Resipi Mee Berkuah memang sedap dan mudah disediakan, kalau rasa terliur belek-belek bahan dalam peti, kalau kurang boleh ke pasar sebentar. Sesuai di jamu untuk makan petang atau malam nanti. Rasa berkongsi resipi turun temurun dari mak Rosehayatie.
Lapag mee kuah harini..mee kuah resepi Mak kami.. tapi Mak kami guna ayaq rebusan daging. kami tak dak daging..guna ayam ja ea ..dok makan2.. tiba teringat pulak kat Mak kami – Rosehayatie
Nota: Jika nak makan berulang2..kuah boleh asing kan dgn mee..kalau nak makan terus boleh masuk mee skli dgn kuah..sbb mee bercampur dgn kuah akan jadi kembang
Selalu orang kata yang resipi mudah dan ringkas itulah yang lebih sedap hasilnya. Salah satu yang boleh dicuba ialah Ayam Pedas Ala Korea ni. Sesuai dijadikan sajian makan tengah hari untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Maklumlah, hari kedua persekolahan kan? Jadi kita kasih masak best-best sikit. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM PEDAS ALA KOREA
BAHAN UNTUK AYAM GORENG:
300gm drummet ayam | cuci bersih dan tos
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam
1 cawan tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN TUMISAN:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 bawang besar | dadu halus
2 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula
2 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ayam diperap bersama bahan-bahan perapan dan juga tepung jagung. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes.
3. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
INFO CHEF: Sambal ayam ala Korea pedas, masam dan manis ini sungguh enak dimakan begitu saja sebagai snek atau dimakan bersama nasi putih ketika panas.
Sedapnya Sambal Bawang homemade ni. Ada juga yang panggil sambal bojak ( jika tambah tomato), sambal jawa atau sambal Nasi Ayam Penyet. Apa-apa pun, sambal resipi perkongsian Cik Pooja ni memang sedap dan membuka selera. Buat banyak-banyak, boleh buat stok. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BAWANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang besar – jika kecil, guna 5 biji. Potong kasar.
Segenggam cili kampung hijau
1/2 genggam cili padi Vietnam (merah)
1 ketul belacan bakar– sebesar duit 50 sen
1 sudu makan garam
1 sudu teh ajinomoto – boleh ganti dengan gula
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan bawang dan cili. Keringkan airnya.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili, belacan & tomato ( jika ada) hingga lembik dan lebam.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali ke dalam blender.
4. Tambahkan garam, ajinomoto atau gula. Kisar sekejap-sekejap (3 kali) supaya sambal tidak terlalu hancur.
5. Siap untuk dinikmati. Jika banyak, boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Bila sebut pasal Puding, biasanya diperbuat dari roti, telur atau biskut lemak. Tapi menerusi hantaran saudari Hamidah HA, beliau berkongsi resipi Puding Biskut Sultana yang dicuba dari empunya asal Pn. Salbiah Mohd Noh. Wow…. Biskut ni kalau dimakan begitu sahaja sudah enak, apatah lagi jika dibuat puding begini. Pasti terasa ketulan kismis enak dalam setiap suapan. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar susu cair, tepung kastard dan telur hingga sebati. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air sampai hancur.
3. Kemudian masukkan gula dan planta @ buttercup. Kacau sehingga semuanya larut.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih. Tutup api.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letak pewarna kuning dan hijau dengan secukupnya.
6. Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang 4 segi. Seelok-eloknya letak adunan warna kuning dulu. Nanti di atas sekali akan terhasil adunan berwarna hijau. 7. Susun biskut sultana. Selang selikan adunan kastard dan biskut sultana sehingga habis. Sejukkan.
6. Simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak makan, barulah dipotong.
NOTA: Kalau nak buat sedikit, kurangkan sukatan bahan kepada separuh. Sukatan diatas akan dapat 1 loyang puding bersaiz besar.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI