Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya. Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom cuba.
Apam beras merupakan antara kuih yang tidak lapuk dek zaman. Memang enak jika apam beras digandingkan bersama kelapa parut yang masin-masin berlemak. Resipi apam beras kali ini dikongsi oleh Siti Zainab Mahmud. Jom kita cuba resipi ini.
Sandwic biasanya disajikan sebagai sarapan namun kini, terdapat pelbagai jenis sandwic moden yang didatangkan dengan pelbagai inti enak. Sangat sesuai jika dijadikan hidangan untuk minum petang bersama keluarga. Cara penyediaannya juga cukup mudah. Anda bolehlah mencubanya.
Tumis bawang besar, bawang putih, lada benggala, cendawan dan daging. Masak sehingga daging agak masak.
Kemudian masukkan sos lada hitam, cili padi yang dihiris dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati dan daging kelihatan seperti pecah minyak. Angkat.
Apabila daging sejuk, barulah ambil roti sandwic, letakkan daun salad, kepingan keju, daging yang dimasak tadi, mayones, timun dan tomato.
Dalam Malaysia ni, semua kaum boleh dikatakan sangat suka dengan sambal. Kita semua sudah biasa makan makanan yang ada cita rasa pedas. Jadi, apa kata kalau buat sendiri sambal. Buat yang garing supaya tahan lama. Melalui facebook, Nana Ereena berkongsi resipi sambal bilis garing. Boleh dimakan dengan nasi di rumah atau ketika berpergian ke destinasi percutian.
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng (BELI DI SINI)
1 mangkuk ikan bilis
Cili kering (ikut tahap pedas yang dimahukan)
Sedikit daun kari (jika suka)
1 mangkuk bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng cili kering pula. Goreng hingga berkilat. Angkat dan toskan.
3. Tumbuk cili kering.
4. Tumbuk kasar bawang goreng.
5. Panaskan kuali tanpa minyak masak. Masukkan semua bahan tadi. Kacau.
6. Perasakan dengan gula dan garam. Gaul sebati. Matikan api. Angkat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)