Keropok Lekor, Murtabak, Cucur, Popia dan Puff, semuanya diperbuat dari Mi Segera. Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan asyik mi segera biasa-biasa je.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
2bungkus mi segera | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh hingga habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
KEROPOK LEKOR MI DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera| celur dan tos
1 biji telur
4 sudu makan tepung ganadum
2 sudu makan tepung ubi.
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.
MURTABAK MI DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera | celur dan tos
3 biji telur
6-7 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1/2 cawan hirisan halus kubis
1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis.
Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata.
Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak.
Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm.
Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja.
Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian.
Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana.
Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.
POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera | celur dan tos
12 keping kulit popia
1/2 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1/2 cawan isi ayam dicincang halus
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit lobak merah | dadu halus
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
Terus kacau hingga ayam masak.
Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.
PUFF MI CENDAWAN CARBONARA
BAHAN-BAHAN
2 keping mi segera | celur dan tos
5 keping pastri puff segera
3 sudu makan sos carbonara
1/2 cawan daging kisar
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji kuning telur | kacau rata
2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan.
Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang.
Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi.
Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya.
Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu.
Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur.
Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.
Sedapnya Kuih Kalakatar @ Kuih Bingka Kelapa Muda ni. Nampak lemak manis, memang membuka selera. Rasanya kalau dekat gerai, tak ada jual kuih ni.
Kuih Bingka Kelapa ini adalah salah satu kuih tradisi orang Banjar. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nadia Ismailada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA BUAT KUIH KALAKATAR @ BINGKA KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air kelapa muda – dari 2 biji kelapa muda yang besar
Isi kelapa muda – jumlahnya terpulang ikut cita rasa
Sedikit garam
Gula secukupnya – letak sedikit demi sedikit hingga cukup manis
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur.
2. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian tapis.
3. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Bakar adunan dalam ketuhar menggunakan api atas bawah selama 1 jam. (RASA: boleh guna suhu 180C. Namun masa dan suhu boleh berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing)
6. Setelah cukup 1 jam, bakar lagi 20 minit menggunakan api atas. Ia bertujuan untuk garingkan bahagian permukaan kuih.
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
INFO: Kuih Kalakatar ni jika nak makan di waktu pagi, kena buat malam sebelumnya. Jika nak makan petang, boleh buat waktu pagi. Kuih ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Mulut terasa nak mengunyah makanan. Dapat kuih tiram memang ralit makan, ditemani secawan kopi memang feeling habis. Ada yang panggil kuih tiram tapi orang Perlis menggelarnya kuih kertas. Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi ni.
Minyak masak ( dicampur keduanya dan gaul jadi pes)
Cara memasak: 1. Gaul tepung gandum, telur ayam dan garam hingga menjadi seperti serbuk roti. 2. Masukkan tepung ubi kayu yang dicampur minyak tadi dan gaul sebati menjadi seperti doh roti canai. 3. Biarkan sekejap (proses pengembangan) 4. Ambil sebesar penumbuk dan canai nipis.Letakkan campuran ubi kayu di atasnya dan gulungkan 5. Potong kecil kecil dan canai semula sedikit 6. Goreng di atas api yang sederhana 7. Di akhirnya taburkan gula halus.
Resipi dan gambar: Sall Salleh
Nak dapatkan pelbagai peralatan memasak elektrik di Shopee? Jom klik sini
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...