Menu yang tengah viral pada ketika ini, rain drop cake! Memang cantik dan comel je. Jernih dan lembut macam air embun pagi.
Rupanya cara nak buat pun senang je. Menerusi resipi dan cara yang dikongsi Siti Masitah Awang KechikFull ini, sekejap saja untuk membuatnya.
RAIN DROP CAKE
BAHAN-BAHAN:
½ sudu besar serbuk agar-agar (saya guna swallow laying-layang) – beli online di sini 1 sudu besar gula kastor (kalau gula ni tak cukup, boleh tambah sendiri) – beli online di sini 700ml air
2. Dah cair semuanya, padam api. Tuang ke dalam bekas atau mangkuk bahagian dalamnya membulat macam acuan lompang tu. Saya guna mangkuk Tupperware je.
Ads
3. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila dah mengeras, keluarkan dan hidang bersama air gula melaka dan serbuk soy bean. Saya tak letak sebab tak ada serbuk tu.
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga doh sebati dan licin. 2. Setelah siap diuli, bulatkan doh dan taburkan tepung banyak-banyak.
3. Canaikan doh dengan kayu pencanai hingga menjadi nipis.
6. Saya keringkan dalam ketuhar dengan bakar selama 10 minit guna suhu 170C.
7. Bila dah siap, masukkan dalam plastik. Boleh biar suhu bilik atau nak letak dalam freezer pun boleh. 8. Kalau nak makan, rebus mi dulu sampai lembut. Angkat dan toskan airnya. Rendam dalam air paip ye, sejukkan mi untuk dapatkan tekstur kenyal.
Resipi roti poket inti Burger Big Mac Mcdperkongsian saudari Fatin Pauzi ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Menurut beliau, resipi ini sesuai bagi anda yang nak buat perut rasa kenyang tapi tidak penuh, nak jaga perut waktu pagi untuk elak makan nasi berlemak dan berminyak. Sangat mudah cara pembuatannya. Malah suami beliau juga puji, katanya rasa lebih sedap dari burger restoran makanan segerat tersohor tu. Wow… Jomlah cuba. Pasti anda pun akan suka.
1. Jika guna daging kisar, goreng dulu daging kisar guna mentega. Jangan letak garam atau gula. Kalau daging slice yang sudah masak, boleh terus letak sahaja. Tidak perlu goreng.
2. Potong bahagian tepi roti. Biar bahagian putih sahaja.
3. Letak keju mozarella atas roti. Baru letak daging.
4. Tutup dengan sekeping lagi roti dan penyet bahagian tepi biar melekat dan tertutup. Ia bertujuan supaya elak keju dan daging keluar ketika dimasak. Lakukan hingga bahan habis.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk. 6. Letak susu segar dan lada sulah dengan secukup rasa dan pukul sampai sebati.
7. Panaskan mentega dalam kuali sampai cair.
8. Rendam habis roti dalam campuran telur tadi dan masukkan ke dalam kuali.
9. Goreng sampai masak dan balikkan roti. Biarkan bahagian satu lagi masak sempurna dan keperangan.
10. Roti poket inti Burger Big Mac Mcd sudah siap. Semasa masih panas, terus potong bahagian tengah kalau nak tengok keju meleleh. Sedia untuk dinikmati.
Selera bila duduk rumah ni, memang lain macam kan. Apa-apa resipi yang terlintas dalam online, mesti kita nak cuba. Tambahan pula, bila tak lama lagi nak sambut Hari Bapa.
Nah, resipi ini pasti boleh menambat selera bapa atau ayah kita di rumah kan. Lebih-lebih lagi resipi mi kari netup pong pong menjadi bualan apabila ramai yang berkongsi akan kesedapan mi kuning dengan kuah kari yang pekat.
Jadi apa kata kita mula masak kuah mi kari netup pong pong hasil resipi Afy Al Habibi ini. Tengok pada bahan-bahan, sesuai untuk empat hingga lima orang makan. Seronok dapat makan satu keluarga!
BAHAN TAMBAHAN:
Tauhu pok | dibelah empat
Fishcake
Fishball goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai dan masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan cili boh.
3. Selepas itu, masukkan bahan rempah campuran ke dalam periuk. Diikuti serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Guna api paling perlahan sahaja.
4. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan air dan secubit asam jawa.
5. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka, garam dan serbuk perasa. Kacau. Pada waktu ini juga, tutup periuk agar tumisan mereneh sehingga pecah minyak kira-kira selama 7 hingga 8 minit.
6. Apabila keluar lapisan berminyak, itulah yang dikatakan pecah minyak. Kemudian, barulah masukkan ketulan ayam yang dicincang kecil dan kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang). Kacau rata.
7. Selepas 10-15 minit, tumisan mendidih dan boleh dikatakan isi ayam sudah masak. Masukkan santan dan diikuti secawan air (tengok kepada kepekatan dan sukatan kuah yang diingini). Kacau rata.
8. Kemudian, perasakan kuah peringkat kedua iaitu masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
9. Masukkan kiub ayam untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
10. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah pada akhir proses masakan. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA MI KARI:
Telur rebus
Fishball putih | dicelur seketika
Fuchuk goreng kering | beli siap lalu digoreng sampai garing – beli online di sini
Tauhu | digoreng
Kacang panjang | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Taugeh | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Limau kasturi – beli online di sini
Cili merah – beli online di sini
Daun sup
Bawang goreng