Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Sekali sekala ubah selera dari makan bihun goreng kepada suhun goreng. Korang kena cuba rasa.Siapa yang sering ke kedai masakan Cina atau Thailand pasti tahu menu suhun goreng ini. Letak pula udang kering memang terangkat sedapnya. Selamat mencuba.
SUHUN GORENG
Bahan-bahan:
Suhun
Bawang
Udang kering
Cendawan shitake
Telur
Taugeh
Daun bawang
Karamel masakan
Kicap cair
Cara memasak:
Rendam suhun sehingga lembut, tos dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak masak, goreng udang kering(ditumbuk),bawang putih (dicincang) sehingga naik bau.
Masuk telur dan kobis Panjang. Kacau hingga rata.
3.Masukkan suhun yang telah ditos bersama karamel masakan.
4.Letak garam dan serbuk perasa.Gaul hingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan taugeh dan daun bawang.Gaul kesemuanya.Siap untuk dihidang.
Bila anak-anak cuti sekolah, mak-mak mesti sibuk nak masak itu ini. Tak kurang juga yang tidak tahu nak masak apa lagi. Jangan risau kalau kering idea, ini RASA kongsikan enam menu telur yang mudah dan ringkas, bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je ye..
RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih| kisar
1 inci halia |kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai| hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih|kisar
½ inci halia|kisar
½ inci kunyit hidup|kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu.
Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur.
Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | direbus
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh rempah kurma
1/2 inci halia
1 helai daun pandan
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.
Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
5 biji cili padi| dihiris
5 biji bawang merah| dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar.
Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah| dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram |potong
Sedikit bunga kubis|potong
Sedikit daun sup|racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
Anda penggemar pai, ini menu pai yang sedap sangat gabungan buah-buahan dan bijirin oat yang sangat sedap dan sihat, sesuai untuk anda yang ada diabetes atau sedang berdiet. Cara membuatnya pun mudah. Jangan tunggu lagi jom cuba.
PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Isian:
1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula
Bahan Toping:
150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.
Campurkan bersama gula dan digaul rata.
Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.
Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi
Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.
Dapatkan bijirin dan kekacang organik di Love Earth
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...