Alangkah sedapnya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas untuk hidangan sendiri, sekeluarga atau rakan-rakan. Kali ini dikongsikan resipi daripada Pak Kasim Asam Pedas Melaka, yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak, sila cuba ye!
IKAN TERUBUK ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Terubuk – bersihkan dan potong
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 batang serai – ketuk
2 helai daun limau
5 batang bendi – potong
1/2 sudu kecil halba
Garam secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Tumis hingga terbit bau.
Masukkan daun limau purut,serai, halba dan sedikit air asam jawa. Kacau sekata.
Masukkan garam secukupnya dan ikan Terubuk. Kemudian masukkan bendi. Kacau seketika. Tutup api dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai – ketuk
5-6 batang bendi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Daun kesum secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
DAGING TETEL ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging tetel -bersihkan
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai – ketuk
1/2 sudu kecik serbuk kunyit
1/2 cm halia
2 helai daun limau
Air asam jawa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak,masukkan semua yang telah dikisar.
Masukkan daun limau,serai yang telah diketuk dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Kacau sekata.
Masukkan daging tetel dan sedikit air asam jawa. Setelah itu perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan.
IKLAN
ASAM PEDAS IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan sardin|dibersih dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
5 biji bawang merah
1 ikan daun kesum
3 keping asam gelugur
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
IKLAN
Masukkan pes cili kering, bawang merah, belacanm daun kesum, asam gelurgur ke dalam periuk dan masaukkan air secukupnya. Kacau rata dan masak sehingga air mendidih
Kemudian masukkan ikan sardine. Masak sehingga ikan masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
Kacau perlahan, sesuaikan rasa, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Info chef: Boleh juga gunakan ikan lain untuk menu ini.
Menu udang galah? Mesti mahal! Itu antara ayat yang akan terkeluar dari mulut kalau bercakap pasal makanan seafood ni, tapi kalau harganya berpatutan memang berbaloi kan. Menarik di kedai Mat Mee Udang ni adalah menu utamanya Mee Udang Maroos yang terlajak mewah dengan udang yang besar dan meriah banyaknya. Kalau kamu jenis yang elergik tengok udang bolehlah menjengah kedai ni..
Antara Menu Lain:
* Mee Buboh Udang
* Udang Dlm mee
* Udang 5 ekor dalam Mee
Lokasi : Chekok, Chetok. #PasirMas jln sungai keladi. Blkg sjkc poy hwa.
Masa Buka : 12 PM ~ 12 AM
Ikan sumber protin yang laing menyihatkan dan lazat. Dapat pulak ikan segar..memang manislah kuahnya Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh No Or ni. Kalau siapa yang baru kebah demam pun sesuai kalau nak hidup sup ikan senangin ni.
SUP IKAN SENANGIN
Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ikan senangin
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sepotong halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 1/2 cawan air
6-8 biji lada hitam (tumbuk)
perencah sup ikan
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Daun bawang / daun sup / karot (ikut suka)
Cara memasak:
1. Sediakan ikan senangin yang dah dibersihkan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah. Masukkan bawang dan halia.
4. Tumis hingga berbau wangi kemudian masukkan perencah sup.
5. Masukkan air, tunggu mendidih kemudian baru masukkan ikan.
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Kemudian, masukkan hirisan karot.
8. Akhir sekali masukkan lada hitam, daun bawang, daun sup dan tutup api. Tadaa siap. Boleh lah dihidangkan dengan nasi panas.
Anda yang pernah berkunjung ke Negara jiran Indonesia dan Singapura, pastinya ada beberapa makanan yang menjadi ingatan kerana kedua-dua negara ini mempunyai pelbagai jenis makan, terutama di Indonesia. Terdapat pelbagai jenis makanan dijual digerai-gerai tepi jalanan. Untuk mengimbau kenangan atau anda yang belum mencuba, berikut 7 menu streatfood Indonesia dan Singapura yang disediakan oleh Puan Azian Hasan, Penulis Buku Resipi boleh anda cuba.
