Mendengar celoteh pelakon dan pengacara Sharifah Shahira atau Shira memang tidak kering gusi ketawa. Ada saja gurau sendanya yang mencuit hati. Istimewanya kali ini selebriti ini digandingkan pula dengan Dato’ Chef Wan. Maka gamatlah suasana sepanjang sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan yang bakal disiarkan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang Ramadan nanti
Berkongsi Nostalgia Ramadan bersama selebriti yang berasal dari Pahang ini mengakui antara masakan yang digemarinya ialah gulai tempoyak, sambal belimbing dan kulat sisir. Seingat Shira emak akan masak seperti orang dulu-dulu antaranya ikan cencaru belah belakang. Tambah Shira keluarganya menyukai mi yang berkuah.
Shira akui dia paling menyukai laksam.“ Nak cari laksam yang menepati selera memang sukar. Kami dulu buat sendiri. Arwah nenek menyediakan palang khas untuk menjemur tepung ini dikukus. Bancuhan tepung perlu dibuat sebaiknya. Kuahnya juga tidak manis, isi ikan dirasai, sedikit campuran lada hitam ,bunga kemangi dan dimakan dengan sambal. Itulah ramuan laksam paling sedap. Laksam ni kita buat untuk dijual juga,” cerita Shira.
Mi kari juga amat digemari Shira dan menjadi menu wajib di kala Ramadan. Kalau sudah buntu tidak tahu nak makan apa, itulah menu menyelerakan , makan sehingga waktu sahur. Manakala manisan pula Shira menyukai Puding diraja .
Ads
Dato’ Chef Wan menyediakan dua masakan yang digemari oleh selebriti ini dengan olahan istimewa iaitu Mi Kari dan Agar Agar Pandan. Sungguh menyelerakan untuk idea berbuka puasa nanti.
MI KARI Bahan-bahan:
350gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200gm bebola ayam (dibelah dua)
100gm kek ikan
150gm udang ( dibersihkan dan dibuang kulit kecuali ekor)
600gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200gm taugeh (dibuang ekor dan dicelur)
2 keping tauhu lopong ( tauhu pok)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
45gm rempah kari daging basah
500ml (2 cawan) santan cair (diperah dari pada 1 biji kelapa parut)
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3cm ( 1 inci ) kulit kayu manis
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato (dipotong kecil)
3 tangkai daun kari
625ml air ( 2 ½ cawan)
1/2 sudu teh garam
2-3 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
Daun pudina
Stok rebusan udang
Ads
Pes rempah:
3 ulas bawang merah }dikupas
2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
2cm halia }dikupas dan dihiris
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan masak sehingga naik bau.
2.Masukkan daun kari dan udang kering. Kemudian masukkan rempah kari daging basah dan goreng sehingga pecah minyak.
3.Masukkan sedikit udang untuk perasa. Masukkan santan dan stok rebusan udang lalu kacau sebentar.
4.Masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu lopong.
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6.Masukkan segenggam daun pudina dan dua batang daun bawang yang sudah dipotong.
7.Kacau dan biar ia didih untuk seketika. Masukkan bawang goreng. Biarkan seketika untuk udang masak dengan betul.
8.Sedia untuk dihidang.
Ads
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN:
30gm agar-agar tali
2 cawan santan pekat
600ml air
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa
100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
1 cawan gula pasir
PENYEDIAAN AGAR-AGAR:
1.Sukat air masak sebanyak 600 ml dan masukkan ke dalam periuk.
2.Rendamkan agar-agar dan masukkan secawan gula pasir.
3.Masukkan garam secukup rasa dan kacau
PENYEDIAAN ADUNAN SANTAN DAN PANDAN:
1.Masukkan santan pekat dan boleh tambahkan air jika tidak cukup
2.Masukkan 100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
3.Masukkan telur dan 2 cubit garam.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan adunan santan dan air pandan ke dalam agar-agar.
2.Kacau dan pastikan adunan itu tidak pecah untuk seketika.
3.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4.Biarkan agar-agar sejuk seketika dan boleh dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Bakar memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan tapi garing diluar, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni? Tak susah pun. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar 7 helai daun pandan bersama 1 cawan air. Tapis. 2. Sediakan bekas besar, gaulkan telur, gula dan santan. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan air pandan. Kacau.
4. Masukkan tepung dan garam. Gaul lagi sehingga sebati.
5. Sediakan loyang yang telah disapukan minyak dan tapiskan adunan tadi serta masukkan ke dalam loyang.
6. Taburkan bijan sebagai hiasan di permukaan kuih.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 180c. 8. Bakar kuih sehingga keperangan dan sehingga masak. Anggaran masa antara 40-45 minit namun mungkin sedikit berbeza mengikut saiz dan ketuhar masing-masing.
9. Kuih Bakar siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kalau nak kisar semua bahan pun boleh. Tapi jangan kisar sekali dengan daun pandan. Pastikan buat air pandannya terlebih dahulu kemudian barulah kisar bersama bahan-bahan yang lain.
Nak pikat selera anak, kaum ibu haruslah menjadi kreatif dalam penyediaan makanan. Antara yang menjadi pilihan tentulah sajian yang sedap, mudah dan ringkas namun pada masa yang sama mempunyai khasiat. Nak cuba sediakan Chicken Wrap yang sedap untuk si kecil? Resipi perkongsian saudari Fatimah Ali ini antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI CHICKEN WRAP ALA TWISTER
BAHAN-BAHAN:
Roti Tortila secukupnya
1 paket nuget ayam
1 paket sosej
1/2 batang timun jepun – potong dadu
3 biji tomato – potong dadu
1 pokok salad – hiris halus
5 sudu makan mayones
Sos cili secukupnya
Sedikit garam dan gula
Perisa tambahan – ikut selera masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti tortilla dan panaskan seketika di dalam kuali.
2. Goreng nuget dan sosej hingga masak. Angkat, tos minyak dan potong kecil.
3. Dalam bekas yang besar, satukan sosej, nuget, timun, tomato, salad, mayones, sos, garam, gula dan perasa. Gaul rata dan pastikan cukup rasa.
4. Ambil sekeping tortila, sudukan inti secukupnya dan lipat ikut kreativiti masing-masing.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!