
Ini adalah cara masak gaya Negeri Sembilan. SuiSan Aliezsha melalui facebook telah berkongsi resipi masak lemak cili api jantung pisang dan pucuk ubi. Memang nampak menyelerakan sungguh apabila makan nasi panas dengan lauk ini bersama ikan goreng. Sedap sungguh.
Gunakan jantung pisang nipah kerana jantung pisang nipah tidak kelat dan tidak pahit. Sedap juga kalau direbus dan dimakan cecah dengan budu atau sambal belacan.
MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN

1 biji jantung pisang
Semangkuk air
3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)
Garam secukup rasa
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
Segenggam ikan bilis
Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)
2 keping asam keping untuk memasak
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang.
2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini.
3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus.
4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih.
5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut.
6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.

Kredit Resipi: SuiSan Aliezsha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pak Choy Goreng Telur, Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap!

Kalau ada satu lauk yang wajib ada di dapur setiap kali ‘blur’ nak masak apa, Pak Choy Goreng Telur inilah jawabnya. Nampak simple, bahan pun tak banyak tapi hasilnya memang buat makan bertambah-tambah. Inilah menu yang ramai orang tak pernah jemu. Ringkas, berkhasiat dan dijamin sedap walaupun dimasak pada saat akhir.
Hidangan ringkas seperti ini memang menjadi penyelamat pada hari-hari sibuk. Pak choy pula antara sayur hijau yang paling mudah didapati dan murah. Lagi best, ia masak cepat, rendah kalori dan kaya dengan vitamin A, C serta K. Kalau anda jenis suka lauk berkuah, nasi panas dan makan segera, menu ini memang ‘match’ dengan gaya hidup moden hari ini.
Yang membuatkan resipi ini menarik ialah gabungan rasa telur yang lembut, tumisan bawang putih yang wangi, dan pedas manja cili padi. Semua ini digaul sebati bersama pak choy yang masih crunchy. Rasa simple tapi padu, boleh buat hilang stress!
PAK CHOY GORENG TELUR

Hidangan: 2-3 orang
Bahan-bahan:
- 300gm pak choy
- 3 biji telur
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 5 biji cili padi merah | dihiris
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/8 sudu kecil lada sulah
- ½ sudu kecil kicap pekat | untuk warna & rasa umami
- 1 sudu kecil ikan bilis kisar | optional, boleh ganti dengan sedikit taucu
Cara Memasak:
1. Sediakan Telur Scramble
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur sehingga menjadi scramble egg. Jangan biarkan terlalu garing—biar lembut sedikit supaya nanti boleh serap sos. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis Bawang Putih & Cili
Dalam kuali yang sama, tumiskan bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Gunakan api kecil hingga sederhana supaya bawang tidak cepat hangus.
3. Masukkan Ikan Bilis Kisar
Jika suka rasa umami lebih mendalam, masukkan ikan bilis kisar dan tumis seketika. Langkah ini sangat penting kalau nak kuahnya lebih ‘bernyawa’.
4. Masukkan Pak Choy & Telur
Bila tumisan sudah wangi, masukkan pak choy. Kacau sekejap hingga sedikit layu, kemudian masukkan semula telur yang dimasak tadi.
5. Perasakan
Masukkan garam, kicap cair, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat. Gaul rata hingga semua bersalut elok. Jangan masak terlalu lama supaya pak choy kekal hijau dan crunchy.
6. Sedia Dihidangkan
Hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Memang nikmat!
Kelebihan Hidangan Ini
✨ Cepat siap – seluruh proses ambil masa 10 minit saja.
✨ Sihat & ringan – tinggi vitamin, rendah lemak.
✨ Bahan mudah – semuanya stok sedia ada di dapur.
✨ Rasa umami – lebih padu kalau tambah ikan bilis kisar atau sedikit taucu.
✨ Serbaguna – sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau lauk sampingan makan malam.
Sama ada anda bujang atau ibu sibuk yang nak lauk sampingan segera, resipi ini memang boleh ‘rescue’ hari anda.
Tip & Info Menarik
💡 Telur lembut buat hidangan lebih creamy
Jangan goreng telur sampai kering. Telur lembut lebih sedap bila bercampur dengan sos.
💡 Pak choy tak boleh lama atas api
Kalau overcook, ia jadi lembik dan hilang warna. Masak 1–2 minit sudah cukup.
💡 Ikan bilis kisar = rahsia umami bajet
Tak perlu banyak bahan pun, satu sudu kecil dah cukup naikkan rasa macam lauk kedai.
💡 Guna taucu untuk versi lebih ‘Chinese style’
Kalau nak aroma dan rasa lebih pekat ala masakan Cina, gantikan bilis kisar dengan ½ sudu kecil taucu.

