
Bagi penggemar hidangan Pais Ikan, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nur Suhadah Sanusi ni. Sangat ringkas namun membuka selera. Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Nak masaknya pun mudah. Boleh bakar guna Air Fryer, magic pan atau kukus. Tapi menurut empunya resipi, rasanya lebih enak jika dibakar. Apa pun, terpulang pada cita rasa masing-masing nak menikmatinya dengan cara bagaimana. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI PAIS IKAN KEMBUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 12 ekor ikan kembung saiz kecil – jika guna ikan saiz besar. Boleh ubah kuantiti bahannya
- Daun kunyit – dimayang halus
- Bunga kantan – dimayang halus
- Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR HALUS (kisar dengan sedikit air sahaja):
- 6 ulas bawang merah kecil – beli online disini
- 6 ulas bawang putih – beli online disini
- 2 inci halia – beli online disini
- 2 inci kunyit hidup – boleh guna serbuk kunyit
- 5 biji cili padi merah – lebihkan jika suka pedas
- 1 sudu makan asam jawa – beli online disini
- Sedikit garam & perasa
CARA MEMASAK:
1. Ikan disiang dan dibersihkan. Pada masa yang sama, satukan bahan yang dikisar halus bersama daun kunyit dan bunga kantan. Sebatikan.
2. Sumbat ikan dengan campuran bahan kisar tadi. Balut ikan menggunakan daun pisang. Perap selama 1-2 jam.
3. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180C selama 10 minit untuk setiap bahagian. Boleh juga masak ikan menggunakan pemanggang ajaib atau dikukus. Namun lebih sedap jika dibakar.
4. Angkat dan Pais Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Suhadah Sanusi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Leleh Terlajak Sedap & Tak Perlu Kukus
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan
Cara Buat Doh Serbaguna. 1 Resipi Boleh Hasilkan 3 Menu Berbeza
Resipi Telur Pecah Sambal Berlado. Lauk Simple Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=O_D3ro7uY8Y
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap Menyengat! 4 jenis Aroma Asam Pedas Melaka Tambat Selera

Isi Kandungan
ToggleAlangkah sedapnya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas untuk hidangan sendiri, sekeluarga atau rakan-rakan. Kali ini dikongsikan resipi daripada Pak Kasim Asam Pedas Melaka, yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak, sila cuba ye!
IKAN TERUBUK ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Terubuk – bersihkan dan potong
- 15 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cm halia
- 1 batang serai – ketuk
- 2 helai daun limau
- 5 batang bendi – potong
- 1/2 sudu kecil halba
- Garam secukupnya
- Air asam jawa secukupnya
Cara membuat:
- Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Tumis hingga terbit bau.
- Masukkan daun limau purut,serai, halba dan sedikit air asam jawa. Kacau sekata.
- Masukkan garam secukupnya dan ikan Terubuk. Kemudian masukkan bendi. Kacau seketika. Tutup api dan angkat.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
- 20 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 batang serai – ketuk
- 5-6 batang bendi
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Daun kesum secukupnya
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
- Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
- Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
DAGING TETEL ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo daging tetel -bersihkan
- 20 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai – ketuk
- 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
- 1/2 cm halia
- 2 helai daun limau
- Air asam jawa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
- Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
- Panaskan minyak,masukkan semua yang telah dikisar.
- Masukkan daun limau,serai yang telah diketuk dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Kacau sekata.
- Masukkan daging tetel dan sedikit air asam jawa. Setelah itu perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
ASAM PEDAS IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan sardin|dibersih dan toskan
- 2 sudu besar pes cili kering
- 5 biji bawang merah
- 1 ikan daun kesum
- 3 keping asam gelugur
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan pes cili kering, bawang merah, belacanm daun kesum, asam gelurgur ke dalam periuk dan masaukkan air secukupnya. Kacau rata dan masak sehingga air mendidih
- Kemudian masukkan ikan sardine. Masak sehingga ikan masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Kacau perlahan, sesuaikan rasa, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Info chef: Boleh juga gunakan ikan lain untuk menu ini.
Kongsi resipi: Pak Kasim Asam Pedas Melaka
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:
Asam Pedas Johor Pekat Kaw! Rahsia Ikat Perut Suami & Pujuk Hati Emak Mentua
5 Gaya Masak Sambal Mudah Untuk Menu Ramadan

Mencari resipi sajian sambal tradisional Melayu yang sedap dan mudah dimasak? Nah, min kongsikan 5 resipi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap.
Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering | dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang | digoreng terlebih dahulu
BAHAN DIKISAR:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. Sedia untuk dihidang.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
NOTA: Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja. Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
NOTA: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah. Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) | dihiris kecil
5 ulas bawang merah
½ biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
15 biji cili kering | rebus & dikisar
200 gm petai | dibuang kulit & belah
1 asam keping
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
NOTA: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
BAHAN SAMBAL IKAN BAKAR:
220gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sudu makan belacan bakar
150gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 ½ sudu teh gula | atau secukupnya
3 biji limau kasturi | perah jusnya
2 batang serai | dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
PENCICAH SAMBAL BELACAN & BAWANG:
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
½ cawan air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Sambal ikan bakar: Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar-benar masak dan garing. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
5. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
6.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
7.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
8. Memanggang ikan: Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
9. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal di atasnya.
10. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
11. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
12.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
NOTA: Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya. Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering | yang telah dikisar
5 biji bawang kecil | ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa | diperah bersama 1/2 cawan air
1 biji bawang besar | dihiris nipis
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan sedia untuk dimakan.
NOTA: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Guna Resipi Sama 30 Tahun, Memang Menjadi Buat Biskut Almond Chocolate Chip
https://www.rasa.my/resipi-bahulu-comel-berwarna-pasti-anak-anak-suka/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Resipi Lauk Pauk Kampung Paling Sedap & Senang Nak Masak.

Walau sejauh mana kita merantau dan hidup dalam dunia moden, aneka masakan kampung tentunya sentiasa menjadi pilihan. Walaupun ringkas, tapi kepuasan dalam setiap suapan tu memang sukar digambarkan. Bagi anda yang teringin nak masak lauk kampung simple, ini antara resipi yang boleh dicuba. Memang sedap & buka selera.
1. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
- 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- 5 batang serai | diketuk
- 5 helai daun kunyit | disiat
- 2 keping asam gelugur
- 1 liter santan cair
- 2 kg santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
- Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
- 4 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan kicap pekat
- 4 sudu makan sos cili
- 5 biji cili padi | dikisar
- 4 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 biji bawang besar Holland | dihiris
- 1cm halia | dihiris halus
- Sedikit serbuk lada hitam
- 8 biji cili padi | dibuang tangkai
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
- Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
- Sedia untuk dinikmati.
3. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
- 1cm belacan | dikisar
- 2 biji bawang besar | dihiris
- 4 keping asam gelugur
- Sedikit garam kasar
- Sedikit garam halus
- Gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
- Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
- Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
- Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
- Sedia untuk dinikmati.
4. LAWA MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mangga muda | disagat halus
- 1kg santan kelapa | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
- 300gm cili kisar | guna cili kering china
- Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
- 60gm lada hitam kasar
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
- Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
- Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
- Siap untuk dihidangkan.