Salah satu hidangan Vietnam yang popular adalah Goi Cuon iaitu Spring Roll. Hidangan ini tiada minyak dan sangat sesuai bagi mereka yang berdiet. Ini cara membuatnya.

 

Kudapan Sihat Gaya Vietnam, Sesuai Untuk Yang Diet

IKLAN

GOI CUON (FRESH VIETNAMESE SPRING ROLLS)

BAHAN SPRING ROLLS
6 keping kulit popia Vietnam (rice paper wrapper)
200 gram suhun | celur
200 gram dada ayam | rebus dan siat-siat
10 ekor udang sederhana | rebus, belah dua
5 helai daun salad
1 biji timun | buang empulur, potong memanjang halus
1 batang lobak merah | hiris memanjang halus
1 pokok daun ketumbar | cencang kasar
1 pokok daun bawang | potong memanjang

CARA MEMBUAT SPRING ROLL
1. Celup kulit popia Vietnam ke dalam air kemudian lap dengan tuala bersih.
2. Susun serba sedikit bahan-bahan lain ke atas kulit popia Vietnam kemudian gulung rapi.

IKLAN

BAHAN SOS
1 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan cencangan bawang putih
5 sudu makan sos hoisin
5 sudu air rebusan ayam
1 sudu makan mentega kacang
1 sudu makan gula
1 sudu makan kacang tanah sangai | tumbuk kasar

IKLAN

CARA MEMBUAT SOS
1. Panaskan minyak sayur dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi tapi jangan hangus.
2. Tambah sos hoisin, air rebusan ayam, mentega kacang dan gula.
3. Didihkan sehingga semua bahan sebati dan pekat. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tanah sangai yang telah ditumbuk kasar. Ketepikan.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI