Dalam bidang masakan ada banyak koleksi petua dapur yang boleh dicuba. Ianya bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran. Berikut adalah koleksi petua-petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Moga setiap satunya memberi manfaat dan memudahkan kerja harian anda di dapur.

 

1. PETUA HILANGKAN RASA PAHIT LEMON

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkan beberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.

2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.

3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.

Klik DISINI untuk resipi menggunakan lemon.

 

2. PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

  • Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
  • Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
  • Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
  • Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
  • 5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tangan. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.

Klik DISINI untuk resipi menggunakan ketam.

 

3. PETUA ELAK CILI KERING KISAR CEPAT BERKULAT

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.  

  • Rebus cili kering daqn buang bijinya.
  • Setelah lembut, toskan air.
  • Masukkan ke dalam pengisar dan masukkan sedikit minyak masak. Kisar hingga lumat.
  • Masukkan cili kisar ke dalam kuali. Panaskan dan tabur sedikit garam. Gaul rata hingga lebihan air cili kisar tadi kering.
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup yang bersih. Simpan di dalam peti sejuk.
  • Hasilnya, cili kering homemade anda akan tahan lebih lama.

Klik DISINI untuk resipi menggunakan cili kering.

 

4. PETUA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR LEBIH BERSIH & HARUM

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.

BAHAN-BAHAN:

  • Soda Bikarbonat
  • Cuka
  • Air panas
  • Kain Pengelap

CARA-CARA:

  1.  Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
  2.  Kemudian masukkan cuka. Kacau rata.
  3.  Seterusnya masukkan kain pengelap.  Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Biarkan kain terendam semalaman.
  4.  Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.

 

5. PETUA LEMBUTKAN AYAM PENCEN

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat. Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam tua – dibersihkan
  • Betik muda

CARA-CARA:

  1. Hiris betik muda bersama-sama kulitnya.
  2. Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan rendam selama 10-15 minit.
  3. Kemudian bolehlah dibersihkan dan dimasak seperti biasa.

Klik DISINI untuk resipi menggunakan ayam.

 

6. PETUA LAMBATKAN NASI BASI

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi! Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!

Klik DISINI untuk resipi aneka nasi.

 

7. PETUA ATASI MASALAH NASI LEMBIK

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

  • Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.
  • Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!

 

8. PETUA SIMPAN DAUN SUP AGAR KEKAL SEGAR DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.
foto: drweil.com

BAHAN-BAHAN:

  • Daun sup
  • Air masak
  • Bekas kiub ais

CARA-CARA:

  • Basuh bersih daun sup dan dan racik halus seperti yang anda potong untuk masukkan dalam masakan sup.
  • Masukkan hirisan daun sup ke dalam bekas kiub ais. Isi air sampai menutupi daun-daun tadi.
  • Letakkan dalam peti sejuk dan bekukan. Setelah beku sepenuhnya, keluarkan dan simpan dalam bekas yang bertutup seperti bekas makanan.
  • Untuk menggunakannya, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan ke dalam sup yang sedang dimasak. Siap untuk dinikmati!
  • Cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan lebihan hirisan bawang, cili, daun ketumbar dan sebagainya. Selamat mencuba!

 

9. CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

  1. Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
  2. Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
  3. Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
  4. Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
  5. Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
  6. Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
  7. Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
  8. Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.

Klik DISINI untuk resipi aneka Set Nasi bersama lauk.

10. PETUA KUPAS KULIT TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

  1.  Basuh telur dan rebus seperti biasa.
  2.  Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
  3.  Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
  4.  Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
  5.  Selamat mencuba!

Klik DISINI untuk resipi aneka lauk telur.

 

11. PETUA BUAT DONAT YANG LEMBUT & GEBU

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

  • Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
  • Pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan.
  • Guna air suam untuk bancuh yis. jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati.
  • Setelah doh siap diadun, rehatkan secukupnya bagi memastikan doh kembang. 
  • Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.

Klik DISINI untuk resipi Donat sedap.

 

12. PETUA SIMPAN CENDAWAN AGAR SEGAR LAMA & TIDAK LEMBIK

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan segar
  • Tisu dapur
  • Kertas surat khabar

CARA-CARA:

  1. Keluarkan cendawan yang baru dibeli dari plastik. Elakkan dari terkena air.
  2. Ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.
  3. Letak cendawan tadi dan bungkus dengan kemas.
  4. Simpan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
  5. Hasilnya cendawan yang anda beli boleh tahan lebih dari seminggu dan tidak lembik.

Klik DISINI untuk resipi cendawan sedap.

 

13. PETUA KUPAS & ASINGKAN ISI KERANG DENGAN CEPAT

Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.
kredit: http://www.livestrong.com/

BAHAN-BAHAN:

  • Kerang
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya | untuk merebus

CARA-CARA:

  1. Bersihkan kerang dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan sama paras dengan jumlah kerang serta minyak masak.
  3. Tutup periuk dan biarkan hingga kerang masak.
  4. Toskan air dan kopek isi kerang. Hasilnya, cengkerang akan mudah terbuka dan isi akan senang tanggal dari kulitnya.
  5. Selamat mencuba!

Klik DISINI untuk resipi lauk kerang.

 

14. PETUA ELAK SOTONG JADI KECUT SEMASA MASAK
 Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong segar
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan cuka

CARA-CARA:

  1. Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
  3. Kemudian toskan air sotong tadi.
  4. Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.

Klik DISINI untuk resipi lauk sotong.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI