Warna hijau lembut kuih lompat tikam ini sahaja sudah menggoda jiwa. Apatah lagi dengan sos gula Melaka dan juga kuah santan. Terasa-rasa lemak manis yang sukar nak ditolak. Melalui facebook Anys Idayu Zakaria telah berkongsi resipi kuih lompat tikan versi Kelantan yang sangat disukai ramai.
LOMPAT TIKAM VERSI KELANTAN
BAHAN UNTUK TEPUNG
• 3 cawan tepung beras
• Garam secukup rasa
• Air kapur (boleh ganti dengan dua sudu tepung jagung. Tujuannya untuk bagi tepung tak lembik)
• 6 cawan air
• Air daun pandan (boleh guna dua titik pewarna hijau)
Ads
CARA MEMBUAT TEPUNG
1. Campur semua bahan dan tapis. Masukkan dalam kuali.
2. Kacau sampailah pekat dan likat.
3. Bila nampak menggelembung dan melompat, maknanya tepung tu dah masak.
4. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang. Ratakan tepung. Sejukkan supaya nanti nak ambil makan dah agak keras.
BAHAN KUAH SANTAN
• Santan sekotak
• Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KUAH SANTAN
1. Panaskan santan dalam periuk dan kacau.
2. Masukkan garam.
3. Apabila dah mendidih, tutup api.
Ads
BAHAN AIR GULA MELAKA
• Seketul gula melaka.
• Kacau dan masak atas dapur. Tambah air. Ikut sukatan sendiri.
• Aku tambah sesudu tepung jagung nak bagi agak pekat sikit.
Ads
CARA MEMBUAT AIR GULA MELAKA
1. Hiris gula melaka
2. Masukkan dalam periuk dan tambah air. Biarkan gula hancur.
3. Tambah tepung jagung sikit untuk pekatkan kuah. Siap.
Kadang-kadang buntu juga memikirkan menu untuk anak-anak suka. Tidak semesti apa yang kita suka, anak akan menyukainya. Hidangan yang simple sering jadi pilihan anak-anak. Resipi cucur roti ini boleh dijamu untuk mereka sama ada untuk sarapan atau petang, Boleh cuba buatnya .
RESIPI CUCUR ROTI
Bahan-Bahan:
4 keping roti
2 biji telur
bawang merah
lobak hiris halus
secubit garam ( sya guna secukup rasa)
Cara-Cara:
Carikkan roti kecil-kecil. Campur sebati semua bahan. Lebih cantik kalau ada daun kucai atau daun bawang. (saya guna kangkung sbb xde daun bawang)
2.Masa menggoreng lebih cepat sebab cepat masak. Golek-goleh manja dalam minyak dah boleh angkat. Sampai nak amik gambar pun tak sempat.
Apam Mekar adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, Apam Mekar ini juga tidak sukar untuk disediakan. Jika nak cuba, resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Bolehlah cuba buat untuk minum petang atau sarapan. Pasti puas hati.
RESIPI APAM MEKAR YANG SEDAP & GEBU
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan. 2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu. 3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan. 4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas. 6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag)
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit. 8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam.
Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)
Kuih Lompang adalah antara kuih tradisional yang popular dan digemari ramai. Namun agak sukar untuk jumpa kuih ni yang sedap. Jadi, kalau anda cuba buat sendiri, resipi perkongsian dari FB saudari Jamal dan Asmahan ni antara yang terbaik dan nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
KUIH LOMPANG KAMPUNG BERLESUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
350gm gula merah
60gm gula pasir
450ml air
170gm tepung gandum
120gm tepung ubi
60gm tepung beras cap 3 gajah
900ml air
1/2 sudu teh kapur sireh
CARA MEMASAK:
Satukan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk. Masak hingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
Bila air gula dah sejuk, campurkan bahan-bahan lain. Adun hingga sebati.
Tapis adunan bagi memastikan tiada ketulan dan bahan-bahan larut sempurna.