Masak Lemak Ikan Masin ni memang antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Lauk ringkas dan biasa-biasa je tapi rasa dia memang luar biasa. Terasa nak masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi ni. Memang terbaik! Rasa macam air tangan mak-mak kita dulu-dulu.
MASAK LEMAK IKAN MASIN KURAU DENGAN NANAS
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm tulang ikan masin kurau | rendam
1/4 biji nanas | kupas dan hiris nipis
300 ml santan
1 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik dan simpul
600ml air
Perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
Ads
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Rebus nanas dengan air hingga mendidih. Angkat dan toskan.
Bersihkan tulang ikan masin yang telah direndam, masukkan dalam periuk.
Seterusnya masukkan bahan kisar, daun kunyit, asam gelugor dan serai titik.
Tambahkan santan dan didik atas api sederhana. (Sentiasa kacau untuk elak santan pecah).
Setelah mendidih masukkan nanas yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam .
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Tulang ikan masin boleh juga digoreng dahulu supaya lebih enak dan tak terlalu hancur apabila diletak dalam kuah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah dengar lauk Masak Lada? Lauk orang Melaka yang ramai tak tau. Mungkin sebab menu ni terlindung di belakang populariti asam pedas. Kasihan kan. Sedap, tapi tak ramai orang tau. Ni kirakan unsung herolah.
Menurut perkongsian daripada Naros Naib, Masak Lada ni seakan-akan rasa asam pedas tapi sedikit berempah sebab guna jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Warnanya pula sedikit kecoklatan. Mungkin ada rasa macam asam pedas Johor yang masukkan lada hitam tu.
MASAK LADA IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari 4 biji bawang merah – beli online di sini 3 ulas bawang putih –beli online di sini 2 inci kunyit hidup Belacan (lebih kurang macam dalam gambar) – beli online di sini 2 batang serai 3 helai daun limau purut 2 sudu makan kerisik – beli online di sini 3 sudu makan cili kisar – beli online di sini 1.5 liter air asam jawa Garam secukup rasa Serbuk perasa (pilihan) Minyak untuk menumis Bendi secukupnya
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISANGAI DAN DIKISAR HALUS:
1.Cuci bersih ikan pari. Saya perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
2. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan ni tumbuk halus. Kalau nak kisar, boleh saja. Tak ada masalah. 3. Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya. Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya. 4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
5. Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
6. Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus. Saya kisar kasar-kasar sebab suka tekstur macam tu.
7. Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
8. Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
9. Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
10. Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
11. Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan.
12. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
*Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Lepas tu tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Dah siap tu campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi. *Saya gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni kan susah dah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak lah jauh lari. Masih ‘on point’.
13. Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
14. Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit. Saya suka bendi yang tak lembik, sebab tu tak biarkan lama sebelum tutup api. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
* Sebelum tutup api, rasa kuah tu, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang tau. Baru sedap. Hishh…kecur pulak air liur ni. Terbau-bau wangi daun limau purut bergabung dengan serai dan rempah-rempah tumis tu.
Perkembangan Terkini Isu Cacing Mati Ditemui Dalam Produk Ikan Dalam Tin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan. Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC, hasil pemantauan terkini mendapati produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungi cacing FilumNematoda daripada genus Anisakis spp..
Di samping itu, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Sehubungan itu, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.
KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara. Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.. Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM.
Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.
Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukan mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Menu ringkas seperti Asam Rebus Ikan Kunyit bersama Nanas ni memang sedap. Walaupun nampak mudah, tapi dengan gabungan rasa masam, manis dan pedas ni memang boleh ‘musnahkan’ diet anda. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cahaya Pesona ni. Pasti tak menyesal punya!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.