Kuah tradisi punya ramai peminatnya. Orang sering menganggap buat kuih tradisi sukar. Jom kita buat kuih seri muka ikut sukatan cawan. Gerenti menjadi dan rasa pun sedap.
KUIH SERI MUKA
Bahagian bawah
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
Cara membuat:
1.Cuci pulut toskan.
2.Masukkan santan dan garam.
3.Kukus dalam talam selama 25minit kemudian angkat.
4.Penyek-penyek hingga padat.
Ads
Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan.
2.Kisar hingga adunan halus.
3.Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
Hidangan Hari Raya takkan lengkap tanpa ada ketupat. Setiap negeri juga ada cara penyediaan ketupat yang tersendiri. Ketupat lemak manis ini antara yang menjadi kegemaran.
Ketupat Lemak Manis ini berupa gabungan beras pulut, beras pulut hitam dan juga kacang ketupat. Sedap dinikmati bersama aneka rendang. Sama ada rendang ayam, rendang daging atau rendang kerang dan lain-lain. Selain rasa pulutnya yang berlemak, ianya juga ada rasa kekacang yang menjadikannya bertambah enak.
Nak cuba buat? Apa kata ikuti resipi Ketupat Lemak Manis (gabungan pulut + pulut hitam + kacang ketupat) yang dikongsikan oleh Che Na Pokteh ini. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
2 ½ kg beras pulut (direndam selama 2 jam)
1kg santan
Sedikit pulut hitam (direbus hingga masak)
Kacang ketupat (direbus hingga masak)
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
Beras pulut direndam selama 2 jam.
Kacang ketupat direbus hingga masak.
Gaulkan pulut bersama pulut hitam. Selepas itu, kukus sehingga masak.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, gaulkan bersama santan yang telah dicampurkan dengan garam. (Sukatan agak-agak sahaja, jangan masin sangat.)
Setelah itu, kukus sekali lagi hingga masak.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan gula sehingga sebati. (Anggaran gula tak sampai sekilo, agak-agak saja mengikut selera masing-masing.)
Setelah sebati, baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.
Bungkuskan pula dalam daun palas.
Kemudian, kukus sekali lagi sehingga daun bertukar warna.
NOTA: Untuk ketupat lemak, tak perlu ditambah gula.
Dah siap Ketupat Lemak Manis. Sedia untuk dihidangkan.
Terasa nak makan karipap tapi tak rajin nak uli doh dan masak intinya? Resipi Karipap Telur ekspress perkongsian saudari Sakura Hanami ini antara yang terbaik yang anda boleh cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hanya perlukan prata segera yang ada dijual di pasaraya dan intinya hanya bahan yang cukup ringkas. Jika mahukan inti yang lebih berperisa, boleh sesuaikan mengikut selera masing-masing. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KARIPAP TELUR EKSPRESS
BAHAN-BAHAN: Roti prata sejuk beu segera (flaky/plain) Telur Cili merah – hiris Bawang besar – hiris Daun sup – hiris Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ambil sekeping roti prata. Letakkan di dalam pinggan berlekuk. Tujuannya supaya telur tidak meleleh keluar bila dimasukkan nanti.
2. Taburkan hirisan cili dan bawang besar hiris dengan secukupnya.
3. Seterusnya pecahkan sebiji telur, tabur sedikit garam dan juga hirisan daun sup dengan secukupnya.
4. Tangkupkan prata dan kelim bahagian hujungnya. Tekstur prata yang lembik, memang agak mencabar untuk mengelim.
5. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana panas dan goreng karipap tadi. Jangan besar sangat nanti doh hangus, tetapi dalam masih mentah.
6. Bila karipap masak, teksturnya berminyak. Jika ada, masukkan karipap ke dalam air fryer untuk mengurangkan minyak. Masak seketika pada suhu 140C selama 10 minit.
7. Jika tiada air fryer, boleh guna teknik sama menggunakan ketuhar. Hasilnya memang tidak berminyak berbanding ditoskan menggunakan tisu.
8. Karipap Telur sedia untuk dinikmati.
NOTA: Prata jenis kosong (flain) juga sedap. Bak kata empunya resipi rasanya sedap, lembut dan rangup halus.
Donut memang sedap lebih-lebih lagi jika ianya gebu dan seakan cair di mulut. Fuhhh..Satu je tak cukup. Nak cuba buat sendiri? Boleh cuba resipi di bawah ini.
Resipi Cottage Pie mudah ala Malaysia dengan kentang lenyek lembut dan sos daging berempah. Sesuai untuk hidangan keluarga yang sedap dan mengenyangkan.