Lempeng kelapa sesuai dijadikan sarapan. Kalau di kampung, inilah yang sering dijadikan hidangan pada pagi hari. Cicah pula dengan sambal bilis. Nikmat tak terkata.
Hidangan ini sesuai sangat digandingkan dengan secangkir kopi panas. Memang padu! Nak dapatkan cara untuk menghasilkan lempeng kelapa yang sedap? Jom ikuti perkongsian resipi daripada Salwani Ibrahim ini.
LEMPENG KELAPA SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
½ biji kelapa parut (kalau dapat kelapa muda lagi sedap)
3 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
2 biji telur
1 sudu kecil garam
3 sudu besar marjerin (yang dicairkan)
Air suam
Ads
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kandungan air suam agak-agak sahaja seperti bancuhan tepung pisang goreng.
Sendukkan aduanan dalam kuali non stick tanpa minyak. Ini kerana dalam adunan dah ada marjerin.
Masak kedua-dua bahagian hingga bertukar warna keperangan.
Resipi apam berkuah Terengganu. Apam yang dimakan dengan kuah yang berempah dengan rasa lemak santannya. Memang sedap.
Pernah makan? Satu lagi kuih tradisi orang lama di Terengganu yang jarang dapat jumpa sekarang. Boleh buat sendiri lagi puas hati. Ikut resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramliini.
Untuk membuat apam; Campurkan kesemua bahan A, B dan C. Kacau rata sehingga tiada tepung berketul. Kemudian perap selama 1 1/2 jam.
Sapukan minyak pada acuan dan kukus selama 20 ke 25 minit bergantung pada pengukus dan acuan. Bila masak, sejukkan dulu dalam 10 minit barulah keluarkan. Ketepikan.
Untuk membuat kuah; Tumis bahan kisar halus. Apabila naik , masukkan bahan tumbuk dan rempah. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan 1 cawan air. Masukkan santan dan 1 cawan air lagi (kepekatan terpulang pada cita rasa). Kemudian masukkan ikan, kelapa parut dan kerisik.
Tambah nisang, garam dan gula. Kacau sebati. (Kuah hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat).
Setelah kuah masak, tutup api. Siap untuk dihidang dengan apam.
Puding Kastard Jagung nak buat mudah yang pasti sedap dan confirm jadi! Nak pencuci mulut yang cepat, ringkas tapi tetap ‘wow’? Cubalah puding kastard jagung ni! Tak perlu oven, tak guna banyak bahan pun. Campur-campur, kacau atas api, masuk acuan dan sejukkan. Siap! Memang kegemaran ramai, dari mak-mak sampai ke anak-anak.
Siapa yang tak suka kalau buat cucur, kan? Tapi ada yang buat jadi keras, ada yang buat lembik sangat tak masak. Kali ini ada resipi mudah buat Bebola Cucur. Rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau makan, mesti nak lagi.
Resipi mudah yang dikongsikan Shaa Zainol ini memang tampak menyelerakan. Comel sahaja saiznya dan bulat-bulat bentuknya. Lengkap dengan bilis dan sayuran. Memang sedap. Jom kita buat.