Bertih jagung karamel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan bertih jagung enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton TV di hujung minggu. Pasti best!
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
Ads
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
Ads
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
Ads
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Jagung Cawan adalah snek wajib beli bila berkunjung ke pasar malam. Kalau nak buat sendiri, mudah sahaja caranya. Sesuai bagi anda yang mempunyai anak ramai kerana guna resipi ini, tentunya lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Nak tahu cara buat Jagung Cawan lemak manis yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESEPI JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN: 1 paket jagung sejukbeku 1 tin krimer pekat manis – beli online disini 3 sudu makan marjerin (lebihkan lagi sedap) – beli online disini Sedikit air & garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan masukkan sedikit air. Sukatan air anggaran setengah dari jagung. (RASA: jika ada jagung segar, anda juga boleh menggunakannya. Caranya mudah sahaja. Asingkan isi jagung dari pulurnya kemudian kukuslah sehingga jagung masak dan lembut.)
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering, boleh tambah lagi airnya. 3. Akhir sekali masukkan susu pekat manis. Sukatannya mengikut manis yang anda suka.
4. Garam dan marjerin juga dimasukkan secukup rasa.
5. Jika suka keju, boleh parutkan mengikut cita rasa. Sedia untuk dinikmati.
Masih dalam mood Tahun Baru Cina, jom kita buat Dim Sum, ia adalah sejenis menu pembuka selera yang sihat dan bervariasi jenis. Masakan popular di kalangan masyarakat Cina ini, kini turut digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia. Kepada pengembar Dim Sam, apa kata korang cuba sendiri masakan ini di rumah dengan berpandukan resipi RASA kongsikan ini.
DIM SUM AYAM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
30gm isi ayam | cincang
30gm isi udang | buah kulit dan celur seketika
10gm cendawan | cincang
5gm kulit wantan secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sos Cili | sebagai pencicah
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1:
Campurkan isi ayam, udang dan cendawan yang telah dicincang digaul sebati). Ambil kulit wantan, kemudian masukkan campuran isi ayam, udang dan cendawan.
LANGKAH 2 :
Bentuk kulit wantan seperti cawan di dalan genggaman tangan.Tekan-tekankan isian sambil eratkan genggaman supaya Dim Sum padat.
LANGKAH 3:
Kemudian letakkan telur ikan di atas Dim Sum.Inilah hasil Dim Sum yang telah siap.
LANGKAH 4:
Masukkan Dim Sum di dalam pengukus.Kukus lebih kurang 6-10 minit. Kemudian buka pengukus dan keluarkan. Dim Sum yang sudah masak dan sedia dinikmati.
Kadang-kadang nak tarik perhatian selera makan anak-anak, mak-mak kena usaha lebih sikit.
Dan bila bentuk kuih yang comel, pasti anak-anak tertarik dan asyik makan je. Jadi, apa kata kita cuba idea menarik daripada Emas Perak ini yang membuatkan kuih sardin roll tampak comel sekali.
1.Panaskan minyak dan juga marjerin. Kemudian, masukkan ke dalam tepung. Gaul menggunakan senduk kerana adunan masih lagi panas ketika ini. 2. Apabila sudah digaul sebati, masukkan air sejuk. Masa ni dah boleh uli menggunakan tangan. Uli sehingga adunan tidak lagi melekat pada tangan. 3. Apabila sudah siap, simpan sekejap di dalam peti sejuk. Lebih kurang dalam 30 minit. Kemudian keluarkan untuk dicanai. 4. Bahagikan doh kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, canai rata. Caranya sama seperti hendak membuat karipap. 5. Siap dicanai, letakkan inti. Gulungkan. Kemudian, hiris dengan pisau bagi menampakkan kesan seperti dalam gambar.
6. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
BAHAN INTI:
Ikan sardin dalam tin Ikan rebus Bawang putih | dihiris Bawang merah | dihiris Lada merah | dihiris
CARA-CARA:
1.Tumis bawang merah, bawang putih dan lada sehingga garing. 2.Kemudian, masukkan ikan. Kacau rata. 3. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto (kalau suka). Kacau hingga sebati.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...