Tembikai ni ada yang sebut semangka, dan di Kelantan dipanggil Timun Cina. Ada yang bujur ada yang bulan. Tekstur kulit, bentuk dan rupanya semua mempengaruhi kualiti tembikai itu.
Kalau tersalah pilih pastilah korang nyesal pulak. Ni min kongsikan 8 tip atau petua nak pilih tembikai yang masak, banyak jusnya dan manis
1. Ketahui Jantina
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air. Manakala tembikai betika berbentuk bulat dan rasanya lebih manis. Tembikai yang lonjong tu sedap dibuat jus kerana airnya lebih banyak dari yang bulat. Manakala yang bulat biasanya dimakan begitu sahaja
2. Tompokan Kuning
Ads
Tompokan atau kawasan kuning adalah tempat dimana tembikai terletak di atas tanah. Tembikai yang matang sempurna akan berwarna kuning krim dan kadangkala oren. Jika kawasan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
3. Tompokan Jaringan Lebah
Telitikan pada kulit tembikai yang kelihatan seperti jaring labah – labah adalah disebabkan lebah yang menyentuh serbuk debunga berulang kali ketika tembikai masih dalam bentuk bunga. Makin banyak jaringan bermaksud makin manis tembikai.
4. Perhatikan Ukuran dan Beratnya
Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dan untuk pengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
5. Tengok Tangkainya.
Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang.
6. Rasa tekstur permukaan kulitnya.
Foto : mrfothergills.com
Jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.
Ads
7. Tepuk-tepuk
Foto : wallpaperstock.net
Tepuk jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Dah tahu cara pilih jom semak apa khasiatnya pada tubuh badan kita.
KHASIAT TEMBIKAI (sumber Hello Doktor)
1. Kandungan Air Yang Tinggi Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik Untuk Jantung
Ads
Foto : siddham.in
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-Radang Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Sistem Penghadaman Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik untuk kulit dan rambut
Foto : siddham.in
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tembikai memang sedap dimakan begitu sahaja, potong-potong masuk peti ais. Bila makan sejuk memang aaahhh…sejuknya
Dibuat jus lagi sedap dan menyamankan. Tapi khasiatnya yang cukup menambat hati anda menjadi penggemar buah ni.
1. Melawaskan buang air kecil Jika mengalami masalah buang air kecil yang tidak lancar, boleh mencuba terapi buah tembikai yang memiliki kandungan air yang tinggi, sehingga boleh meningkatkan pengeluaran urin dalam badan. Tembikai juga boleh membantu membuang racun di dalam hati sehingga melancarkan sistem dalam ginjal manusia.
2. Menurunkan tekanan darah
Orang yang memiliki penyakit hipertensi atau tekanan drah tinggi disarankan untuk makan buah tembikai. Ia mempunyai kesan yang sangat baik pada pembuluh darah dan mengatasi tekanan yang terlalu berat pada pembuluh darah di jantung.
3. Mengelak dari kanser Tembikai memiliki kandungan vitamin C dan Lycopene, kedua zat ini sangat penting untuk melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Walaupun tidak dimaksudkan sebagai ubat kepada penyakit kanser tetapi mengamalkan nya insyallah dapat mencegah dari penyakit itu.
4. Mengatasi sembelit Tembikai adalah buah yang memiliki kandungan serat dan air dalam jumlah yang tinggi. Jika mempunyai masalah sukar buang air besar insyallah serat yang terkandung dalam buah tembikai ini boleh diatasi. Terutama jika kekurangan serat larut dalam usus.
5. Mencegah dehidrasi Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, selain itu juga kekurangan air boleh menyebabkan ginjalberkerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan ganguan pada ginjal.
Oleh sebab itu memakan tembikai dapat mencegah dehidrasi tubuh kerana lkandungan airnya yang banyak.
6. Mengatasi kekejangan otot
Pernahkah anda mengalami kekejangan otot? Cubalah makan tembikai untuk meredakannya!. Asid asimo citrulina yang terkandung dalam tembikai memiliki kesan yang baik bagi meredakan kekejangan otot. Ia boleh membuat tubuh badan menjadi lebih santai sehingga otot diredakan.
7. Mengurangi risiko hipertensi dan strok Pada buah tembikai terdapat unsur yang mencegah pengerasan dinding pembuluh arteri mahupun vena yang dapat menyebabkan hipotensi. Tentu saja manfaat ini dapat dirasakan jika diamalkan pemakanannya secara rutin. Kalium yang terkandung dalam buah tembikai juga menyihatkan jantung.
Banyak kan khasiatnya, bolehlah jadi penggemar buah tembikai lepas ni.
Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak,mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau jumlahnya berlebih atau terkurang. Jika lebih sedikit, tidak mengapa. Jika terlalu banyajk, membazir pula. Berikut adalah sukatan bahan untuk memasak nasi lemak yang boleh dinikmati tetamu anggaran 30-40 orang dan juga 55-60 orang.
Daun ketumbar memang selalu kita gunakan dalam masakan. Tapi hairannya ada yang mengadu kata daun ini busuk macam bau kumbang. Sedangkan pada kita bau daun ketumbar ini wangi dan membangkitkan selera.
Kalau nak tahu sebenarnya ia ada kaitan dengan genetik kita. Mesti ramai yang tak tahu perkara ini kan. Fakta ini dikongsi di laman Ini Sains Beb.
Siapa yang kata daun ketumbar busuk angkat tangan!
Ketumbar (nama Inggeris: cilantro, coriander. Nama saintifik: Coriandrum sativum) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea.
Bau ketumbar mempunyai nuansa sitrus yang dipengaruhi oleh kompaun kimia linalool.
Namun, ketumbar sebenarnya memberikan persepsi bau (dan rasa) yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar, dan rasa sitrus. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput!
Bagaimana ini terjadi?
Ketumbar mengandungi tinggi kompaun aldehid yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal.
Kenapa sesetengah orang tak bau ketumbar pelik?
Sebenarnya, ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mengaruh persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.
Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid.
Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat lebih menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.
Terdapat 14-21% dari orang Asia Timur, Afrika, Caucasian tidak menyukai ketumbar. Manakala, hanya 3-7% saja dari populasi seperti Asia barat, Hispanic, South Asian, Timur tengah tidak sukakan bau ketumbar.