
Kalau nak tahu Kuih Celoret atau Segurut merupakan makanan tradisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melanau. Kuih Celoret ini merupakan salah satu kuih tradisional hanya boleh di dapati di Sarawak dan Negara Brunei Darussalam, kalau di Negara Brunei boleh di jumpai dengan perbagai perisa seperti perisa durian, pandan dan sebagainya… Caranya ia dibalut dengan pucuk daun nipah dan dikukus sehingga masak. Bahan asas sajian ini adalah tepung beras, santan, gula Melaka, garam dan air secukupnya. Jom cuba resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini.
RESEPI KUIH CELORET / CELOROT
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung beras | diayak
- 500ml santan
- 50ml air
- 130gm gula Melaka
- Secubit garam
- Daun nipah dan lidi kelapa secukupnya | bentukkan menjadi kelongsong celoret
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- 1. Didihkan air di dalam periuk kukusan dan aturkan kelongsong ke dalam bekas secara menegak.
- 2. Pada masa yang sama, masak santan bersama sedikit air sehingga mendidih. Masukkan santan dan gula Melaka. Teruskan mengacau sehingga semua bahan larut.
- 3. Kemudian masukkan bancuhan santan ke dalam bekas berisi tepung beras. Kacau rata.
- 4. Tuang adunan tepung beras tadi ke dalam kelongsong dan kukus sehingga masak.
- 5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Selain tepung beras biasa, boleh juga menggunakan beras yang direndam dan dikisar halus. Hasil kuihnya akan lebih baik.
- Saiz hidangan: 8 orang
- Waktu memasak: 45 minit
- Jenis hidangan: Melayu
- Keistimewaan: Menggunakan daun nipah sebagai acuan.
- Jenis penyediaan: Menu tradisi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Warisan Asli Terengganu, Kuih Ropa Inti Ikan Paling Digemari

Bagi yang tidak mengenali kuih ropa, kuih ini sebenarnya berasal dari Terengganu. Paling sedap adalah inti ikan. Kuih ini juga dikenali sebagai kuih lipat.
Sedap dinikmati ketika minum petang, kuih ropa ini nampak sahaja seperti popia tetapi cara menghasilkannya sama seperti membuat kuih ketayap. Dinamakannya sebagai kuih lipat kerana pembuatannya iaitu melipat kulit kuih tetapi lipat secara meleperkannya, bukan lipat membulat seperti popia.
Kali ini kita buat kuih ropa inti kentang bersama sardin versi tak pedas. Jadi, anak-anak kecil pun boleh menikmatinya. Ikuti perkongsian resipi daripada Pn Habsah Ngah ini.
BAHAN-BAHAN:
(INTI)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
Sedikit daun kari
½ cawan rempah kari (dicampur ¾ cawan air) – Boleh beli online di sini
Air asam jawa – Boleh beli online di sini
Garam
1 tin kecil sardin – Boleh beli online di sini
6 biji kentang (dipotong dadu)
(KULIT)
3 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
4 cawan air
Sedikit garam – Boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung ubi (untuk rangupkan kulit) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan daun kari sehingga naik bau.
Gaul sebati rempah kari dengan air. Masukkan rempah kari tersebut ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau rata.
Tambahkan sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa. Tumiskan sehingga pecah minyak.
Setelah itu, masukkan pula sardin dan hancurkan isinya. Tak letak pun tak mengapa. Ikut pada cita rasa masing-masing.
Masukkan pula kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air paras cukup untuk tenggelamkan kentang sahaja.
Ketika proses ini, perlu selalu kacau. Masak sehingga kering dan dah siap.
Manakala untuk kulitnya pula, satukan semua bahan iaitu tepung gandum, telur, minyak masak, air, garam dan tepung ubi.
*(Jika tiada tepung ubi pun tak apa. Tepung ubi ini fungsinya untuk merangupkan kulit bila digoreng nanti. Kerangupannya kekal lebih lama.)
Boleh kisar guna pengisar atau guna whisk. Tapiskan supaya tidak berketul-ketul. Adunan sederhana, tak pekat sangat atau cair sangat.
Panaskan kuali. Tak perlu sapu minyak kerana di dalam adunan telah diletakkan minyak.
Gorengkan bancuhan tepung tadi seperti buat roti jala. Kenipisannya pun lebih kurang juga.
Kemudian, letakkan sesudu inti dan gulungkan.
Gulungkan bentuk bantal, dileperkan. Bukan bulat seperti popia. Boleh rujuk gambar.
Setelah siap semua digulung, boleh mula menggoreng. Buka api sederhana sahaja. Rajin terbalikkan agar masak rata.
Bila kuih dah nampak garing, bolehlah angkat dan toskan.
Dah siap. Jika nak buat frozen pun boleh. Cara simpan macam karipap frozen juga.
Kredit: Pn Habsah Ngah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Kari Ikan Kembung Stail Mamak. Ini Resipi Kuah Cantik, Rasa Pun Umph!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kaswi Kicap Pekat Manis

