Makan tengah hari dengan lauk yang simple gerenti bertambah makan. Boleh buat menu ikan rebus goreng ni, sangat simple. Rebus ikan Selayang , tambah garam , cuka dan asam keping dan bahan-bahan ramuan lain. Kemudian digoreng dengan bawang dan cili, ermmm enaknya tak terkata.
1.Susun ikan dalam periuk dan taburkan satu sudu besar garam bukit.
๐ง๐ถ๐ฝ: Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. (Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti)
๐ง๐ถ๐ฝ: Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
2.Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
3.Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
4.Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
5.Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.
6.Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.
7.Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.
Ada sardin di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Jom masak resipi Sardin Yum Pla Krapong. Memang simple tapi sangat sedap.
Yelah, asyik masak sardin sambal jer kan. Tak salah mencuba rasa lain. Bahan-bahan pula senang dan mudah didapati.
Jom kita ikuti cara-cara yang ditunjukkan saudari Hajar Mohd ini.
SARDIN VERSI YUM PLA KRAPONG
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – beli online di sini 2 ulas bawang kecil | hiris (nak guna bawang Holland pun tak apa) – beli online di sini 2 batang serai | hiris – beli online di sini 2 genggam daun pudina 2 ยฝ sudu jus limau nipis 1 batang daun bawang | dihiris 2 cili merah atau hijau | dihiris – beli online di sini *Jika suka pedas menyengat boleh tambah cili api ya
3. Masukkan semua bahan hiris dan daun pudina. Jangan lupa jus limau nipis tadi. Jika suka masin, boleh tambah garam atau perasa sesuka hati ya. Kacau-kacau dan hidangkan.
Nak cuba masakan nusantara? Jangan bimbang, rasa masakannyaย macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Untuk itu,ย RASA kongsikan tiga menuย yang ada pengaruh Indonesia dan Filipina. Bahan masakan yang digunakan juga sama seperti orang Malaysia masak.ย Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.
ย
AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
2 batang serai | titik
760gm air
1 biji tomato | potong dadu
2 batang daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Daun Kemangi | secukupnya
BAHAN KISAR :
4 tangkai cili kering
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 sudu makan minyak masak
6 biji buang keras
3cm kunyit hidup
3cm halia
CARAย MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
Sedia dihindangkan.
AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayamย | potong kecil
2 sudu makan pes cili dikisar
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 litter santan
ย Garam, gulaย secukup rasa
Minyak masak
Airย | jika perlu
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudianย bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Rempah ratus menjadi agen penambah perisa dan penyedap rasa masakan termasuklah dalam masakan Melayu. Ditambah pula dengan gabungan bahan mentah tempatan seperti ย santan dan daun kari, serai kunyit dan lengkuas dan cili, keenakan menjadi lebih terasa seperti dalam tiga menuย laukย berasaskan kari yang RASA kongsikan ini.
KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya|ย menumis dan meng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas
KARIย DAGING TETEL BERSAMA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1 litter santan kelapa
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3cm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
ย CARA MEMASAK:ย
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
Apabila daging empuk, masukkan nangka.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KARI MAMAKย IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Jenahak
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2cawan air asam Jawa
250ml santan kotak
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
5 biji bendi
2 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili hijau
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan โtersembunyiโ yang boleh jadi menu sedap.