Dikala hujung tahun begini, pasti ramai yang bakal melangsungkan majlis pertunangan ataupun pernikahan. Manisan macaron ini sesuai dijadikan sebagai salah satu ‘pemanis’ dalam hantaran anda.
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 biji telur putih | saiz L
60gm gula kastor
80gm serbuk badam
120gm gula aising
Sedikit esen vanila
Pewarna yang diingini
Inti jem dan coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Ayak serbuk badam dengan gula aising. Ketepikan.
Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk.
Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan seperti buat kek. Masukkan pewarna yang diingini dan gaul sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian jika ingin membuat warna yang berbeza-beza.
Masukkan adunan yang sudah siap ke dalam piping bag. Satu piping bag untuk satu warna. Picit ke atas dulang ketuhar yang sudah dialas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3cm. Ulangi setiap warna hingga selesai.
Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan makaron. Ini untuk mengelakkan permukaan makaron jadi berlubang bila dibakar.
Biarkan permukaan macaron kering atau tidak melekat di tangan sebelum dibakar. Anggaran lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150C selama 20 minit.
Setelah masak, keluarkan dan sejukkan.
Paipkan inti jem atau coklat yang anda sukai di atas sekeping macaron dan lapiskan dengan sekeping macaron lagi. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati.
Ads
INFO CHEF : Sebelum makaron dibakar, uji dahulu dengan menyentuh dengan jari. Jika adunan tidak melekat, bolehlah dibakar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasanya kita buat biskut raya dengan nestum, kali ini kita buat kek pula. Resipi kek nestum gebu viral ni dikongsi oleh Lieyaa Homemade.
Rasanya betul-betul sedap dan rasa lemak-lemaknya pada nestum yang digunakan. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Mesti anak-anak suka.
KEK NESTUM GEBU VIRAL
BAHAN-BAHAN:
200g marjerin (lebih kurang dalam secawan – tengok juga cawan yang diguna, nak tepat pakai timbang, saya pakai cawan minum kopi je) – beli online di sini 150g gula perang (dalam 1 cawan lebih sikit) – beli online di sini Sedikit esen vanila 50g nestum original @ 2 peket (macam dalam gambar) – beli online di sini 3 sudu besar susu pekat – beli online di sini 160g tepung naik sendiri (dalam 1 ½ cawan) – beli online di sini 5 biji telur Kacang pecan @ ikut selera nak letak jenis kacang apa
1. Putar marjerin dan gula perang hingga gebu dan kembang sebati. 2. Kemudian masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati semuanya. 3. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi.
4. Dah boleh perlahankan mixer. Masukkan tepung yang sudah diayak. Putar lagi. 5. Akhir sekali, baru masukkan nestum. Kacau lagi hingga sekata semuanya.
6. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuang adunan dan tabur kacang pecan. 7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45-55 minit, api atas bawah. 8. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan atas redai.
Sedapnya bila dapat nikmati cucur kesukaan. Tambah pula bila dimakan panas cicah dengan sos, tambah sedap. Buat cucur ni guna bahan-bahan apa yang ada di rumah saja. Ada bilis dan sayuran sikit boleh tambah dalam adunan, maka jadilah cucur bilis.
Cucur Udang & Cili KeringTumbuk pun tak kurang enaknya. Pendek kata, apa saja bahan yang sesuai boleh tambah dalam adunan cucur. Percayalah gerenti terangkat rasanya.
Tak perlu menu hebat-hebat nak gembirakan hati keluarga. Masakan begini pasti dapat memuaskan hati semua orang.
CARA BUAT KUIH CUCUR TOPI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Masukkan taugeh, kucai dan lobak merah, gaul rata dan perap selama kira-kira 30 minit.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal daripada senduk.
Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat toskan minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap. Boleh cicah dengan sambal, sos atau kuah kacang. Ikut selera masing-maaing ye.
Lenyekkan ubi kayu yang telah direbus sampai hancur sebati.
Buang akar yang terdapat di dalam Isi ubi kayu.
Masukkan tiga sudu besar gula ke dalam isi ubi kayu dan gaul sebati.
Bentuk dan bulat-bulatkan isi ubi kayu sampai habis. Size ikut suka sama ada nak kecil atau besar. Ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung beras, marjerin, esen vanilla, baki gula dan pewarna kuning. Kacau sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tak pekat sangat.
Panaskan minyak di dalam Kuali, celupkan isi ubi kayu yang telah dibulatkan tadi ke dalam adunan tepung sebelum menggoreng. Ulang sampai Habis.
Goreng cucur ubi kayu sampai kekuningan dan angkat. Siap. Selamat mencuba.
Dah jam 9 pagi tapi belum sarapan? Biasalah tu. Hujung minggu sarapan lambat. Bagi yang belum ada idea nak makan apa pagi ni. Boleh cuba buat Cucur Bilis Kucai & Cili Kering resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Makan panas-panas memang terangkat! Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ . Sedap, cukup rasa dan pedas!
CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Resipi Daging Goreng Halia ala Chinese Muslim yang sedap, mudah dan lembut. Lengkap dengan cara perap daging serta petua masak supaya lebih juicy dan berperisa.