Kenapa Anda Wajib Cuba Pak Choy Goreng Telur?
Setiap kali terfikir nak makan sihat tapi tak mahu menu yang rumit, Pak Choy Goreng Telur adalah jawapan paling selamat. Ia lauk serba serasi yang sesuai dengan nasi putih, bubur, mihun, malah boleh dijadikan side dish untuk lauk pedas seperti sambal atau kari.
Selain itu, resipi ini sangat fleksibel. Anda boleh tambah hirisan lobak merah, cendawan atau bawang Holland untuk warna dan tekstur. Boleh juga kurangkan cili jika masak untuk kanak-kanak. Tetap sedap walau diubahsuai ikut selera.
Kesimpulannya, inilah hidangan harian yang merendah diri tetapi penuh kelebihan. Resipi ini mungkin sederhana, namun hasilnya sentiasa membuatkan ramai kembali masak lagi dan lagi. Cubalah, pasti anda faham kenapa ini antara menu popular di rumah ramai orang.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Campak-Campak Dah Siap. Resipi Clear Seafood & Vege Soup Ni Memang Sedap
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Menu Tempe Gerenti Jadi & Sedap, Wajib Cuba!

Jemu dengan lauk daging, hari anda cuba menu tempe yang ringkas tapi sedap, lagi pun harganya murah dan cepat masak. Tak kisahlah nak masak tempe je atau campur dengan bahan lain, ia tetap sedap. Kalau susah nak fikir menu apa, ini RASA kongsikan empat menu yang sangat senang buat, gerenti jadi dan sedap.

TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | hiris menyerong
- 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
- 2 ulas bawang putih | titik
- 8 biji cili padi | hiris
- Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh air asam jawa
- 1 sudu makan kicap pekat panis
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
- Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
- Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:

TEMPE GORENG BERSAMA DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong dadu
- 1 keping tauhu | potong dadu
- 2 pokok daun bawang | potong 3cm
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
- Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.

NUGGET TEMPE MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
- 1biji telur
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan Sos Cili Thai
- 1biji cili merah | cincang halus
- 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
- Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
- Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
- Sedia dihidangkan.

JEJARI TEMPE BERSAMA SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong memanjang
- 1 biji telur
- 1 cawan nestum | hancurkan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Secubit garam
BAHAN SOS KICAP:
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 6 ulas cili padi
- 1 biji cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
- Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
- Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Soto & Laksa, Sajian Sarapan Gerenti Sedap Zaman Berzaman.

Sarapan pagi dengan soto dan laksa memang ‘terangkat’ Sajian kaya rempah dan berperisa ni memang ‘favorite’ zaman berzaman-zaman . Iya kan sajian warisan orang lama.
Bila dah makan sarapan barulah bersemangat nak kerja … jom semak empat resipi ni
1. SOTO AYAM BLC

Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk lada putih
- Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
- 2 sm kayu manis
Bahan untuk menumis/dihiris:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
Bahan untuk menumis/dikisar :
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 1 sudu teh lada hitam
Bahan sambal cili kicap :
- Segenggam cili padi / ditumbuk
- 2 ulas bawang putih/ditumbuk
- Kicap lemak manis ikut suka
- 1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
(Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul seketika.
4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
6. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.
8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan
ayam carik.
9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dn reneh
Jenis masakan : Sarapan pagi atau sajian petang
Keistimewaan : Sajian yang amat mengenyangkan, nasi impit dan bahan tambahan menjadikan ia makanan kegemaran.
INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
2. LAKSA JOHOR

Bahan-bahan :
- 400 gm satu paket spageti
- Garam secukup rasa
- Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
- 1 kg ikan kembung /direbus dan ambil isi
- 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
- 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
- 3 keping ikan kurau masin
- 5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
- 8 keping asam gelugor
- 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
- 1 sudu makan gula melaka
- 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
- 20 tangkai cili kering
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 10 batang serai
- 4 sm halia
- 4 sm lengkuas
- 2 sm kunyit hidup
- 3 sm belacan
- 9 sudu makan biji ketumbar
- 3 sudu makan biji jintan putih
- 3 sudu makan jintan putih
- 2 biji buah keras
- 4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
- Limau kasturi/dipotong untuk diperah
- Taugeh
- Daun kesum atau daun selasih
- Timun
- Sambal belacan
- Bawang besar /dipotong bulat
- Kacang panjang
- Lobak asin
Cara memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi..
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Laksa dan spageti
Keistimewaan :Laksa Johor menggunakan spageti, pengaruh barat dalam sajian
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
3. SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN

BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor sardin segar / asingkan isi dari tulang
- 1 biji bawang besar/dikisar
- 3 ulas bawang putih/ dikisar
- 1 sudu makan lada hitam/ditumbuk
- Minyak untuk menumis
- 1 ikat kangkung
- 1 lobak merah/ dipotong jejari
- 50 gm kubis bunga
- 350 gm bihun/ direndam dengan air biasa
- Air secukupnya
- 4-5keping keropok mentah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat.
2. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan.
3. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau.
4. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk.
5. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah.
6. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mi lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Boleh dimakan begitu sahaja.
4. KARI LAKSA UDANG YABBY

BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
- 300 gm cili kering /dibuang cili
- 150 gm halia /dihiris nipis
- 200 gm ulas bawang putih/ diketuk
- 180 gm bawang kecil
- 80 gm serai, dihiris halus
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 600 gm udang yabby
- 200 gm kek ikan/ sudah dimasak
- 1/4 cawan minyak masak
- 200 ml santan kelapa
- 1 liter air stok ayam
- 10 keping tofu (jika suka)
- 12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
- 400 gm mi laksa
- 2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
- 3 biji telur rebus /lembut
- Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


