Mi yang cukup terkenal di negeri pantai timur . Makan mi bersama sup jernih ikan dan wajib ada kepok ikan.
MI CALONG BAHAN-BAHAN:
Ads
2kg ikan selar kuning/selayang
Ikan disiang asing isi ikan dn tulang ikan.
Isi ikan unttk buat kepok sahaja.
Tulang ikan untuk buat kuah calong.
BAHAN KUAH MI CALONG:
15 ulas bawang merah/dimayang halus.
2 labu bawang putih/dimayang halus.
6 batang kulit kayu manis.
5 biji cengkih
5 biji pelaga
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya utk menumis.
CARA MEMASAK:
Semua bahan ini ditumis hingga naik bau.
Bawang itu biar ia masak kekuningan.
Lepas itu isi tulang ikan tadi kacau sekejap.
Kemudian baru isi air sebanyak mana yang nak.
Akhir sekali isi bahan perasa secukup rasa yang dikehendaki.
BAHAN-BAHAN SOS:
Cili padi.
Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
Kisar cili padi, cili sos dan air masak sehingga halus.
Ikut sebanyak mana hendak atau cair pekat sos tadi.
BAHAN HIASAN:
Ads
Daun bawang/sup.
Tauhu-digoreng dan potong kecil
Telur ayam/puyuh- direbus hingga masak.
Fishcake/digoreng hingga masak.
Kicap manis
Lada sulah.
BAHAN-BAHAN:
Satu peket mi kuning/mi halus/mi lidi.
CARA MEMASAK:
Untuk mi kuning dan mi halus direndam dengan air panas sekejap. Bila sudah lembut sedikit baru tos.
Cara masak mi lidi/mi batang. Rebus air hingga menggelegak, masukkan mi lidi atau mi batang hingga mi terendam. Bila mi sudah timbul itu tandanya mi sudah masak.
Ads
BAHAN KEPOK IKAN:
Tepung ubi.
Garam
Isi ikan yang telah diasingkan dari tulang tadi.
CARA MENYEDIAKAN KEPOK IKAN:
Isi ikan dikisar tanpa air sedikit demi sedikit sampai hancur.
Ambil isi ikan yang dikisar tadi dan digaul dengan tepung ubi (masukkan sedikit demi sedikit). Digaul bersama garam dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
Gaul isi ikan tadi sehingga tidak melekat dijari.
Kemudian digentel bulat atau memanjang. Ikut citarasa anda.
CARA MEMASAK BEBOLA:
Air dimasak hingga menggelegak baru isi kepok ikan yang digentel tadi Bila kepok ikan tadi sudah timbul itu tandanya ia dh masak.
Kemudian angkat dan toskan.
Ikut citarasa anda jika hendak goreng atau rebus terpulang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Mi rebus Terengganu. Paling mudah nak buat. Campak-campak je bahan dalam periuk. Siap! Yang penting, sedap.
Sesuai dimasak pada musim perayaan macam ni. Kalau ada yang nak datang ke rumah, masak je mi rebus ni. Daripada budak sampai orang dewasa boleh makan. Tak ada masalah.
Mi pula boleh pilih sama ada nak masukkan terus dalam kuah atau celur dan asingkan. Kalau tetamu datang berperingkat, elok asing. Kecuali memang nak makan terus. Bukan apa, takut mi kembang, tak sedap pulak.
Boleh cubs resipi yang dikongsikan oleh Encik ImZek Zack ini ye. Ini versi beliau. Orang lain mungkin ada versi mereka tersendiri. Selamat mencuba!
Tumis bawang dan bawang putih sampai pecah minyak. Masukkan daging dan ayam. Masukkan sos tiram, lada hitam, kiub ayam, serbuk Secukup Rasa dan gula.
Bila daging nampak empuk, masukkan air secukupnya. Setelah kuah mula menggelegak, masukkan fish ball, batang sawi, bunga kubis, baby corn, lobak merah, kemudian masukkan telur. Ketika masukkan telur, jarakkan sedikit dan jangan kacau. Biarkan telur mengeras.
Masukkan sayuran lembut, udang, sotong dan tamoto. Perasakan dengan garam secukup rasa. Nak rasa lebih ‘umph’, boleh letak lada sulah. Biarkan mereneh. Siap.
Tapi kalau nak masukkan sekali mi kuning pun boleh je. Kalau tak, celur mi berasingan. Nak lagi sedap boleh perah sedikit limau nipis ketika nak makan.
Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 sudu teh garam (BELI DI SINI)
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Anda dan keluarga suka makan migoreng? Mungkin sudah jemu dengan resipi sedia ada jadi bolehlah cuba masak mi goreng menggunakan resipi dari Indonesia ni pula. Semuanya kelihatan sedap dan membuka selera. Malah nak masak pun senang. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
1. MI GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
1 ikat sawi hijau – dipotong
2 biji telur – dipukul
5 biji bebola daging – dihiris
1 tangkai daun bawang – dipotong kasar
Kicap manis secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan celur mi hingga lembut. Toskan airnya.
Letakkan mi dalam bekas dan campurkan dengan kicap manis, sos tiram, serbuk lada hitam, garam, serbuk pati ayam dan 2 sudu makan minyak masak. Gaul rata dan ketepikan seketika.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian masukkan telur. Kacau hingga hancur. Sisihkan ke tepi kuali.
Dalam kuali yang sama, tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
Gaulkan kembali telur dan hirisan bebola daging bersama bahan tumis. Gaul rata.
Seterusnya masukkan sawi, mi dan juga daun bawang. Adun semua hingga rata dan semua bahan masak sempurna.
Rasa supaya rasanya sempurna dengan selera. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
1 bungkus mi telur – boleh beli di pasaraya bahagian mi kering
1 biji telur
2 batang saderi – hiris panjang
5 helai kubis – hiris kasar
2 sudu makan kicap manis
5 biji cili padi
Garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa secukupnya
BAHAN TUMBUK HALUS:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 biji buah keras
1 sudu makan udang kering – direndam air terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
Rebus mi hingga lembut kemudian toskan airnya. Kemudian campurkan dengan 1 sudu makan kicap manis dan 1 sudu makan minyak masak. Adun dan ketepikan.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan telur. Gaul hingga hancur.
Tambah hirisan daun kubis dan saderi. Perasakan juga dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa. Gaul rata sekali lagi.
Jika mi kelihatan terlalu kering, tambahkan sedikit air. Jika kurang manis atau kurang masin, tambah dengan secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
Setelah semua bahan sekata, angkat dan nikmati segera. Lebih enak jika ditabur hirisan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO: Selain menggunakan mi telur, boleh juga gunakan aneka mi kering lain yang bersesuaian.
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.