Hidangan aneka kek pelbagai rasa dan rupa pastinya mengujakan tetamu yang datang beraya. Mana tidaknya, semua yang dihidang kelihatan sedap dan memikat selera. Selain lauk daging, pastikan hidangan tidak dilupa di pagi Aidiladha nanti. Lebih istimewa, resipi-resipi kek ini adalah perkongsian blogger tersohor; Malina Lina Pg.
Puan Malina Lina Pg & suami.
Resipi yang dikongsi memang mudah, ringkas dan tentunya menyerikan lagi hari raya anda. Selamat mencuba!
1. BLENDED ORANGE CUPCAKES
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah limau
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
4 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum (*)
1 sudu makan baking powder (*)
1-2 titik pes lemon
CARA MEMASAK:
Satukan bahan bertanda (*) dan ayak bersama. Ketepikan.
Cuci buah limau, belah dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi menjadi kepingan kecil bersama kulitnya sekali.
Masukkan potongan limau ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus dan tambah sedikit pes lemon.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
Tuangkan ke dalam soufflé cup atau loyang yang telah dialas. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. Suhu dan masa berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
2. CARAMEL CHEESECAKE
BAHAN A (GULA HANGUS):
4 sudu makan gula kastor
BAHAN B (PUDING KARAMEL):
6 biji kuning telur
200gm susu cair
70gm air
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C :
4 biji putih telur
50gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
BAHAN D:
500gm krim keju
150gm gula kastor
40gm mentega
4 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Ads
Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Satukan bahan B dan gaul hingga sebati. Tuang sambil dinapis ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
Kemudian, pukul bahan C hingga pekat dan bertanduk.
Pukul bahan D kecuali kuning telur hingga lembut dan licin. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul ke dalam adunan keju (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min. LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula sahaja.
Bakar guna teknik water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 150C .Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan.
Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
3. KEK MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
227gm mentega tulen (pure butter)
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar/susu cair
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit.
Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan adunan kelihatan pucat.
Kemudian tambah telur sebiji demi sebiji hingga habis.Telur terakhir pukul selama 4 minit. Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung selang seli dengan susu segar.Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau dialas dengan kertas minyak.
Bakar suhu 150C selama 40 minit sehingga kek masak. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing-masing.
4. KEK GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 sudu makan mentega
1/2 cawan susu pekat manis
CARA MEMASAK:
Masak gula dalam periuk hingga cair kemudian masukan 1 cawan air pelahan-lahan. Kacau hingga gula cair. Masukkan mentega. Sejukkan sebentar.
Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder. Ayak & ketepikan.
Pukul telur menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nampak pekat.
Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8 yang telah digris terlebih dahulu. Tekstur adunan memang cair.
Rehatkan adunan selama 10-15 minit supaya soda bikarbonat bertindak balas. Sementara itu boleh panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
Bakar kek menggunakan api bawah selama 30 minit dan selebihnya guna api atas bawah sehingga kek betul-betul masak. (LiNa Pg bakar selama 40 minit)
5. MUFFIN COKLAT CHIPS MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu segar /susu cair
1 biji telur | pukul sikit
1/3 cawan minyak atau mentega yang dicairkan
1 sudu teh esen vanila
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Ayak dan ketepikan. Gaulkan dengan gula.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanilla dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata. Guna pemukul tangan sahaja. Masukkan cip coklat. Gaul rata. (simpan sedikit cip coklat untuk tabur atas muffin)
Sudukan aduanan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
Bakar suhu 159C selama 20 minit atau hingga masak (suhu bergantung kepada ketuhar masing-masing.)
6. KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
BAHAN A:
250gm krim keju
60gm gula halus
1 biji telur gred A
1 sudu makan air
1 sudu teh jus lemon
1 sudu makan tepung gandum
CARA-CARA:
Pukul krim keju bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK):
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
CARA-CARA:
Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk koko. Ketepikan.
Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
Bahagikan pada dua bahagian. Biarkan sebentar.
CARA MEMASAK
Sapukan sedikit minyak atau mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuang separuh adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan krim keju diatasnya. Tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Kemudian tuang separuh lagi adunan coklat, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit hingga kek benar-benar masak.
Setelah kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.
7. KEK KASTAD PANDAN
BAHAN-BAHAN (SAIZ 9 INCI ):
1 biji kek span pandan | resepi dibawah
BAHAN (A):
Ads
180gm gula kastor
500ml air daun pandan
10gm serbuk agar-agar
BAHAN (B):
400ml santan pekat
100gm tepung hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
Secubit garam
Hiasan – 1 cawan kelapa kering (jika suka)
CARA MEMASAK:
Kek span dibahagikan kepada 2 bahagian. Ketepikan.
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan adunan ini ke dalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
Sediakan acuan bulat atau petak. Guna jenis loose tin atau ikut bentuk kek span.
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 adunan kastad ke atas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya.
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja supaya kastad padat dibahagian bawah. Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.
BAHAN KEK SPAN PANDAN:
150gm tepung superfine
150gm gula kastor
5 biji telur A
1 sudu makan ovalette
80ml air daun pandan
80ml minyak / mentega cair
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 1 minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
Tuangkan minyak atau mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150C.
Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai kek selama lebih kurang 5 minit. Ia bertujuan untuk mengelakkan kek mengecut.
Kemudian sisip sekeliling kek dan keluarkan dari loyang.
8. KEK MINYAK
BAHAN-BAHAN (SAIZ 9 INCI):
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
¾ cawan susu pekat
1 sudu makan ovallate
1 cawan minyak masak
Perasa nanas / pisang
Pewarna pilihan
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar suhu 170C.
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
Oles loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk menjadikan adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang. Corakkan ikut kreativiti.
Bakar pada suhu 165C selama 50 minit menggunakan api atas bawah.
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
9. KEK VELVET KUKUS LAPIS HAWFLAKES
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 biji telur gred A yang sejuk (dari peti ais)
225gm gula halus
220gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder | diayak bersama tepung gandum
1 sudu makan ovalette
150ml susu cair
1/2 sudu teh garam
100ml minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau secukupnya
Hawflakes/asam manis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Loyang disapu minyak dan dialas dengan baking paper. Ketepikan.
Ayak tepung dan baking powder. Kemudian campur kesemua bahan- bahan di dalam mangkuk pengadun kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan gaul dengn senduk atau spatula hingga sebati.
Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
Tuangkan adunan yang telah diwarna ke dalam loyang. Ratakan adunan pertama dan susun hawflakes secukupnya dipermukaan.
Kukus selama 5-7 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu. Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterusnya.
Buat hingga habis lapisan seterusnya, susun hawflakes dan kukus. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 minit supaya kek masak keseluruhannya. (Untuk lapisan terakhir LiNa Pg kukus selama 40 minit.)
Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian terbalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
10. SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
BAHAN-BAHAN 🙁 LOYANG SAIZ 6-7 INCI)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu makan susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh coffee emulco atau chocolate emulco
Secubit garam
1/2 cawan minyak jagung/mentega cair
1 sudu teh cuka/ jus lemon
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 150C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper. Jika ingin menggunakan cawan kertas pun boleh.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan pemukul tangan. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-50 minit atau hingga masak. Suhu dan waktu memasak mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing masing.
Kek mentega sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Namun, kek mentega boleh divariasikan dengan penambahan sedikit elemen moden bagi menepati citarasa moden. Jom lihat resipinya.
1. KEK MENTEGA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
1 sudu teh pes pandan
1/2 cawan susu segar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan baking paper. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes pandan.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
2. KEK MENTEGA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
1 sudu teh pes/emulco strawberi
12 biji buah strawberi | dipotong kiub
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersebut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco strawberi.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula buah strawberi dan kacau sekali lagi.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
3. KEK MENTEGA OREN COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan coklat urai
1 cawan mentega (suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
1 sudu teh pes/emulco oren
Parutan kulit buah oren secukupnya
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco oren.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan parutan kulit buah oren dan kacau sebati.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
4. KEK MENTEGA LEMON & KUACI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan kuaci
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
2 sudu makan jus lemon
Parutan kulit lemon
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan kuaci. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula jus lemon.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula parutan kulit lemon dan kacaukan.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
5. KEK MENTEGA NENAS UPSIDE-DOWN
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
Gula perang secukupnya
Nanas | dipotong gelung
Ceri merah | dibelah dua
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Salutkan nenas dengan gula perang dan susunlan ke dalam loyang permbakar. Letakkan ceri merah di bahagian tengah gegelung nenas tersebut. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit. Setelah kek tersebut masak, terbalikkan kek tersebut ke atas pinggan dan kek hidangkan.
6. KEK MARBLE NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
270gm mentega
6 biji telur
250gm gula kastor
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan emulco kopi
1 sudu makan air
Nutella secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega dan susu pekat manis ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Ketepikan seketika.
Kemudian dalam bekas berasingan, satukan gula kastor, telur, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan air. Gaul lagi hingga sebati dan pukul hingga kembang.
Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, satu bahagian lagi dicampur dengan emulco kopi serta serbuk koko.
Tuang adunan kek ke dalam loyang secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
Setelah kek masak, sejukkan dan hiaskan dengan nutella.
7. KEK MENTEGA MARBLE
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
180gm gula
250gm telur
250gm tepung gandum
3 sudu makan susu segar
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar selama 20 atau 30 minit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. Guna kelajuan rendah, kemudian ubah ke kelajuan sederhana dan kemudian ke kelajuan tinggi
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Pukul sebati menggunakan kelajuan perlahan.
Akhir sekali masukkan susu segar dan kaup balik sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
Tuang aduan secara berselang seli dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dilapik dengan baking paper.
Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
Bakar kek pada suhu 180C selama 40 – 50 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.
Sedia untuk dinikmati.
8. KEK MENTEGA BADAM
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
200gm gula kastor
5 biji telur
220gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
50gm serbuk badam
50ml susu segar
2 sudu makan susu pekat manis
100gm badam cincang
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Campurkan mentega, susu pekat manis dan gula ke dalam bekas. Pukul hingga kembang.
Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
Kemudian masukkan susu segar, serbuk badam dan esen vanilla. Kaup balik adunan hingga sekata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan badam cincang.
Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar opada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dinikmati.
9. KEK MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
80gm krim keju
130gm gula kastor
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan mentega dan krim keju. Putar sehingga krim tidak berketul.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar sehingga warna mentega menjadi putih kekuningan.
Masukkan esen vanilla dan garam.
Tambahkan telur satu demi satu dan sebatikan.
Kemudian masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak.
10. KEK MENTEGA PRUN
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
200gm gula kastor
4 biji telur
270gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
100gm buah prun
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan seketika.
Dalam mangkuk berlainan, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balikkan hingga sebati.
Susun buah prun di dalam loyang yang telah digris dan tuang adunan. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit.
11. KEK MENTEGA JAGUNG KUKUS
BAHAN-BAHAN:
130gm gula kastor
3 sudu makan mentega
1 sudu teh esen jagung
200gm tepung naik sendiri
4 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
100gm krim jagung
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
Panaskan periuk kukusan. Oles loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Pukul gula, esen jagung dan mentega sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati dan kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
Tambahkan jagung dan gaul lagi hingga semua bahan sekata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
12. KEK MENTEGA OREO
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
200gm gula kastor
4 biji telur
270gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
20gm serbuk koko
100gm biskut Oreo | dibuang inti
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan mentega. Perlahankan kelajuan mixer.
Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
Asingkan sedikit adunan dan campurkan serbuk koko.
Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun oreo diulangi dengan lapisan koko. Kemudian susun oreo lagi.
Ulangi langkah nombor 5 hingga adunan habis.
Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
13. BROWNIES BUTTER CAKE
BAHAN BROWNIES:
BAHAN A:
140gm coklat masakan hitam
50gm mentega
( Panaskan bahan diatas secara double-boiler. Ketepikan)
BAHAN B:
1 biji telur
50gm gula perang
35gm tepung gandum
( Campur semua bahan B ke dalam Bahan A. Pukul rata menggunakan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan sebentar.)
BAHAN KEK MENTEGA:
120gm mentega yang sudah dilembutkan
100gm gula kastor
2 biji telur
120gm tepung naik sendiri
1/4 sudu teh serbuk penaik | ayak bersama tepung
50ml susu cair @ susu segar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan sebiji telur. Pukul. Kemudian barulah dimasukkan telur kedua.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
Ambil 1/3 adunan, campurkan pewarna hitam atau mengikut kreativiti sendiri. Tuang ke atas brownies tadi.
Bakar semula pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
14. KEK MENTEGA MIXED FRUITS
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
135gm gula kastor
50gm gula merah/perang
3 biji telur (saiz B)
200gm tepung naik sendiri
150gm buahan campur | direndam dengan air suam dan toskan
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim.
Ambil sedikit tepung dan masukkan buahan campuran ke dalam tepung. Gaul dan ketepikan.
Masukkan telur satu persatu dan putar.
Masukkan tepung dan diselang seli dengan campuran buahan tadi. Kacau sehingga sebati.
Panaskan ketuhar dan masukkan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci.
Bakar sehingga masak dengan suhu 175C selama 45 minit.
Info chef: Jika guna tepung gandum biasa, tambahkan 1 sudu teh serbuk penaik.
15. KEK MENTEGA MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
125gm gula kastor
250gm tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
Kepingan masam manis secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekejap.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti esen vanilla dan susu pekat. Putar hingga sebati.
Masukkan sedikit adunan dan lapiskan diatasnya dengan kepingan masam manis. Bakar pada suhu 170C sehingga keperangan.
Ulang langkah melapis sehingga adunan habis dan kek masak.
Kalau ada banyak kacang pistachio, bolehlah cuba buat kek yang sedap ni. Walaupun step nak membuatnya agak banyak, tapi percayalah rasanya cukup sedap dan berbaloi untuk dicuba. RASA berikan resipi kek ini untuk korang semua boleh cuba buat.
KEK MOZAIK PISTACHIO
BAHAN-BAHAN
500 gram biskut beitre petit
225 gram mentega
80 gram coklat gelap
1 cawan gula
½ cawan serbuk koko
1 sudu kecil ekstrak vanila
4 biji telur ayam
Kacang pistachio secukupnya | buang kulit
Sekeping roti panjang
Beg plastik bersih | dipotong terbuka untuk membuat segi empat tepat
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan biskut petit beurre. Masukkan dalam bekas kecil. Ketepikan.
2. Satukan mentega dan coklat dalam satu bekas. Cairkan kedua-duanya dalam oven atau cara double boil.
3. Masukkan gula, serbuk koko dan ekstrak vanila dalam bekas mentega dan coklat gelap tadi. Pukul semuanya.
4. Masukkan telur ayam satu demi satu. Pukul sebati.
5. Masukkan kacang pistachio. Gaul rata.
5. Sediakan mangkuk besar. Masukkan biskut yang sudah dipecahkan tadi. Kemudian tuangkan adunan coklat yang baru dibuat tadi.
6. Gaul lembut sehingga semua biskut disaluti coklat.
7. Dalam loyang, alaskan plastik. Isikan adunan kek di atasnya. Tekan sedikit menggunakan belakang sudu supaya padat.
8. Selesai isi semua adunan, tutup bahagian atas dengan plastik.
9. Simpan dalam peti sejuk beberapa jam sehingga kek agak keras.
10. Setelah keras, boleh hiaskan bahagian atas kek ikut cita rasa anda.
Petang begini dapat makan kek pandan sedapnya. Nak masak ni senang saja hanya guna dapur gas pun elok hasilnya. Bolehlah cuba nanti ikut resipi yang dikongsi ini.
KEK PANDAN KAMPUNG
Bahan-bahan:
A) Sukatan cawan:
5 biji telur gred B
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
Kuih cara jagung ini adalah olahan dari kuih cara berlauk yang asalnya pedas.Menggunakan jagung manis berkrim, kuih ini bukan saja lembut dan gebu, tapi...