
Resipi ringkas sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan makana malam. Mi ban mian ni adalah mi tradisional yang cukup popular di kalangan orang Cina berbentuk 'flat noodle' ala rupa ramen. Biasanya mi ni ala homemade, yang halal pun ada dijual.Sedap dimasak sup atau pun digoreng.
Jom cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Mary Teo Lee Na ni. Senang aje buatnya, 15 minit dah siap.
MI BAN MIAN

BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul Ban Mian
-
- Isi ayam atau udang
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 6 biji cili api
- Minyak
- Air
- 2 sudu besar kicap cair
- 1/2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil gula
- Secubit lada hitam kasar
- Serbuk pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Bawang merah dihiris halus dan gorengkan sehingga jadi bawang goreng, angkat bawang goreng dan ketepikan.
2. umbuk lumat cili padi dengan bawang putih.
3. Rebuskan air yang mencukupi untuk merebus mi ban mian ini. Bila mendidih masukkan mi dan kacau. Biarkan masak dalam 2 minit dan toskan. Bilaskan dengan air bersih untuk membuang bau mee dan ketepikan.
4. Panaskan minyak yang mencukupi untuk tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan udang/ayam.
5, Masukkan sedikit serbuk pati ayam, kicap cair, sos tiram, gula dan secubit lada hitam kasar. Gaul rata dan matikan api.
6. Masukkan mi dan bawang goreng tadi kedalam kuali dan gaul rata. Sudah boleh hidangkan.

INFO:
Kepedasan mi bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan cili.
Boleh tambah bahan yang anda suka seperti bebola ikan, fishcake, telur dan sebagainya.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam

Isi Kandungan
ToggleBiasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi saudara Are-Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA HASILKAN TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur ayam gred B
- 1kg garam kasar
- Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Nak cari AIR FRYER? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Warisan Terengganu…Mak-mak Kena Wariskan Pada Anak-anak.

Kuih tradisional ni memang wajar diwarisi golongan muda. Bahannya ringkas sahaja, dahlah tu murah pulak. Musim cuti sekolah ni masa terbaik nak kenalkan anak-anak kuih muih tradisional ini.
Ni min kongsikan 7 resipi kuih muih dari pantai timur dari Terengganu, adik-adik yang suka masak pun boleh cuba, ya.
1. AKOK BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN INTI:
- 1 kg isi ayam
- 2 sudu rempah nasi minyak ( boleh juga guna rempah kurma)
- 2 biji bawang besar / dikisar
- 1 labu bawang putih /dikisar
- 2.5 sm halia
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan kerisek
- 1 kotak kecil santan kotak (220 ml)
- 3 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- 220 ml air
- 4 biji bawang besar /dipotong dadu
BAHAN KULIT AKOK :
- 10 biji telur
- 8 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan gula
- Sedikit esen vanilla (jika suka)
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dalam kuali hingga naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yang dipotong dadu
5. Masak hingga kering.
Cara masak kulit akok/bauhulu :
1. Putarkan telur dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja.
3. Lengserkan acuan kuih dengan sedikit mentega dan taburkan dengan tepung untuk mengelakkan akok melekat pada acuan.
4. Panaskan oven pada suhu 140 darjah celcius.
5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti.
6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti.
7. Bakar lagi sehingga kekuningan
INFO CHEF :
Akok berlauk ini juga dikenali sebagai bauhulu berlauk.
Saiz hidangan : 60 biji
Masa memasak :40 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.
2. TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 cawan gula melaka ( atau gula merah)
- 1 sudu teh kapur makan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Kelapa parut secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masakkan gula melaka dengan air sampai cair, sejukkan sekejap.
2. Masukkan air gula melaka ke dalam tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu likat.
4. Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sedikit air. Juga masukkan garam.
5. Tapiskan dalam loyang yang dah diris dengan minyak atau mentega.
6. Kukus dalam masa 30-45 minit.
7. Bila dah masak, sejukkan sekejap dan kemudian potonglah kuih ini. Potong nipis supaya mudah dimakan.
8. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula.
9 .Kemudian gaulkan kuih yang dipotong tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dinikmati.
INFO CHEF :
Jangan masukkan air manisan/gula melaka ke dalam tepung gandum sekali gus. Sebaliknya sedikit demi sedikit lalu digaul sebagi. Ia penting supaya kita dapat mengagak adunan agak tidak terlalu lembik.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 45 minit hingga satu jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Kapur menjadi pelikat dan menambah rasa rangup pada kuih.
3. TEPUNG BUNGA
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung pulut
- Air secukupnya untuk menguli
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu makan santan
- 1 biji telur
- Minyak untuk menggoreng
- Gula halus (kastor)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air ke dalam tepung pulut bersama garam dan santan.
2. Uli sampai doh tidak melekat di tangan
3. Bulatkan dan leperkan.
4. Celupkan ke dalam telur yang dipukul sedikit.
5. Goreng dalam kuali panas, angkat dan toskan minyak.
6. Salutkan bersama gula, dan siap.
INFO CHEF : Tepung bunga termasuk dalam senarai kuih tradisi zaman berzaman, kuih lama Terengganu
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Gabungan rasa manis dan tepung pulut menghasilkan rasa yang lazat
4. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm sagu biji
- 100 gm kacang hijau
- Garam dan gula nisan secukupnya
*Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
- 2 cawan santan
- 2.5 sm halia /dimayang halus
- Satu sudu teh halba
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk.
2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa.
3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil
4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya.
5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan.
6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi.
7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan.
8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah :
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul.
2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi
3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Saiz hidangan : 20 biji
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih-muih
Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih ini sejuk atau panas.
5. TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN BAWAH :
- 2 cawan pulut
- 1/2 sudu makan garam
- 1 1/2 sudu teh gula
- 1/2 cawan santan
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 5 biji telur
- 1/2 tin susu pekat
- 1/2 tin susu cair
- 2 ketul gula melaka @ gula merah /dicairkan
CARA MEMASAK :
Cara masak lapisan atas:
1. Kukus pulut dan masukkan semua bahan di atas dan tambahkan sedikiti air dalam 1 1/2 cawan air hingga masak.
2. Setelah pulut masak masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan sehingga mampat dan padat.
3. Setelah semasa pulut panas tuangkan adunan lapisan atas.
Cara masak lapisan bawah :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tadi.
3. Kemudian kukus balik selama 45 minit hingga sejam
4. Setelah sejuk Tok Aji Serban siap dipotong untuk dihidang.
INFO CHEF : Ada persamaan dengan seri muka, yang berbeza lapisan atasnya. Bahan telur, santan dan gula perlu seimbang untuk mendapatkan lapisan atas yang cantik (tidak keras dan tidak lembik)
Saiz hidangan : 10 ketul
Masa memasak :Satu jam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis, pencuci mulut popular di Terengganu. Lapisan atas tidak menggunakan tepung.
6. KAYU KERAMAT
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg tepung gandum
- 1 camca teh soda birkabonat
- 1/2 sudu makan yis segera
- 6 camca makan gula
- 2 cawan air suam
- 2 biji telur
- 1 sudu makan majerin/dicairkan
CARA MEMASAK :
1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih.
2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan air gula dan yis yang dibancuh tadi.
5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam))
6.Gorenglah hingga kuih bertukar warna perang dan ia boleh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan kuah gulai atau kari.
INFO CHEF: Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat dan amat mengenyangkan.
Saiz hidangan : 50 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan kuih muih
Keistimewaan : Sajian ringan yang mengenyangkan
7. PULUT NYOR/NYIOR
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan pulut
- 2 cawan air
- Garam secukupnya
- Kelapa parut digaul garam dan gula / secukupnya
- Garam dan gula
*Ikan kering (dihidang bersama)
CARA MEMASAK :
1 .Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Boleh tanak menggunakan ‘rice cooker’.
2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yang sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat.
3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yang sudah dicampur garam dan gula secukup rasa.
4. Enak dimakan bersama ikan kering
INFO CHEF: Anda juga boleh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.
Saiz hidangan : 10- 12 ketul
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Kukus atau tanak dalam periuk elektrik
Jenis masakan : Beras pulut
Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dengan air sahaja tanpa menggunakan santan
Terima kasih :
RESTORAN GAMELAN, Blok B-G-05, Blok No 2, Jalan PJU 1A-7A, Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
RESTORAN SINGGANG WARISAN, No 23-G, Blok A, Jln Atmosphere 3, Seri Kembangan, Selangor
KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor
Masak Sotong Bakar Berempah Guna 3 Pes Segera Ni. Sedap Macam Dekat Kedai

Bagi penggemar menu Sotong Bakar Berempah, resipi yang dikongsi dari saudari Afy Al Habibi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Andai dinikmati pula bersama nasi panas dan juga air asam, pastinya sangat enak dan membuka selera. Ada yang tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOTONG BAKAR BEREMPAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong bersaiz besar
1/2 sudu makan perencah Asam Pedas – beli online disini
1/2 sudu makan perencah Ikan Bakar – beli online disini
1/2 sudu makan perencah rendang – beli online disini
BAHAN TUMBUK:
2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Secubit belacan – beli online disini
4 tangkai cili padi merah dan hijau
1/2 sudu makan gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Sotong dibersihkan dari kantung hitamnya dan bahagian dalam. Kemudian kelar sedikit.
2. Sediakan ketiga-tiga jenis pes di atas. Setiap jenis pes tadi, gunakan sebanyak 1/2 sudu makan.
3. Sediakan bahan tumbuk. Kemudian campurkan dengan pes perencah tadi. Sebatikan.
4. Sapu rempah pada sotong yang telah dibersihkan dan dikelar tadi.
5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Lapik daun pisang.
6. Letak sotong dan bakar sehingga masak. Sebelum diangkat, boleh sapu sekali lagi pes pada sotong untuk rasa yang lebih enak.
7. Sotong Bakar Berempah sudah boleh diangkat dan dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Orang Thailand Kongsi Resipi Kengsom Ikan Talapia Yang Sedap
Resipi Mee Wantan Kicap Sedap & Sup Bebola. Senang Je Cara Buatnya
Resipi Kuih Lapis Coklat Pandan Paling Mudah. Bahan Hanya Sukat Guna Cawan Je
Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official