Ads

Kuih Goyang, Kudapan Sedap Sepanjang Masa

 

Kuih ni ada yang panggil kuih ros. Ada juga yang panggil kuih loyang. Ada juga yang panggil kuih goyang. Kuih goyang ni datang nama macam ni sebab acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak masak yang panas dan digoyang-goyangkan supaya tanggal daripada acuan. Zaliha Mohamed melalui facebook berkongsi resipi ini.

KUIH GOYANG

Kuih Goyang, Kudapan Sedap Sepanjang Masa

Ads

BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur ayam
1 sudu kecil air kapur (jernih)
1/2 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat + 2 cawan air (Satukan santan dan air. Sukat dan ambil 3 cawan sahaja)
Minyak masak untuk menggoreng dan merendam acuan
Bijan (jika suka)

CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula, telur ayam, air kapur, garam dan santan. Gaul sebati.
2. Celup acuan dalam adunan. Kemudian cepat-cepat masukkan dalam minyak masak yang betul-betul panas. Goyang-goyangkan kuih dan biarkan tanggal daripada acuan.
3. Angkat kuih goyang apabila mulai kekuningan.

Ads

TIP KUIH GOYANG LEBIH SEDAP
1. Seeloknya rendam acuan ke dalam minyak masak selama 1 malam sebelum mengadun adunan.
2. Acuan perlu betul-betul panas sebelum dicelup ke dalam adunan. Apabila hilang bunyi desir, baru angkat dan goreng.
3. Untuk tanggalkan kuih daripada acuan, goyang-goyangkan secara menegak, ke atas dan ke bawah.
4. Acuan jangan sampai kena dasar kuali kerana boleh menyebabkan bunga tak cantik.

Ads

KREDIT RESIPI: Zaliha Mohamed

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan?  Klik sini.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.