Makan nasi kalau tak ada sambal bagai tidak lengkap. Selain sambal belacan boleh cuba kerabu bilis ni. Makan dengan nasi panas-panas buat bertambah makan. Buatnya pun sangat senang. Bahan-bahan yang memang ada di dapur. Sesuailah untuk menu sepanjang Ramadan ini.
Kerabu Bilis
Bahan-bahan:
Ikan bilis goreng (boleh campur halus & kasar) – segenggam, lebih pun boleh.
1 biji tomato sederhana besar – di belah 8
5-6 biji cili padi – dihiris halus. Kalau nak lebih pedas boleh ditambah lagi.
2 ulas bawang merah kecil – diracik halus
1/2 biji limau nipis atau lemon – diambil jusnya
2-3 tangkai daun ketumbar atau daun sup – dihiris nipis
Sedikit gula dan garam
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan dan gaulkan perlahan.
2.Perasakan garam dan gulanya.
3.Sedia untuk dihidang.
Kredit foto & resipi: fb Nor Aisyah
Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!