Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
SUP DAGING ORI THAI
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumbar
1 biji bawang Holland kecil
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
Ads
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Ads
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
Ads
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Daging salai memang sedap kalau buat Masak Lemak Cili Api. Terasa bau asap dalam kuah, lagi terangkat! Jika tiba-tiba teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual, cara dibawah ni anda boleh cuba.
Kaedah ini sesuai dipraktikkan oleh anda yang tinggal di rumah-rumah tinggi macam kondominium dan apartment. Maklumlah, kawasan tanah tak ada. Macam mana nak nyalakan arang. Betul tak? Jadi solutionnya, boleh cuba cara ni. Mudah! Selamat mencuba!
CARA-CARA BUAT DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Potong daging kepada kepingan yang bersesuaian. Rebus seketika dan jangan terlalu lama. Takut manis daging hilang. Anda perlu rebus jika guna daging bukan batang pinang. Jika guna daging batang pinang, tak perlu rebus.
2. Toskan dan gaul daging tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
3. Ambil pemanggang dan alaskan dengan daun pisang di dasarnya. Susun daging yang telah dilumur kunyit garam tadi.
4. Terbalikkan daging supaya masak sekata.
5. Setelah air daging berhenti menitis, alihkan lapik pemanggang tadi dan bakar daging menggunakan api. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa dan bau hangus pada daging.
6. Angkat dan hiris nipis. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda. Paling best, Masak lemak Cili Api lah!
Kadangkala kira rasa blur tak tahu apa nak masak. Macam semua benda dah kita buat. Kan? Nah, RASA berikan idea untuk anda masak malam nanti.
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selamat memasak!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Pad Kra Pao Daging ni. Bagi penggemar sajian Thailand, pasti tidak asing lagi dengan menu yang satu ni. Ia merupakan salah satu sajian Thailand yang tersohor yang dimasak menggunakan daun thai basil atau daun selasih. Sangat wangi dan membuka selera. Nak cuba? Saudari Nur Haziqah ada kongsikan resipinya. Istimewanya resipi ini dipelajari dari orang Pattani, Thailand sendiri. Wow… Pasti best. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
RESIPI PAD KRA PAO DAGING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 200gm daging cincang Daun selasih secukupnya – cincang 1/2 biji bawang holland – hiris – beli online disini 3-4 ulas bawang putih – cincang – beli online disini Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris 1 sudu makan kicap manis – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos ikan – beli online disini Gula secukupnya Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh guna daging segar yang dihiris nipis dan dicincang untuk rasa lebih enak. Gaul hingga daging masak.
3. Seterusnya masukkan hirisan bawang holland, daun selasih, cili padi, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan juga gula secukupnya. Gaul rata.
4. Rasa Pad Kra Pao jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.