Resipi kaswi kicap pekat manis ini sedap tau. Pernah tak dengar kuih kaswi guna kicap manis? Kalau gula merah dah biasa dengar kan?
Walau pun rupanya tak begitu menarik, tapi rasanya sedap. Cukup lemak manisnya. Sesuai untuk berbuka puasa esok.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Haslindawati Omar ini adalah untuk 70 biji kuih menggunakan acuan lompang kecil (boleh beli online di sini). Selamat mencuba ye.
Resipi Kaswi Kicap Pekat Manis
Bahan A:
*4 cawan air
*1 cawan gula putih – boleh beli online di sini
*2 cawan gula merah – boleh beli online di sini
Masak Bahan (*). Kemudian Tapis. Sejukkan dan jadikan hingga jadi 5 cawan air gula
Bahan B:
4 cawan air
2 sudu teh air kapur
2 sudu makan kicap pekat manis ABC – boleh beli online di sini
4 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1/2 cawan tepung ubi
*Bancuh semua bahan bersama
# TOTAL AIR = 9 CAWAN
( 5 Air Gula + 4 Air Bancuhan )
Cara Memasak Resipi Kaswi Kicap Pekat Manis:
Campur bahan A dan B. Kacau dengan menggunakan whisk hingga sebati. Kemudian tapis. ketepikan.
Gunakan acuan kuih lompang. Terlebih dahulu acuan disapu minyak dan kukus sekejap.
Kemudian, tuang adunan dan kukus sehingga masak. Anggaran sekitar 20 minit (5 minit terakhir buka penutup).
Setelah siap, sejukkan. Bolehlah dimakan dengan kelapa parut putih ya. Untuk kelapa parut, hanya campurkan kelapa dengan garam dan kukus sekejap. Siap!
Selamat mencuba ye!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Kuih Belimbing Sedap Guna Resipi Mudah, Dijamin Puas Hati
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
4 Jenis Popia Pasar Malam, No.3 Paling Sedap Dan Wajib Cuba!

Sesiapa pengembar popia, ini ada empat jenis popia yang boleh anda buat sendiri di rumah sebab ia senang sesangat membuatnya dan murah je. Dari asyik membeli lebih baik buat sendiri. Tak tahu macam mana nak bua? Ini admin kongsikan empat jenis resipi popia sekali gus. Pilihlah mana satu yang berkenan atau cuba semua sekali sebab setiap jenis rasanya berlainan.
POPIA BASAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji putih telur
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan cuka
- Secubit garam
Bahan Inti:
- 1/2 biji kubis | dihiris halus
- 2 batang lobak merah | diparut halus
- 1 biji bawang besar | dihiris halus
- 3 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu makan udang kering
- Garam secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
Bahan Sambal Sira:
- 15 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu makan gula perang
- 2 sudu makan kicap manis
- Minyak masak untuk menumis
- garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
- Kacang tanah | dikisar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
- Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
- Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
- Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
- Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
- Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
- Seterusnya untuk membuat sos,
- Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
- Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
POPIA OTAK-OTAK
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia segera
- 300 gm isi ikan tenggiri
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil jintan kasar
- 3 sudu kecil santan pekat
- 1 sudu kecil jus limau
- 1 helai daun kunyit | dihiris halus
- 2 sudu kecil tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 3cm halia
- 3cm kunyit
- 3cm lengkuas
- 2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
- Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
- Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
- Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Gaul sebati dan ketepikan.
- Seterusnya, ambil kulit popia.
- Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
- Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
- Hidangkan ketika ia masih panas.
POPIA GORENG BERSIRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
- 2 sudu makan bijan | disangai
- ½ biji sengkuang | diparut halus
- 1 batang lobak merah | diparut halus
- Sedikit kobis | dihiris halus
- 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
- 2 sudu makan taucu | dikisar kasar
- Sedikit tauge | dibuang ekor
- 2 sudu makan udang kering
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sambal:
- 2 sudu makan cili kisar
- 1sudu makan bawang merah kisar
- 1 sudu teh bawnag putih kisar
- 2 sudu besar sos chili
- Sedikit air asam jawa
- Gula atau gula putih
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
- Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
- Ttutup api dan sejukkan.
- Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
- Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
- Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
- Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
- Tutup api dan taburkan bijan.
- Siap untuk dihidangkan.
POPIA SAYUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia secukupnya
- 1 batang lobak merah | diparut halus
- 1 biji sengkuang kecil | diparut halus
- 1 mangkuk kubis | dihiris halus
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa.
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
- Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
- Diikuti sengkuang, lobar merah dan kubis.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Tutup api dan sejukkan.
- Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
- Angkat dan toskan minyaknya.