Untitled design - 2019-11-15T113613.142

Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya.

Masakan Tradisi Terlajak Sedap

GULAI IKAN DAUN GELUGUR

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana | dipotong kecil

10 biji cili padi merah | dikisar

10 biji cili padi hijau | dikisar

2cm kunyit | dikisar

1 biji bawang besar | dikisar

8 helai daun asam gelugur

Santan cair secukupnya

250ml pati santan

250ml air

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Daun asam gelugur dimayang halus dan dicelur di dalam air panas sekatika. Ramas dan buang sedikit airnya. Ketepikan.

2.Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

3.Kemudian masukkan ikan dan santan cair secukupnya. Masak seketika sehingga ikan kelihatan agak masak.
4.Seterusnya masukkan pati santan. Kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5.Setelah kuah kelihatan agak pekat, masukkan hirisan daun asam gelugur.
6.Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Daun asam gelugur berfungsi memberikan rasa masam pada hidangan. Jika tiada, gantikan dengan asam keping.

Saiz hidangan: 6 orang

Waktu memasak: 50 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Isi ikan yang lembut serta kuah yang mempunyai harum daun gelugur

Jenis penyediaan: Menu tradisi

IKLAN

Cara memasak: Didih

Anggaran harga: RM12.00

Masakan Tradisi Terlajak Sedap

DAGING SEMUR ALA SARAWAK

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal

12 tangkai cili kering | digunting serong

4 ulas bawang merah | dihiris

2 ulas bawang putih | dihiris

5cm halia | dihiris memanjang

50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit

2 sudu makan cuka

2 sudu makan kicap pekat

2 sudu makan kicap manis

Sedikit garam dan gula

IKLAN

Air untuk merebus secukupnya

Minyak masak secukupnya

BAHAN REMPAH TUMIS:

5cm kulit kayu manis

5 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:

1.Rebus daging sehingga empuk. Toskan airnya.
2.Kemudian goreng daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
3.Seterusnya masak bahan tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga wangi.
4.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan cuka diikuti daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga semua bahan sekata dengan daging.
5.Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
6.Akhir sekali, masukkan biji ketumbar. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Elakkan menggoreng daging terlalu garing kerana daging akan menjadi liat dan kering.

Saiz hidangan: 6 orang

Waktu memasak: 40 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Sedikit pedas dan berempah

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis

Anggaran harga: RM22.00

IKLAN

Masakan Tradisi Terlajak Sedap

KARI UMBUT PISANG DAN TETEL

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg daging tetel | dihiris nipis

2 batang umbut pisang lembut | dibersihkan dan dipotong serong

50gm serbuk kari daging

4 sudu makan kerisik

5 ulas bawang merah | ditumbuk

2 ulas bawang putih | ditumbuk

250ml air

400ml santan

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Gaul daging bersama serbuk kari dan kerisik. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
3.Masukkan sedikit air dan daging. Masak sehingga pecah minyak.
4.Seterusnya masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan daging empuk.
5.Tambahkan umbut pisang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6.Setelah umbut kelihatan lembut, angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Penggunaan daging tetel yang berurat dan sedikit berlemak memberikan rasa yang lebih enak.

Saiz hidangan: 7 orang

Waktu memasak: 50 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Kombinasi daging dan umbut yang mempunyai rasa tersendiri

Jenis penyediaan: Menu tradisi

Cara memasak: Tumis dan didih

Anggaran harga: RM25.00

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI