telang siap

Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa? Apa lagi, korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam makanan sebagai pewarna dan tarikan pada kuih ye.Sesekali berkarya apa salahnya mencubakan…

Nak Kuih Cantik & Bebas Bahan Kimia, Guna Je Pewarna Dari Bunga Telang.

ROTI JALA BUNGA TELANG DAN KUAH MANIS
BAHAN-BAHAN:
ROTI JALA:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan air rebusan bunga telang
  • 2 sudu makan minyak sayur
  • 2 biji putih telur
  • Secubit garam

KUAH MANIS:

  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1 sudu makan tepung gandum + 2 sudu makan air | bancuh
  • 2 helai daun pandan | siat & simpul
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih.
  2. Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
  3. Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
  4. Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  5. Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
  6. Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas.
  7. Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis.
  8. Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya.
  9. Sedia dihidangkan bersama roti jala.

Nak Kuih Cantik & Bebas Bahan Kimia, Guna Je Pewarna Dari Bunga Telang.

LEMPENG TELANG BERINTI
BAHAN-BAHAN:
LEMPENG:

IKLAN
  • 20 kuntum bunga telang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji putih telur
  • Secubit garam

INTII

  • 2 keping dada ayam | cincang dadu & rebus empuk
  • 2 biji ubi kentang | potong dadu kecil & rebus empuk
  • 1 labu bawang besar | cincang dadu
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 4 ulas bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan bunga telang bersama 1 cawan air di dalam periuk.
  2. Didihkan hingga mengeluarkan warna biru yang menarik.
  3. Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
  4. Satukan semua bahan dan kacau rata.
  5. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Tapis bancuhan lempeng.
  6. Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan (satu bahagian sahaja).
  7. Ulangi proses hingga semua bahan habis. Ketepikan.
  8. Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
  9. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  10. Masukkan rempah kari dan daun kari.
  11. Tambah sedikit air lalu tumis rempah hingga masak.
  12. Masukkan ubi kentang dan ayam rebus.
  13. Masak hingga semua bahan masak sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  14. Ambil sekeping lempeng, sendukkan inti dan gulung rapi. Potong mengikut cita rasa.

 

Nak Kuih Cantik & Bebas Bahan Kimia, Guna Je Pewarna Dari Bunga Telang.
KASWI TELANG
BAHAN-BAHAN:

  • 5 cawan air rebusan bunga telang | 40 bunga telang &rebus dengan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
  • Kelapa parut | putihnya sahaja + secubit garam halus

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk besar, satukan gula, tepung gandum, tepung ubi, kapur makan dan air rebusan bunga telang.
  2. Kacau sebati dan tapis.
  3. Sediakan loyang atau acuan kuih pilihan yang telah disapu sedikit minyak lalu tuang bancuhan tadi ke dalamnya.
  4. Kukus selama 25 minit atau hingga kuih masak.
  5. Keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut diatasnya.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI