Uncategorized

Makaroni Goreng Sempoi & Sedap, 30 Minit Siap Makan Malam.

Share

Makaroni goreng paling sempoi yang boleh dijadikan menu makan malam atau sarapan pagi  yang patut anda semua cuba, ia ringkas, senang dan mengenyangkan. Paling penting pasti seisi keluarga suka. Menu barat yang telah difusionkan ikut tekak orang Malaysia.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 paket makaroni- rebus dan tos
  • 1/2 dada ayam – hiris nipis
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 batang seleri
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • Sedikit hirisan kobis
  • 5 tangkai cili kering – potong kecil
  • 1 biji bawang besar – cincang kasar
  • 4 ulas bawang putih – titik
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

2. Masukkan cili kering.

3. Seterusnya, masukkan rempah kari dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.

4. Masukkan hirisan ayam, kacau lagi.

5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.

6. Tambahkan sedikit air jika sedikit kering.

7. Akhir sekali, masukkan makaroni dan semua bahan hirisan. Kacau rata.

8. Tutup api dan hidangkan.

IKLAN