Biasanya kita buat biskut raya dengan nestum, kali ini kita buat kek pula. Resipi kek nestum gebu viral ni dikongsi oleh Lieyaa Homemade.
Rasanya betul-betul sedap dan rasa lemak-lemaknya pada nestum yang digunakan. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Mesti anak-anak suka.
KEK NESTUM GEBU VIRAL
BAHAN-BAHAN:
200g marjerin (lebih kurang dalam secawan – tengok juga cawan yang diguna, nak tepat pakai timbang, saya pakai cawan minum kopi je) – beli online di sini 150g gula perang (dalam 1 cawan lebih sikit) – beli online di sini Sedikit esen vanila 50g nestum original @ 2 peket (macam dalam gambar) – beli online di sini 3 sudu besar susu pekat – beli online di sini 160g tepung naik sendiri (dalam 1 ½ cawan) – beli online di sini 5 biji telur Kacang pecan @ ikut selera nak letak jenis kacang apa
1. Putar marjerin dan gula perang hingga gebu dan kembang sebati. 2. Kemudian masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati semuanya. 3. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi.
4. Dah boleh perlahankan mixer. Masukkan tepung yang sudah diayak. Putar lagi. 5. Akhir sekali, baru masukkan nestum. Kacau lagi hingga sekata semuanya.
6. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuang adunan dan tabur kacang pecan. 7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45-55 minit, api atas bawah. 8. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan atas redai.
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Nasi hujan panas ini antara hidangan nasi yang boleh kita sediakan untuk menjamu tetamu di hari raya nanti.
Kalau sebelum ini guna beras yang mahal, tahun ini supaya lebih jimat kita guna saja beras biasa. Hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.
Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.
Resipi nasi hujan panas guna beras biasa
Bahan-bahan:
3 pot beras -cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
Air (ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
3 sudu makan -butter atau marjerin
1 cawan susu cair
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
Secubit garam
Pewarna hijau, kuning & merah
Cara membuat
Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan beras
Tambahkan air & garam.
Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
Ayam Masak Merah Kenduri
Bahan-bahan:
10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
2 biji bawang besar -dikisar
5 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia
1biji bawang besar -dihiris
2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
3 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
3 biji tomato
3 sudu makan sos cili
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
Asam keping
Gula garam secukup rasa
Cara membuat:
Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
Acar Timun
Bahan-bahan
2 biji timun
Sedikit kubis -dihiris
Lobak merah -hiris
Cili padi -dihiris
Bawang besar 2 biji -dihiris
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cuka 1 senduk kecil
Gula
Garam
Sedikit air
Cara membuat:
Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.
Bubur Biji Nangka antara menu yang sangat sedap dan mudah disediakan, sesuai untuk anda yang sukakan manisan selepas makan atau dijadikan hidangan sampingan minum petang. Enak dihidangkan panas-panas atau pun sejuk. Kepada anda yang ingin mencuba, berikut disediakan resipinya untuk anda cuba. Mudah dan cepat disediakan.
BUBUR BIJI NANGKA BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras pulut
3 sudu makan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu makan air kapur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya BAHAN KUAH:
300ml santan
10ml susu cair
150gm gula melaka
1/2 sudu makan halba | cuci dan tos
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan adunan butir nangka, masukkan tepung bersama bahan lain dalam mangkuk, kemudian uli hingga sebati.
Sementara itu, didihkan air dalam periuk.
Sementara menunggu air rebusan mendidih, bentukkan adunan seperti biji nangka, lakukan hingga adunan habis.
Masukkan adunan dalam air mendidih.
Apabila butir nangka timbul angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Untuk menyediakan kuah, masukkan santan, gula Melaka, daun pandan dan sedikit garam dalam periuk.
Renehkan atas api sederhana, apabaila mendidih, masukkan susu cair dan biji halba, kacau seketika dan tutup api.
Bubur Butir Nangka sedia dihidangkan.
INFO: Selain sedap dihidangkan panas, butir nangka juga sedap dihidangkan sejuk.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!