Kuih lidah buaya atau terkenal juga dengan nama kuih tiram memang garing dan rangup. Kuih bersira gula ni memang seronok untuk dikenyang. Boleh jadi kudapan dan kerepek enak bila-bila masa pun.
Ni resipi yang dikongsikan oleh Nazir Abd Aziz, resipi kuih lidah buaya @ tiram mudah dan yang paling penting bila makan krap krup bunyinya. Simpan dalam bekas kedap udara, boleh lah tahan lama sedikit kan.
KUIH TIRAM
BAHAN-BAHAN
Ads
1kg tepung gandum
2 cawan air
1 cawan marjerin(mentega)@ minyak masak
1sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan minyak untuk dicampur bersama tepung ubi kayu
1 1/2 cawan gula dikisar menggunakan blender kering supaya betul-betul halus.
CARA MEMASAK : 1. Cairkan marjerin masukkan dalam bekas loyang, kemudian gaul dengan tepung gandum hingga sebati. 2. Selepas itu masukkan air yang telah dicampur dengan garam ke dalam tepung tadi kemudian uri hingga menjadi doh. 3. Sekiranya doh masih lagi keras tambahkan sedikit air 4. Bila doh dah sebati ambil sedikit demi sedikit kemudian canai hingga nipis, nipisnya lebih kurang macam buat karipap mini , jangan terlalu tebal nanti tak rangup. 5. Lepas tu doh yang telah dicanai nipis tadi disapukan tepung ubi kayu yang telah dicampur bersama minyak masak keatasnya sehingga rata(tepung ubi kayu tadi jangan terlalu pekat sangat,,sekiranya pekat tambah minyak masak sedikit kacau sehingga cair supaya senang untuk disapu atas doh tadi. 6. Bila dah siap sapu tepung ubi kayu tu kemudian gulung doh tadi dan bolehlah dipotong kecil-kecil menggunakan gunting atau pisau.
.
7. Canai sekali lagi doh yang telah dipotong kecil satu persatu dgn perlahan saja,sekali canai cukuplah tak perlu byk kali.
8. Goreng dgn api sederhana, angkat dan sejukkan.
.
9. Bila kuih dah betul betul sejuk, barulah dilumurkn dengan gula halus tadi.
Menu cilok ni kalau di Indonesia memang popular. Makan pula dengan sambal memang
tak cukup satu. Kalau nak sedap boleh letak isi daging atau ayam hancur di dalamnya. Lps tu bulatkan.
Untuk buat sambal agak-agak saja bahannya. Saya guna bawang putih saja. Blend
kasar bersama dengan cili merah thai kemudian tumis. Dah tumis masukkan air asam
jawa sikit sos cili paling penting gula melaka. Saya letak 3/4 dari seketul gula.
Akhir sekali masukkan garam ikut selera. Masak sampai pekat. Kalau nak cantik
lebihkan gula. Selamat mencuba.
Cilok
200gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1 ketul kiub pati ayam-dihancurkan
2 ulas bawang putih tumbuk
2 tangkai daun bawang-dihiris
450ml air
200gm tepung ubi
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dalam periuk atau kuali kacau sebati. Kemudian masak dengan
api kecil sampai adunan jadi bergumpal seketul.
2.Alihkan dalam besen lain kemudian gaul lagi dengan tepung ubi.
3.Bulat-bulatkan kemudian celur dalam air yang dicampur dengan sedikit minyak.
4.Masak sampai timbul. Dah timbul angkat kemudian kukus lagi selama 20 minit.
5.Siap untuk dinikmati. Makan begitu saja pun sedap.
Ubi kayu boleh diolah jadi pelbagai hidangan yang menyelerakan. Salah satunya adalah ubi rebus tumis cili. Boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja untuk sarapan. Ini juga mungkin menu nostalgia buat sebahagian daripada kita yang dinikmati ketika masih kecil seperti Qaseh Aney yang berkongsi resipi ini.
Resipi ubi rebus tumis cili
Bahan-bahan
2 kg ubi kayu
1 ketul pati ayam
1 sb serbuk perasa
2 sb gula
2 sb serbuk kari
Minyak masak secukupnya
Bahan kisar
1 genggam ikan bilis
20 tangkai cili hijau & merah
10 tangkai cili besar merah
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Ubi kayu dibersihkan kemudian direbus hingga empuk. Sejukkan dan potong dadu.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan bahan perasa dan serbuk kari dan tumis lebih kurang 20 minit dengan api sederhana supaya tak hangit.
4. Selepas bahan tumis masak masukkan ubi kayu dan gaul sebati. Masak lagi dalam 10 minit kemudian boleh tutup api. Sedia dihidangkan
Sambal hitam memang ada banyak versi. Sambal Hitam Tomato ni cukup istimewa. Resipi perkongsian dari Rosmaliza Omar ni tak menggunakan belimbing buluh tetapi buah tomato ceri.
Menurut Rosmaliza membuat sambal hitam ni memang ambik masa sikit. Dia memasak sambal hitam tomato ini lebih kurang empat Katanyauntuk menyediakan sambal sampai betul=betul kering. Katanya ada rasa masam, manis dan pedas yang amat sedap dan secukup rasa.
Makan dengan nasi panas, takde lauk lain pun dah cukup sedap ni.
SAMBAL HITAM TOMATO
BAHAN-BAHAN :
1 kg tomato cherry
300 gm ikan bilis dicuci bersih dan tumbuk kasar
3 labu bawang merah besar
3 genggam cili padi
3 sdb kicap pekat
Garam, gula dan ajinomoto
Minyak utk menumis
CARA MEMASAK :
1. Masukkan buah tomato cherry dalam kuali dan masak tanpa minyak sehingga tomato lembik dan kering airnya.
.
2. Blend bawang merah besar dan cili padi hingga hancur, kemudian tumis sehingga garing.
3. Masukkan ikan bilis yg telah dicuci bersih dan ditumbuk kasar, gaul rata².
4. Masukkan tomato cherry tadi dan kicap pekat, masak sambal sehingga kering.
.
5. Sejukkan sambal dan simpan dalam bekas bertutup. Sedap makan dengan nasi panas.