Selain ayam goreng, cara lain untuk menikmati ayam adalah dengan cara ayam teriyaki. Ini sebenarnya cita rasa Jepun. Namun disebabkan rasanya yang sedap, ayam teriyaki boleh diterima oleh masyarakat kita.
Min kongsikan resipinya di sini ya.
Ads
Ayam Teriyaki
Bahan-bahan
Ads
2 keping isi dada ayam | hiris
1/4 cawan kicap cair
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan parutan halus halia
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gula perang/gula putih
1 sudu makan sedikit minyak masak
1 sudu makan bijan putih | goreng tanpa minyak
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
Ads
1) Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
2) Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3) Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
4) Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
5) Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
6) Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
7) Masukkan ayam dan tutup api.
8) Taburkan bijan dan gaul rata.
9) Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Musim cuti sekolah kembali lagi! Nah, mesti mak-mak pening kan nak hidangkan menu apa untuk keluarga, lagi-lagi anak-anak yang memang aktif dan pasti lapar je.
Apa kata anda masak nasi lobak merah bersama ayam bakar yang super sedap ini! Memang senang je nak masak.
Resipi yang dikongsi Zaini Talib ini, memang pilihan terbaik untuk makan bersama keluarga di rumah.
AYAM BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz kecil ( kalau tak nak potong, kalau saiz besar potong 4 bagi cepat masak) 1 biji bawang besar (sederhana besar) – beli online di sini 6 ulas bawang putih – beli online di sini 1 inci halia 1 batang serai – beli online di sini 2 sudu besar serbuk kari daging 2 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas) – beli online di sini 2 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil lada hitam Garam secukup rasa 2 sudu besar madu Sedikit mentega
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan di atas. Lumur pada ayam. 2. Kemudian masukkan 2 sudu besar madu gaul rata pada ayam. Perap 24 jam kalau nak lebih sedap.
3. Masa nak masak keluarkan ayam dari peti sejuk kemudian lumur dengan sedikit mentega.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 220C. 5. Bila ketuhar dah ready baru masukkan ayam. Bakar ayam 15 minit dengan suhu 220C. Kemudian turunkan suhu ke 180C dan teruskan masak ayam sehingga empuk.
NASI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmati | rendam ½ jam – beli online di sini 1 biji lobak merah | disagat memanjang – beli online di sini 2 sudu besar minyak sapi| untuk menumis – beli online di sini 3 biji bawang merah | dimayang 3 ulas bawang putih | dimayang Seinci halia | dipotong mancis 1 hekai daun pandan ¼ yogurt | kalau tiada tak apa (boleh guna susu diperah ½ biji lemon atau limau nipis) Rempah empat sekawan (1 kulit kayu manis, 3 buah pelaga, 2 bunga lawang, 6 cengkih) Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang, rempah empat sekawan dan daun pandan. Dah naik bau masukkan beras, goreng sekejap sampai naik bau.
2. Selepas itu bolehlah masukkan dalam periuk nasi. Masukkan yogurt, garam dan air secukupnya dan perasakan.
Biasanya kalau buat bihun goreng kalau ada tambahan bebola ayam lagi tambah sedapnya. Selalu beli di kedai, nak jimat dan puas makan bolehlah buat sendiri. Mudah membuatnya dan terjamin kebersihan.
Hidangan set lengkap nasi tomato bersama lauk ayam masak merah dan acar sesuai di jadiakan menu berbuka mahupun sajian utama di hari raya. Mesti makan berselera seisi keluarga menjamah hidangan istimewa ini. Nak lagi sedap tambah papadom. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *.
2) Panaskan minyak dan masukan butter. Apabila butter cair masukkan bahan blend, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam. Kacau sehingga kiub ayam hancur. Masukkan pes tomato. Kacau rata.
4) Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan garam. Kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
2) Masukkan serai. Tumis sampai wangi.
3) Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sehingga naik minyak.
4) Masukkan garam dan gula secukupnya.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan air. Kacau sesekali supaya tak hangus. Masak sampai kuah pekat.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1) Masukkan bahan bertanda * dalam mangkuk. Kacau sehingga larut
2) Masukkan sayuran dalam mangkuk besar. Tuangkan larutan cuka+gula+garam ke atas sayuran. Gaul rata. Jangan tambah air. Air sayuran akan keluar nanti.
Daging Goreng Bollywood Style yang menggoda selera dengan rasa manis, pedas dan rempah yang padu. Resipi mudah, bahan ringkas dan sesuai dimakan bersama nasi panas.