– Lagi lama daging direneh perlahan, lagi lembut dan sedap hasilnya.
– Hidangan ni juga sedap dimakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.
– Kalau suka pedas, tumbuk kasar cili.
Mengikut perkongsian dari Rose Misymuchy resipi ini diberikan oleh ibu mertuanya yang biasa dimasak bila tiba hari raya. Kalau dah sedap tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh masak. Sesuai jer dimakan bila-bila masa, cuma banyak sikit rencahnya. Nak makan sedap kenalah bersabar ya! Selamat mencuba.
Tercari-cari resipi Begedil Daging yang sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan? Resipi perkongsian saudari Liza Idris ni boleh dicuba. Sangat sesuai disajikan dengan hidangan Soto dan Bihun Sup. Kalau ratah macam tu je pun dah enak. Menarik kan? Selamat mencuba!
CARA MASAK BEGEDIL DAGING SEDAP
BAHAN-BAHAN: 200gm daging kisar 1 biji bawang besar -hiris nipis Sedikit garam – beli online disini 1 sudu makan lada sulah (untuk perasakan daging) – beli online disini 2-3 biji ubi kentang – buang kulit – beli online disini 2 pokok daun sup & bawang – hiris halus 2 biji cili merah – hiris halus 1 genggam bawang goreng – beli online disini 2 sudu makan lada sulah (untuk perasakan kentang) 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dihiris nipis sampai kekuningan.
2.Masukkan daging yang dikisar. Kacau dan biar sedikit masak.
3. Masukkan sedikit garam ikut cita rasa masing-masing.
4. Kemudian masukkan pula 1 sudu makan lada sulah. Kacau lagi hingga sebati.
5. Bila daging sudah kering begini, tutup api dan ketepikan seketika.
6. Ambil ubi kentang yang telah dibuang kulit dan potong sederhana nipis.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
7. Angkat kentang dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian dan boleh lenyekkan.
8. Rupa ubi kentang yang telah dihancurkan.
9. Dalam mangkuk yang sama, satukan daun sup, daun bawang, cili merah, bawang goreng, lada sulah dan daging yang telah dimasak tadi.
10. Gaul hingga rata.
11. Kemudian cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang ada gemari.
12. Begedil Daging yang telah siap dibulatkan.
13. Pecahkan telur dan kacau. Celup kepingan begedil tadi ke dalam bancuhan telur.
14. Panaskan minyak dan goreng. Biar sudah masak, baru balik-balikkan dan masak lagi hingga sempurna.
15. Begedil Daging siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Menjengah ke laman Instagram Surianti_Kitchen, boleh membuat perut berasa lapar. Mana tidaknya ada banyak video serta gambar sajian yang enak dikongsi oleh Instafamous tersohor ini setiap hari. Malah setiap masakan disertakan dengan cara memasak yang lengkap menjadikan laman IG ini menjadi pilihan serta popular di kalangan pelayar Instagram. Oleh itu dalam rancangan Rasa Instafamous episod ke sembilan ini, Aunty Aini menampilkan Puan Surianti Ramli dari Surianti_Kitchen sebagai tetamu undangan.
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Perak, Puan Surianti tetap meluangkan masa dan mencari ruang untuk melaksanakan minatnya ini. Malah permulaan cintanya terhadap dunia masakan ini sudah bermula seawal usia 10 tahun lagi.
Waktu kecik saya selalu tolong ibu dan bapa menyediakan bahan makanan untuk berniaga. Maka dari situ timbul minat dalam dunia masakan ni. Pada usia 10 tahun, saya sudah boleh memasak masakan mudah seperti sambal tumis dan nasi goreng. Malah di usia 16 tahun, saya sudah mula menerima tempahan kek,ujar suri hati kepada Encik Muhamad Sabri Abdul Rahim ini.
IBUNDA SEBAGAI INSPIRASI
Walaupun sejak kecil lagi sudah biasa memasak, namun Puan Surianti tetap mengikuti kelas-kelas masakan bagi memantapkan lagi kemahiran beliau. Namun guru yang paling ulung tentulah ibunya sendiri.
Ibu adalah sumber inspirasi saya untuk lebih maju dalam bidang ini. Beliau memang sangat mahir memasak pelbagai jenis sajian antaranya ialah lauk pauk, aneka biskut, kek, pulut kuning untuk hantaran perkahwinan dan banyak lagi. Malah beliau juga mahir dalam pembuatan gubahan hantaran.
SURIANTI_ KITCHEN PILIHAN RAMAI
Di Instagram Surianti_Kitchen, Puan Surianti suka berkongsi aneka resipi masakan yang mudah dan praktikal dimasak setiap hari seperti nasi, lauk pauk, pasta, kek, roti dan sajian pencuci mulut. Malah ada juga aneka resipi biskut dan kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai.
Memilih untuk berkongsi ilmu dengan para followers, ternyata ia memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula mendapat maklumbalas yang sangat baik dari individu yang mencuba, menjadikan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lebih bersemangat untuk memanjangkan ilmu yang dimilikinya.
Anda terasa nak cuba masakan dari Surianti_Kitchen? Khas untuk Rasa Instafamous kali ini, Puan Surianti telah berkongsi tiga resipi kegemaran beliau yang tentunya sangat sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Selamat mencuba!
RESIPI SURIANTI_KITCHEN
1. MINI QUICHE
2. DAGING KICAP BAWANG GORENG
3. PUDING BUAH PIC
MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA
Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakkan namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.
Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.
Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.
Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
BEHIND THE SCENE
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Udang Goreng Kunyit yang wangi, berjus dan mudah dimasak. Ikuti resipi lengkap bersama tip memilih udang segar serta petua supaya isi udang kekal lembut dan menyelerakan.