SATE MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
Air secukupnya untuk merebus
6 helai daun limau purut
2 batang serai
2 sudu makan tepung beras | campur dengan sedikit air
2 keping asam gelugor
1 sudu teh garam
Lidi pencucuk secukupnya
Sedikit bawang goreng
Nasi impit atau ketupat
Keropok sayur
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
Masukkan daging ke dalam periuk bersama air, daun limau purut, serai, asam gelugor dan bahan-bahan kisar.
Renehkan atas dapur dengan api sederhana.
Apabila daging sudah lembut keluarkan dari periuk, toskan dan potong dadu kecil.
Kemudian masukkan campuran tepung beras dalam periuk berisi air rebusan tadi.
Masak sambil sentiasa kacau sehingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam. Setelah cukup rasam tutup api dan ketepikan.
Cucukkan daging dengan lidi, kemudian bakar di atas bara api.
Letakkan sate yang telah dibakar dalam pinggan bersama nasi impit dan tuangkan kuah ke atasnya.
Akhir sekali taburkan bawang goreng di atasnya dan hidangkan bersama keropok sayur.
INFO CHEF: Selain daging anda boleh gunakan isi ayam atau perut lembu sebagai isian sate.
………………..
GADO-GADO
BAHAN-BAHAN:
ISIAN:
1/4 biji kubis | hiris halus
Segengam tauge | buang ekor dan celur sekejap
2 keping tauhu | goreng dan hiris nipis
2 biji telur rebus | belah dua
2 biji kentang | rebus dan dipotong empat
1 biji tomato | potong empat
3 keping tempe | hiris nipis dan digoreng
Sedikit keropok bawang.
BAHAN KUAH:
300gm kacang tanah | goreng sangai dan tumbuk
1/4cawan air asam jawa
200ml santan
2 sudu makan gula merah
2 helai daun limau purut
1 sudu teh garam
5 sudu makan minyak
Sedikit air
BAHAN KISAR KUAH:
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 biji cili padi
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
Kemudian masukkan kacang tanah kisar yang telah dicampur dengan sedikit air.
Seterusnya masukkan air asam jawa, gula merah dan garam.
Renenhkan atas api sederhana hingga timbul mingak.
Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah pekat dan cukup rasa.
Tutup api.
Sementara itu sediakan bahan isian gado-gado.
Susun bahan isian kecuali keropok ke dalam pinggan,
Tuangkan kuah kacang dan gaul rata.
Gado-gadao sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Campurkan kuah kacang dan gaul rata bila ia sedia untuk dimakan.
……..
NASI PECAL
BAHAN-BAHAN:
5 helai daun limau purut
Sedikit daun cekur
2 sudu makan asam jawa | bancuh dengan air panas
6 batang kacang panjang | potong pendek dan celur
Segengam tauge | celur
Segengam kankung | potong pendek dan dicelur
Tauhu | goreng dan dipotong kecil
Tumpi atau rempeyek
BAHAN GORENG:
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 biji cili padi
300gm kacang tanah | goreng berasingan
CARA MEMASAK:
Kisar kesemua bahan-bahan kuah yang digoreng bersama daun limau dan daun cekur sehingga hancur dan halus.
Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Jika kuah pekat boleh tambahkan air panas.
Untuk menyediakan nasi pecel,Letakkan nasi putih ke dalam pinggan.
Susun bahan-bahan pecel di tepinya dan tuangkan kuah pecel di atasnya.
Akhir sekali hidangkan bersama tumpi atau rempeyek di atasnya.
INFO CHEF: Nasi pecah adalah makanan popular dan mudah dibeli dari penjaja jalanan di daerah Jawa Timur Indonesia.
………….
HAINANESE CHICKEN RICE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN AYAM:
1 ekor ayam
3cm halia muda | hiris nipis
2 cawan air
2 cawan air sejuk
1 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh garam
BAHAN NASI:
2 cawan beras wangi | cuci dan tos
10 ulas bawang putih
3cm halia muda
3 cawan air rebusan ayam
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan | simpul
SOS CILI:
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3sudu makan cuka
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
HALIA BAWANG PUTIH:
3 batang daun bawang
2 inci halia muda | parut halus
8 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh garam
8 sudu makan minyak sayuran
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam,,halia dan garam ke dalam periuk besar.
Tuangkan air dan masak sehingga air mendidih.
Buang lapisan lemak di bahagian atasnya dan teruskan mereneh selama 20 minit.
Pindahkan ayam ke dalam bekas lain yang telah diisi dengan air sejuk. Biarkan sebentar.
Simpan air rebusan untuk dijadikan sup dan untuk memasak nasi.
Toskan ayam, potong dan susunkan ke dalam pinggan.
Seterusnya campurkan kicap cair dengan minyak bijan, tuangkan ke atas ayam tadi.
Untuk menyediakan nasi, Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia muda sehingga terbit wangi.
Masukkan beras, minyak bijan, duan pandan dan garam. Kacau selama satu minit.
Masukkan air rebusan ayam dan pindahkan keseluruhan nasi ke dalam periuk nasi automatik. Masak menggunakan periuk nasi automatic seperti biasa.
Untuk membuat cili sos, kisar kesemua bahan sehingga hancur.
Untuk membuat sos halia bwang putih, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
Untuk menghidangkannya. Letakkan nasi dalam pingan. Susun tepinya dengann ayam dan timun di tepinya.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili dan sos halia bawang putih.
INFO CHEF: Jika anda ke Singapura, anda boleh temui pelbagai jenis nai ayam.Paling popular adalah Nasi Ayam Hainam.
………………
SINGAPORE CHAR KWAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
450g kuey teow
10 ekor udang | bersih dan dibuang kulit
6 ulas bawang putuh | cincang halus
2 cawan tauge
1 cawan kucai
2 biji telur
3 sudu makan minyak
BAHAN SOS:
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap biasa
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga terbit bau.
Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
Tuang sos dan masak selama satu minit.
6.Buat lubang di tengah-tengah. Pecahkan telur.
Biar sebentar dan kacau rata.
Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk anda yang ingin rasa lebih kicap, kurangkan garam dan lebihkan kicap.
……………
MURTABAK SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
KULIT MURTABAK:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi
INTI
400gm daging kisar
2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu teh halia | cincang halus
2 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
1 1/2 sudu makan rempah kari daging
1/2 cawan air
4 biji telur
4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Uli lagi selama 10 minit.
Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
Gorenglah hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap, lebihkan daging kisar dan tebal intinya.
…………….
SINGAPORE CURRY LAKSA
BAHAN-BAHAN:
5 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1/3 cawan minyak
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 batang serai |titik
3 cawan santan
8 cawan air
250gm ikan bilis | rendam dan kisar
250gm isi dada ayam
2 sudu makan stok ayam
10 biji bebola ikan
10 biji tauhu Pong
1 sudu teh garam
250gm mi kuning
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
1/3 cawan air
BAHAN SAMPINGAN:
Sedikit tauge
2 biji cili merah | hiris
2 biji limau nipis
3 batang kacang panjang | potong 3-4cm kemudian celur
2 biji telur rebus | buang kulit dan belah dua
2 keping tauhu | digireng dan hiris nipis
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan kuah, campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tuangkan kesemua bahan tadi bersama daun kari dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
Masukkan santan, air, ikan bilis, isi ayam, pati ayam , bebola ikan,tauhu pong dan garam.
Masak sehingga kuah mendidih, kemudian renehkan sehingga kuahnya pekat.
Keluarkan isi ayam, Carik-carikkannya, kemudian ketepikan untuk diletakkan atas mi,
Untuk menghidangkan mi, anda masukkan mi kunin ke dalam mangkuk. Susun bahan sampingan di tepinya dn tuangkan kuah di atasnya.
Taburkan isi ayam di atasnya, dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.