Terkenang kalau dulu-dulu bila petang musim hujan, mak mesti buat Lempeng pisang. Tapi sekarang nak jumpa lempeng ala kampung macam emak atau nenek buat memang jarang-jarang dapat. Bila terlanjur ingat, ini dikongsikan resipi lempeng kampung yang sedap sangat, kaya dengan rasa pisang segar, campur pulak dengan kelapa dan gula Melaka memang terbaik. Wajib cuba ni…
LEMPENG PISANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ads
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
Enak dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom buat Roti Goreng Lemak Manis untuk sarapan. Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan roti. Tak ada selera katanya kalau roti sandwic putih tanpa rasa. Jadi anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng, resipi perkongsian saudari Ratna Sari Zain. Ringkas dan rasanya pun sedap. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak.
RESIPI ROTI GORENG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
4. Roti Goreng Lemak Manis siap. Sedia untuk dinikmati.
Aduh, sedap betul tengok Red Velvet Brownies ni. Kena pula ada lapisan cheese yang dihias menarik sebagai topping. Makan petang-petang bersama keluarga, memang kenalah dengan temanya.
Walaupun tak mudah untuk membuatnya namun pasti berbaloi bila menikmati setiap suapan Red Velvet Brownies hasil resipi Tyra Manan.
RED VELVET BROWNIES
BAHAN-BAHAN :
*250gm tepung gandum *15gm serbuk koko *½ sudu teh baking powder *(3 bahan ni kena ayak bersama) 130gm mentega 250gm gula halus 2 biji telur gred A 1 sudu teh esen vanilla 240ml buttermilk ½ sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh cuka
*CARA BUAT BUTTERMILK : Susu full cream (240gm) + cuka (1 sudu besar) + pewarna merah (1 sudu besar) Biarkan 5-10 minit sebelum masukkan dalam adunan. *Cuka & soda bikarbonat : Campurkan 2 bahan ni, tunggu sampai hilang buih terus masukkan dalam adunan. (Yang ni buat last sekali bila adunan dah siap)
CARA-CARA :
1. Cairkan mentega, tutup api dan masukkan gula (masa mentega tu panas lagi).
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Kacau sampai gula larut, baru masukkan bahan yang dah diayak selang seli dengan bancuhan buttermilk tadi. Akhir sekali, baru masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.
4. Masukkan adunan dalam loyang 10″ dan bakar selama 25-30 minit, suhu 185° (ikut oven masing-masing)
*Simpan sikit adunan kek untuk kita buat deco atas cheese nanti. *Sementara kek tengah bakar, boleh sediakan bahan untuk cheese atas dia.
BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE :
375gm cream cheese 180gm gula halus 2 sudu besar whipping cream 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar jus lemon 2 biji telur
CARA-CARA :
1. Putar cream cheese sampai berkrim, masukkan gula dan mix sampai sebati baru masukkan telur dan jus lemon. Akhir sekali, baru masukkan tepung dan whipping cream.
2. Bila kek dah masak, sejukkan kejap dan baru tuang adunan cheese atas kek tadi. Hias ikut selera masing-masing dan bakar lagi sekali dengan teknik stim bath selama 30 minit, suhu 160° (ikut oven masing-masing).
Sedapnya Kek Zebra Putih Telur ni atau tajuk asal dalam bahasa Indonesianya dipanggil Bolu Zebra Putih Telur. Nampak gebu dan sedap kan? Malah, bahan-bahannya nampak mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida dari IG @fridajoincofee ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK KEK ZEBRA PUTIH TELUR
BAHAN-BAHAN: 250gm putih telur ( guna lebih kurang 7 biji telur) 120gm gula pasir 1/2 sudu teh emulsifier (SP) – boleh didapati di kedai menjual alatan kek) 100gm tepung gandum protein rendah (tepung halus @ tepung superfine) 15gm susu tepung 15gm tepung jagung 100gm mentega cair 10gm serbuk koko Pes mocha secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul putih telur, gula pasir dan SP sehingga kembang dan kental. 2. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung yang telah diayak. Kaup balikkan hingga rata. 3. Masukkan mentega cair yang sudah disejukkan pada suhu bilik. Kaup balikkan lagi hingga rata. 4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian ditambah dengan pes mocha, satu bahagian dicampur serbuk koko dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.
5. Ambil loyang, oles marjerin dan tabur sedikit tepung bagi mengelakkan kek melekat. 6. Tuang satu sudu makan adunan secara berselang-seli. Lakukan hingga kesemua adunan habis.
7. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak. 8. Keluarkan kek dan sejukkan sebelum dipotong dan dinikmati
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.