau sebati.
Campurkan bahan A dan B kemudian pukul hingga rata.
Tapis bahan yang dicampurkan itu ke dalam bekas yang telah diletakkan century egg.
Wrap dan kukus selama 15-20 minit.
Cara Penyediaan Sos
Campurkan semua bahan D dan gaul rata.
Cara penyediaan Steam Egg
Setelah telur siap dikukus, sediakan 1spf minyak yang telah dipanaskan dan curahkan ke atasnya, diikuti dengan sos soya.
Taburkan daun bawang yang telah dihiris halus.
Siap!
INFO: Sukatan telur dan air hendaklah tepat jika tidak resipi steam egg tidak akan menjadi
Terliur melihat hidangan-hidangan hasil masakan Michael Ang ni. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah, malah cara penyediaannya sangat ringkas dan senang. Sedap sudah pasti! Selamat mencuba!
Menu yang simple bukan hanya kita menyukai malahan anak-anak juga enjoy menikmati. Contohnya sup telur pecah ni kalau buat mesti jadi rebutan ramai. Semua bahan ikut sukatan yang anda mahu. Kalau nak banyak ketam bubuhla ketam banyak.Jika nak cendawan banyak, letaklah banyak-banyak cendawan tapi saya suka letak jagung banyak.
Sup Telur Pecah Bahan-bahan: Sedikit bawang besar(potong dadu) Jejari ketam Cendawan butang Jagung (dalam tin) Isi ayam (rebus dahulu kemudian siat-siat halus isinya)-jangan buang air rebusan ayam ni ye 2/3 biji telur 2 ketul kiub pati ayam Sedikit tepung jagung ( untuk pekatkan kuah)-gaul dengan sedikit air
Cara memasak: 1.Air rebusan ayam tadi diguna semula.Kalau kurang air tambahkan lagi air. 2.Panaskan air rebusan,biar hingga menggelegak/mendidih. 3.Selepas itu masukkan bawang besar,biar seketika.Masukkan ayam dan kiub pati ayam dan cendawan, gaul. 4.Masukkan telur,sambil tuang telur sambil gaul 5.Masukkan perasa *jika nak tambah (garam/ajinomoto/gula) ikut suka 6.Masukkan jejari ketam dan jagung.Kemudian akhir sekali masukkan tepung jagung yang sudah digaul dengan air tadi. Gaul rata.
7.Jika kuah sup tidak pekat bolehlah ditambahkan lagi dengan tepung jagung. Kredit : Mastura Brahim
Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
6-8 biji telur
150gram Perfect Italiano Mozzarella
1 biji cili merah – cincang halus
½ labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Sedapnya Gulai Ikan Bawal. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Ada pula sambal belacan sedap, lagilah bertambah makan. Bagi anda yang nak masak Gulai Ikan Bawal dan Sambal Belacan hari ni, resipi mudah perkongsian saudari Noor Baini Bakar ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK GULAI IKAN BAWAL SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal besar – potong 3
2 sudu makan cili kering kisar
6 sudu makan rempah kari ikan babas – campur sedikit air jadikan pes
1 genggam asam jawa – ramas dengan air secukupnya
1 kotak kecil santan
1 sudu makan cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air
Bendi, tomato dan cili hijau secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas hari lengkuas
1 batang serai
1 cawan air
BAHAN TUMIS:
1 sudu makan halba campur
Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama daun kari hingga garing. 2. Kemudian masukkan halba campur. Perlahankan api supaya halba tidak meletup-letup. 3. Masukkan bahan kisar. Masak lagi hingga air sedikit kering. 4. Seterusnya masukkan cili kisar. Masak lagi selama 15 minit. Jika rempah terlalu kering, tambah sedikit air. 5. Tambahkan pes kari. Masak guna api perlahan selama 30 minit sehingga rempah masak sempurna dan pecah minyak. Lagi lama rempah dimasak, lagi elok hasilnya. Tambah sedikit air supaya tidak hangit. 6. Masukkan air asam jawa. Jika mahu kari yang lebih berkuah, tambahkan air. Masak lagi hingga mendidih. 7. Masukkan satu kotak kecil santan. Boleh juga dikurangkan jumlahnya. 8. Seterusnya masukkan cuka. Ia bertujuan supaya ikan tidak lembik. 9. Tambahkan juga garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sekata. 10. Masukkan bendi dan ikan. Biar hingga ikan masak. 11. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Masak seketika. 12. Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan sambal belacan.