Makanan laut yang segar memang manis dan tak pernah jemu menikmatinya. Cuti hujung minggu ni memang sedap kalau menjamu selera dengan makanan laut. Ni min kongsikan resipi gerenti sedap dari Shezlina Othman.
Jadi kalau terasa nak makan seafood, jom cuba buat sendiri. Shezlina Othman dari Restoran Rasa Wau, Sunway Giza ada inspirasi menu untuk dikongsi.
1.KETAM DAUN KARI
BAHAN-BAHAN :
Ads
1 kg ketam | anggaran 3 ekor
BAHAN DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
BAHAN LAIN:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
1/2 cawan stok kari | (iaitu serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak )
*(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak. 2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit. 4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula. 5. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. 6. Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat 7. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat
INFO : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.
2.FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | diketuk
3sm halia | dihiris halus panjang
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
Sepotong nenas | dipotong kiub
1/2 cawan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
Ads
8 biji cili padi merah dan hijau
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung. 2 .Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak 4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas. 6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Cara memasak : Goreng dan tumis Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO: Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
3.KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
Ads
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
1 cawan beras pulut
1/2 cawan setengah santan
6 ulas bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dimayang
1/2 sudu teh halba
2 batang serai | diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong 2 .Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam. 3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi. 4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan. 5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit. 6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang Masa memasak : 35 minit Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
INFO : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
TERIMA KASIH : RESTORAN RASA WAU, Sunway Giza, Block C-11-G, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
FB : rasawaupenyu IG :rasa_wau
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Menu spageti memang selalu kita hidangkan dan sangatlah menjimatkan jika sos spageti ini kita buat sendiri di rumah.
Waktu harga tomato murah boleh borong dan hasilkan sendiri, nak lagi sedap buat perisa cendawan dan bawang putih atau garlic mushroom seperti yang dikongsi oleh Erni Abu Samah.
Menariknya resipi sos spageti homemade yang diolah dari mengikut citarasa Melayu ini boleh dijadikan sos lasagna dan piza. Malah boleh disimpan sehingga dua tahun jika disimpan cara yang betul. Menggunakan 7kg tomato, ujarnya sukatan ini boleh dijadikan hidangan 5 kali.
Cara buat sos spageti homemade perisa garlic mushroom
Bahan-bahan:
7kg tomato merah -buang kulit dan biji
5 biji bawang besar -didadu
15 biji bawang putih -dipecahkan dan didadu
Origano, parsley, basil yang serbuk kering – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (jika suka) untuk diletakkan 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih jangan garing, cukup layu saja.
3. Masukkan tomato yang dikisar halus.
4. Masukkan tomato puri, garam dan gula.
5. Masukkan pula lada hitam, Oregano, parsley dan basil.
6. Masak atas api kecil dalam 2 jam.
7. Selepas siap masak kemudian bolehlah disimpan dalam freezer. Asingkan dalam paket kecil untuk sekali makan. Sos ini boleh disimpan 2 tahun jika dimasak lama, 2 jam. Rasa lagi sedap.
8. Untuk memasak, hanya perlu tumis daging cincang, kemudian tambah sos di atas, perasakan dengan garam dan boleh tambah beefball.
Tip: Untuk mudahkan membuang kulit tomato kelar ‘X’ pada tomato. Kemudian celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kemudian boleh tarik atau kupas kulit tomato dengan mudah. Jangan biarkan lama nanti lembik.
Sedapnya Roti Sardin Goreng Rangup resipi perkongsian saudari Cahaya Kasih Firdausi ni. Ringkas je menunya tetapi terbukti sangat sedap dan menyelerakan. Jika dekat dapur ada roti sandwich yang susah nak habis, boleh cuba resipi ni untuk minum petang. Buat untuk sarapan juga boleh. Pasti licin diserbu anak-anak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI ROTI SARDIN GORENG RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Roti sandwich secukupnya Minyak untuk menggoreng
BAHAN TEPUNG SALUTAN: Tepung gandum – beli online disini Sedikit serbuk kunyit – beli online disini Sedikit perahan jus limau nipis Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sardin ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang merah, cili padi, gula, garam dan perasa dengan secukupnya. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing.
2. Hancurkan sardin dan gaul hingga semua bahan bercampur rata.
3. Panaskan sedikit minyak. Tumis seketika hingga masak dan bawang layu. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan tepung goreng, masukkan tepung ke dalam bekas.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk warna dan perah sedikit jus limau nipis untuk merangupkan tepung nanti.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh hingga tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
7. Ambil roti sandwic dan isi inti sardin dengan secukupnya. Roti tidak perlu dilenyek atau dikukus terlebih dahulu. Terus guna begitu sahaja.
8. Sapukan bancuhan tepung cair di bahagian tepi roti dan lipat dua. Ia bertujuan untuk elak kepingan roti terbuka sewaktu digoreng.
9. Celup kepingan roti dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Masak hingga garing dan kekuningan.
10. Angkat, toskan minyak dan Roti Sardin Goreng Rangup sedia untuk dinikmati.
Jarang dengar resipi nasi limau purut, tetapi jika korang jenis yang suka mencuba resipi-resipi baru boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Zilareseipe ni. Nampak sangat menarik, mesti wangi dan lazat!
RESIPI NASI LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan margerin
1.5 cm halia | kupas dan hiris
2 ulas bawang putih | dihiris
4 ulas bawang merah | dihiris
1 batang serai | dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu makan stock ayam
2 cawan beras Basmathi | di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya