122089306_3599412443449621_171656244980972931_o

Bila dah selesai makan tengah hari, terasa pula nak menyicah bila tengok banyak stok buah-buahan. Stok kuah rojak pun dah habis, ha eloklah rajinkan diri buat sendiri.Kalau lulus rasa, boleh juga buat niaga nanti. Jom kita buat kuah rojak homemade

KUAH ROJAK
Bahan-bahan:

Segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya, dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas lebih kurang 5 minit kemudian toskan)

2 ketul belacan sebesar ibu kaki

1 cawan gula merah(bukan gula perang)-BELI ONLINE DI SINI

3 cawan gula pasir -BELI ONLINE DI SINI

1/2 cawan kicap(kicap yang makan dengan nasi)tambah kicap mi sikit

IKLAN

5 sudu besar sos cili-BELI ONLINE DI SINI

4 1/2 sudu besar tepung jagung(dibancuh dengan 1/2cawan air)

2 sudu besar garam(boleh letak sikit-sikit kalau takut masin)

2 sudu besar bijan-BELI ONLINE DI SINI

Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar

IKLAN

Cara memasak:

1.Cili,belacan dan secawan air dikisar sampai halus(masukkan dalam kuali)
2.Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis(masukkan dalam kuali)
3.Masukkan gula pasir.
4.Masukkan kicap dan sos cili.
5.Masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih.Jaga-jaga sebab ia cepat meruap.Selalu kacau-kacau kuah itu.
6.Bila kuah sudah mendidih,masukkan garam secukupnya supaya seimbang rasa.
7.Masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau sebati.
8.Semasa ini memang kena kacau selalu menggunakan api perlahan.
9.Masak sampai kuahnya agak pekat.
10.Barulah masukkan 2 sudu besar bijan dan 2 sudu besar kacang tanah yang dikisar.Kacang kisar yang lebih tu bila nak makan baru ditabur lagi atas rojak.
11.Masak lagi sampai pekat hitam memikat.

Kredit:Roslina Omar

NAK BELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI

IKLAN

Resipi Colek Mangga Muda 4 Rasa. Mudah, Sedap & Memang Kecur Liur!

Resipi Sos Pencicah Serbaguna Homemade. Mudah, Cepat & Sedap.

https://www.rasa.my/cara-buat-pes-kari-rendang-sambal-tumis-jimat-masa-di-aidiladha-ni/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI