Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .
Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Ads
Foto : canacopepgdl;.com
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.
IKAN JENAHAK KICAP HALIA
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
1/2 cawan minyak sayuran
1/4 cawan hirisan halia segar
2 biji bawang merah | cincang
1 biji cili merah | hiris
2 sudu makan kicap soya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK: 1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan. 3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef:Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Ads
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Moden Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji lemon | buang kulit dan biji
1 inci halia segar | buang kulit
10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat. 2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada yang rindu resipi masakan cina seperti Chee Cheong Fun tak? PKP ni nak ke mana pun tak boleh. Jadi kita kenalah buat sendiri. Ikut langkah yang dikongsi oleh Norfazida Gda gerenti jadi. Siapa yang ada pengalaman melaksam, tak la rasa susah dan lebih lancar.Memang ringkas dan sedap di makan.
CHEE CHEONG FUN atau RICE NOODLE ROLL Bahan kulit: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung jagung 3 sudu besar minyak masak 2 cubit garam Air secukupnya Daun bawang (didadu)
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan, bancuh sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 2.Sapukan minyak pada tudung periuk/ loyang/ pinggan. Letakkan 4 sudu adunan dan ratakan. 3.Kukus seperti membuat kuih laksam selama 1-2 minit. Bila sudah masak, letakkan inti dan gulungkan.
Bahan inti: 1 biji lobak merah (disagat) 1/2 biji sengkuang (disagat) 3 biji bawang merah (diracik) 2 ulas bawang putih (diracik) 3 sudu besar udang kering (tumbuk kasar) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis
Cara memasak: 1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. 2.Masukkan udang kering. 3.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau. 4.Akhir sekali masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sekata.
Bahan kuah: 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili ½ sudu besar gula perang/pasir Minyak bijan (saya tak letak) 1/2 cawan air Bijan
Cara memasak: 1.Masak semua bahan hingga mendidih. 2.Tuangkan ke dalam bekas. Taburkan bijan. 3.Boleh siram di atas gulungan chee chong fun atau sebagai sos pencicah. Siap untuk dihidang
Nikmatnya kalau dapat berbuka puasa dengan minuman Air Soda Gembira. Tak perlu susah-susah beratur panjang nak beli di bazar Ramadan. Boleh buat sendiri di rumah. Bahan tak banyak dan senang sangat nak buat. Jom kita cuba resipi Air Soda Gembira hasil perkongsian MarianaAzry
Sempena Deepavali yang bakal menjelma, kita kongsikan resipi Ketti Urundai atau kuih bebola keras.
Resipi yang dikongsi Moganavallay Nagarajan ini, boleh dikatakan snek atau kuih yang sedap dan dihidang ketika perayaan Deepavali. Jom kita buat!
KETTI URUNDAI/KUIH BEBOLA KERAS
BAHAN-BAHAN:
2kg kacang hijau – beli online di sini 1kg kacang tanah – beli online di sini 1 cawan dhal kacang kuda yang sudah digoreng (yang mentah pun boleh) 1 cawan beras – beli online di sini *Sangai kesemua bahan berasingan dan biar ia sejuk
1. Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas tu kisar sekali lagi sehingga 90% halus. 2. Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar. 3. Kemudian, kisat beras sehingga 90% halus. 4. Gaul sama semua bahan (tinggalkan sedikit tepung beras untuk guna kemudian) dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Ketepikan dahulu. 5. Masak sira gula merah.
1. Masukkan sira gula merah yang masih panas dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan buat bebola sederhana besar. 2. Jaga-jaga tau, kita cuma boleh buat bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas dah buat bebola, golek-golekkan bebolanya dalam tepung beras yang diasingkan tadi. 3. Kena pandai agak masa untuk buat bebola ni (untuk senangkan proses ini, biar ada pembantu) 4. Ulang proses ini hingga habis. Siap.
*Untuk 2kg kacang hijau, saya dapat lebih kurang 100 biji kuih keras/ketti urundai.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.