Mi wantan , mungkin ada yang sudah biasa dengan hidangan ini. Ia biasanya dihidangkan dalam sup panas. Bagi melengkapi mi wantan ini, dihias dengan sayuran dan wantan. Hari ini min kongsikan resipi mi wantan olahan Salimah. Nak makan kenalah rajin ye. Moga berjaya korang.
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam – dicincang
isi udang – dicincang
1 biji telur
1/2 biji bawang Holland – diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang – diracik halus
TONTON DAPUR RASA LIVE: DAGING KERUTUK
CARA-CARA:
1.Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
2.Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
3.Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
4.Kukus dalam 4@5 minit.
5.Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
3@4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr – BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang
CARA-CARA:
1.Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
2.Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
3.Padamkan api.
Bahan mi kicap:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
1.Celur mi wantan dengan air panas dan toskan.
2.Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
3.Hidangkan mi tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
Selamat mencuba.
Resipi fb : Salimah Olie
Ingin membeli perkasasan rumah , boleh beli online DI SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Panas-Panas, 4 Resipi Berasaskan Sup Sedap Terengganu!
Bila cuaca sejuk dan hujan, sedapnya kalau dapat makan menu berasaskan sup panas-panas.
Resipi 4 jenis hidangan sup seperti bihun sup, mee sup dan nasi air daripada Muliadi Ramli ini, sesuai untuk hidangan pada musim hujan.
Cara nak buat pun senang je. Jom kita masak!
BIHUN SUP TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | rebus, kemudian hiris nipis
200gm daging cincang
2-3 ketul tulang | rebus bersama daging, kita nak ambil rasa manis tulang tu, tinggal dalam kuah sup
BAHAN TUMISAN:
6 biji bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk putih
Minyak masak – beli online di sini
2 inci halia | diketuk
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN LAIN:
1 sup bunjut
1 kiub pati lembu (kalau tak ada, boleh ganti pati ayam)
1 sudu besar sos tomato – beli online di sini
1 sudu besar sos cili – beli online di sini
2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah)
5 biji cili padi (diketuk masuk dalam sup)
Tauge (wajib ada)
Daun sup & daun bawang
Garam & gula secukup rasa
Perasa
Cili jeruk
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
1 pek bihun
Limau nipis (buat yang suka masam-masam)
1 pokok daun ketumbar
Lobak masin | basuh & potong kecil-kecil
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula, masukkan minyak. Kemudian, tumis bawang sehingga wangi.
2. Masukkan masukkan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah serbuk jintan dan ketumbar, tumis lagi.
3. Masukkan sedikit air, kacau. Masukkan akar dan batang daun ketumbar serta sup bunjut, kacau.
4. Bila mendidih, masukkan air rebusan daging, kacau. Masukkan pati lembu, sedikit daun sup, cili padi, sos tomato, kicap dan sos ikan.
5. Tabur daun ketumbar, garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
BAHAN AIR LADA:
2 biji cili besar
8 biji cili padi @ thai
1 inci gula melaka
Gula pasir
Garam & perasa
3 sudu makan cuka makan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus semua bahan kecuali cuka makan, dengan sedikit sahaja air. Keluarkan
2. Masukkan dalam kuali, panaskan. Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu, siap.
BAHAN LADA/CILI JERUK:
5 biji cili hijau | dipotong bulat-bulat & dibuang biji’
Cuka makan
Garam & gula secukupnya
Serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
Masukkan kesemua bahan dalam bekas kaca. Kemudian masukkan cuka paras cili, tutup. Masukkan dalam peti sejuk. Boleh makan lepas 3 jam.
CARA MAKAN BIHUN SUP:
1. Makan ketika panas. Caranya celur bihun dan toskan. Masuk mangkuk.
2. Celur sekali tauge dan perut daging, toskan. Masuk mangkuk. Masukkan daun sup, kuah, air lada dan bahan-bahan tambahan seperti lobak masin, bawang goreng.
NASI AIR TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam (rebus bersama kuah sup. Bila masak, keluarkan. Lumurkan dengan kicap pekat manis dan gorengkan bagi kekuningan. Kemudian, carik-carikkan isinya, ketepikan)
200gm daging (dibasuh bersih kemudian direbus sekali dalam kuah sup. Bila masak keluarkan dan potong nipis-nipis, ketepikan).
10 batang kaki ayam (direbus hingga empuk dalam kuah sup)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | dimayang
4 ulas bawang putih | diketuk masuk dengan kulitnya
1 inci halia | diketuk
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
BAHAN LAIN:
1 sup bunjut
1 kiub pati lembu
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah)
Kangkung (celur)
Tauge (celur)
Daun sup & daun bawang
Garam & gula secukup rasa
Serbuk perasa
Batang saderi
2 sudu besar sos ikan
Telur masin | potong 4
Bilis goreng
Daun ketumbar
Minyak bawang putih (letak minyak masak kemudian masukkan bawang putih, goreng hingga kekuningan)
CARA MEMBUATNYA:
1. Mula-mula, masukkan minyak. Lepas tu goreng bilis. Angkat dan toskan, ketepikan.
2. Minyak goreng bilis digunakan untuk tumis bahan tumisan. Bila bawang dah wangi, masukkan 4 sekawan.
3. Tumis sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan sup bunjut, akar ketumbar, sedikit batang dan daun ketumbar.
4. Kacau, tambahkan air. Masukkan daging dan ayam, kacau.
5. Masukkan kaki ayam, pati lembu, sedikit daun sup, kicap, sos ikan, garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
BAHAN AIR LADA:
2 biji cili besar
8 biji cili padi @ thai
1 inci gula melaka
Gula pasir
Garam & perasa
3 sudu makan cuka makan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus semua bahan kecuali cuka makan, dengan sedikit sahaja air. Keluarkan
2. Masukkan dalam kuali, panaskan. Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu, siap.
BAHAN BUBUR:
1 cawan beras
1 inci halia | diketuk
Garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Saya gunakan beras nasi air, memang wangi beras ni. Sukatan beras 1 cawan beras 7 cawan air. Masak dengan api perlahan.
2. Masukkan halia dan garam. Masak sampai jadi bubur. Siap.
KUEY TEOW SUP TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
300gm daging pejal & daging cincang | rebus dalam ketulan besar, kemudian bila dan empuk dan masak, hiris nipis
200gm perut lembu (bersihkan)
2-3 ketul tulang | rebus bersama daging, kita nak ambil rasa manis tulang tu saja, tapi tulangnya tinggal dalam kuah sup
*daging dan tulang direbus sekali, daging empuk keluarkan. Potong nipis, ketepikan. Perut pun potong nipis, ketepikan.
*Semasa rebus daging, masukkan halia sebesar ibu jari, 3 keping asam keping, 3 ulas bawang putih diketuk dan 2 batang serai diketuk, sedikit garam.
BAHAN TUMISAN:
½ biji bawang holland
3 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
½ biji bawang holland
8 ulas bawang putih
1 pokok daun ketumbar dengan akar
1 sudu kecil lada hitam
7 biji cili thai (kalau suka pedas, boleh letak lebih)
BAHAN LAIN:
1 sup bunjut
1 kiub pati lembu (boleh ganti dengan kiub pati ayam)
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap cair (untuk gelapkan sikit kuah)
1 sudu besar kicap masin
Tauge (wajib ada)
Daun sup & daun bawang
Garam & gula secukup rasa
Serbuk perasa
Rempah 4 sekawan
1 sudu besar sos ikan
1 pek kuey teow
Limau nipis (yang suka masam)
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumisan sehingga wangi. Bila bawang dah wangi, masukkan rempah 4 sekawan. Tumis lagi.
2. Masukkan sedikit air dan kacau. Masukkan sup bunjut. Kacau lagi.
3. Bila dah mendidih, masukkan air rebusan daging yang sudah ditapis.
4. Masukkan tulang tadi sekali dalam kuah sup. Tambah 3 cawan air, kacau lagi.
5. Masukkan pati lembu, sedikit daun sup, cili, semua jenis kicap, sos ikan, garam, gula dan serbuk perasa.
6. Biarkan sup mendidih dengan api perlahan saja.
BAHAN AIR LADA:
2 biji cili besar
8 biji cili padi @ thai
1 inci gula melaka
3 ulas bawang putih
Gula pasir
Garam & perasa
2 sudu makan cuka makan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus semua bahan kecuali cuka makan, dengan sedikit sahaja air. Keluarkan
2. Masukkan dalam kuali, panaskan. Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu, siap.
MEE REBUS TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning
½ kg daging cincang
½ kg daging tulang | direbus hingga empuk
BAHAN KISAR HALUS:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji telur
1 pek fishball
Sayur pilihan (sawi/cili besar merah/ hijau/lobak merah/bunga kobis/anak jagung)
Cili burung (ikut tahap pedas nak macam mana)
* jenis dan jumlah sayur bergantung citarasa masing-masing
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Perasa
1 kiub pati ayam
1 sup bunjut
2 biji limau nipis
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. Bila garing, masukkan bahan kisar halus.
2. Tumis hingga naik bau. Masukkan air rebusan dan daging cincang. Tambah air.
3. Masukkan sup bunjut, kemudian masukkan sayur dan telur. Kacau sekejap.
4. Masukkan kiub ayam, perasa, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Tutup api, perah limau, siap.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lembut & Gebu Macam Kapas! Jom Buat Donut Minion Viral Ni Pula!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara-Cara Masak Laksam & Kuahnya Guna Sukatan Untuk Open House.
Salah satu menu yang sangat sesuai dihidangkan di majlis rumah terbuka. Laksam tidak memerlukan cara memasak yang rumit menjadikan ia sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasanya pun sedap. Jom cuba!
RESIPI LAKSAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm (1 paket) tepung beras cap bunga teratai
- 500gm tepung gandum
- 2.3 liter air suam hangat
- 1/2 sudu makan garam halus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis bagi mengelakkan adunan berketul.
2. Guna tudung periuk atau loyang untuk mengukus laksam. Paling mudah guna penutup periuk. Sapu sedikit minyak di permukaan penutup periuk sebelum dituang adunan laksam tadi. Minyak perlu sapu pada kali pertama sahaja. Selepas laksam pertama masak, dah tak perlu sapu lagi untuk laksam kedua dan seterusnya.
3. Tuang adunan laksam ke atas penutup periuk dengan secukupnya. Jangan terlalu tebal.
4. Kukus selama 3-4 minit kemudian angkat. Tanda laksam dah masak ialah bila ia kelihatan sedikit menggelembung.
5. Sejukkan laksam seketika kemudian barulah boleh digulung. Jangan gulung ketika masih panas.
6. Ulang langkah sehingga semua adunan habis.
KUAH LAKSAM
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor ikan sardin/selayang saiz sederhana – bersihkan, rebus dengan asam keping dan sedikit garam
- 1 sudu makan lada hitam – kisar
- 2 ulas bawang merah besar
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 500ml santan kara
- 2 keping asam gelugur
- Garam dan bahan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ikan sardin rebus, kisar dengan air secukupnya. Masukkan ke dalam periuk.
- Kisar juga bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan juga ke dalam periuk bersama isi ikan kisar tadi.
- Masukkan lada hitam dan asam keping. Biarkan hingga mendidih. Kacau sekali sekala supaya bahan sekata.
- Seterusnya masukkan santan, garam dan perasa dengan secukupnya. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul.
- Masak hingga kuah laksam mendidih. Siap!
SAMBAL CILI GARAM
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering secukupnya – dibuang biji
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
- Kisar semua bahan dan masak hingga mendidih. Tujuan supaya air sambal sedikit kering dan tahan lama.
- Bila dah siap, boleh dihidangkan bersama laksam, kuah dan ulam-ulaman.
INFO: Sukatan laksam diatas untuk hidangan 10-12 orang. Gandakan jika nak jumlah yang lebih banyak.
Kredit resipi & foto: Rose Eima
Mi Kolok, Paling Popular Dan Hit Dari Sarawak, Ni Resipi Menjilat Jari..
Nak makan mi kolok ni sekarang dah makin mudah. Kat Selangor dan KL ni ada aje dijual. Sup dan gandingan cili kicap tu memang syoklah memakannya.
Sekali sekala jom tukar selera makan mi sarawak lah pulak. Jom semak resipi dari Hidayah Syibly ni…
MI KOLOK
.
BAHAN-BAHAN :
- Mee Kolok (contoh gambar mee kolok dalam gambar)
- Cuka – jgn byk nanti masam.
- Sos ikan – jgn banyak nanti dia berbau x best
- Serbuk lada putih
- Minyak bawang putih
- Sos tiram
- Kicap
CARA PENYEDIAAN:
1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk.. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan.
.
2. Campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati kemudian gaulkan dengan mee yang telah dicelur. Ketepikan dalam satu bekas.
Bahan sup :
- Daging lembu setengah kilo
- Serbuk lada hitam
- Kiub pati lembu 2/3 kiub
- Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) – sikit je jangan banyak sebab ni clear sup, tak mau rasa rempah menguasai rasa sup.
- Sup bunjut (optional)
- Bahan perasa
- Garam, gula
- Halia diketuk.
CARA MASAK DAGING :
1. Rebus daging hingga empuk. – Setelah daging empuk, masukkan cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dn buah pelaga, sup bunjut dan halia. – Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. – Keluarkan daging, ketepikan..
.
2. Daging yang telah dikeluarkan dari sup tadi, dipotong nipis-nipis.
3. Gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam.
4.Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.
5.Ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.
Bahan cili kicap :
.
- cili padi
- bawang putih
- perahan jus limau
- kicap
- sedikit garam jika menggunakan kicap manis
- blend semua bahan di atas, ketepikan dalam satu mangkuk.
Bahan-bahan tabur :
.
- Taugeh
- Sawi celur
- Fish cake (optional)
- Bawang goreng
- Hirisan daging (rujuk di atas)
- Hirisan daun sup dan daun bawang
- Tomato hiris
.
Selamat mencuba!!
.
Kredit Resepi: Hidayah Syibly
FB : Aneka Resipi Kampung
ANDA INGIN MEMBELI PETI SEJUK BARU, JOM LAYARINYA DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO INI :
DAN JUGA RESIPI- RESIPI INI :
Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je
Mi Hailam Versi Mariana, Resipi Gerenti Jadi Memang Sedap Betul