Seperti yang disiarkan dalam Astro Awani malam semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ada bertitah mengenai lauk kegemaran baginda Masak Taucu.
Jadi kalau ada yang teringin nak masak lauk pauk taucu bolehlah mencuba resipi yang min kongsikan ini. Tapi rasanya taklah sama dengan air tangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. Air tangan baginda tentulah lebih istimewa .
Namun keenakan tempias rasanya pastilah ada. Kalau nak tahu taucu adalah kacang soya yang telah direbus dan diperam. Digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Sebenarnya terdapat pelbagai variasi lagi lauk pauk sedap yang boleh masak menggunakan taucu ni.
TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri yang dah digoreng
1 inci halia – dihiris
4 biji bawang merah – dihiris
1 biji bawang holland – dihiris
Lada besar – dihiris panjang
Cili api
Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
3 sudu makan taucu
6 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
3 biji bawang merah – dipotong
3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
2 biji cili hijau – dipotong
2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
4 biji cili padi merah – potong halus
4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
Minyak untuk menumis
Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Telur Bungkus tidaklah sangat susah untuk membuatnya. Intinya boleh dipelbagaikan namun bancuhan telur serta teknik untuk mendadar yang tidak tepat kadang-kadang membuatkan telur bungkus kita tidak menjadi. Bagi yang nak cuba buat telur dadar hari ini, anda boleh cuba resipi di bawah.
BAHAN INTI:
Bawang putih | dihiris@ditumbuk
Bawang ros ( merah kecil) | dihiris@ditumbuk
Bawang besar | dihiris
Cili merah | dihiris
Cili hijau | dihiris
Isi ayam | dihiris kecil
Sos Tomato
Sos tiram
Sos thai
Sedikit air
Sayur campur
Sedikit cili kisar
Garam secukup rasa
* Jumlah bahan diatas ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
BAHAN TELUR DADAR:
6 biji telur
Sedikit daun sup
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Pecahkan telur dan pukul. Masukkan daun sup dan garam secukupnya. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah hingga garing.
3.Kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.
4.Masukkan sedikit air dan isi ayam. Masak hingga empuk.
5.Akhir sekali masukkan semua bahan-bahan yang lain. Masak hingga pekat. Angkat.
6.Untuk menyediakan telur, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan ratakan.
7.Goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Padamkan api.
8.Bagi membungkus telur dadar, boleh ikut langkah-langkah dibawah ini.
1. Dadarkan telur
2. Letakkan inti dengan secukupnya
3. Lipat telur pada bahagian sisi
4. Lipat pula bahagian bawah hingga membentuk empat segi.
5. Padamkan api dan letakkan pinggan. Telangkupkan.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!