Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu kenyataan di media sosial rasmi telah mengeluarkan larangan jualan terhadap produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual dan tiada maklumat pengeluaran pada labelnya.
Ads
Hasil pemantauan terkini yang dijalankan oleh Program Keselamatan Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati bahawa gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Ads
Sibutramine ini adalah ubat terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM. Ia merupakan sebatian kimia yang bertindak di otak sebagai penyekat rasa lapar & mengawal selera makan, dan biasanya digunakan dalam kebanyakan produk menguruskan badan.
Pengambilan Sibutramine boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap tubuh antaranya gangguan fungsi jantung, mulut kering, mual, sembelit, sukar tidur dan banyak lagi.
Gula-gula Apple S juga didapati tidak mematuhi syarat perlabelan yang ditetapkan seperti tiada nama sebenar produk dalam Bahaaa Malaysia juga tiada maklumat mengenai pengilng, pembungkus, pengedar atau pemilik hak pengilangan dan pengimport.
Oleh yang demikian, KKM mengarahkan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang memiliki stok produk tersebut menghentikan serta merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk tujuan penyitaan.
Pada masa yang sama, semua bentuk pengiklanan produk ini harus diberhentikan dan orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu berhenti serta merta dan segeralah berjumpa pegawai kesihatan untuk mendapatkan nasihat serta rawatan.
Peluang untuk bertemu Diana Chan, juara Masterchef Australia 2017 ini memang telah lama kami dambakan. Saat mendapat perkhabaran mengenai pertemuan ini, ia ibarat rezeki yang datang bergolek. Maklumlah, biasanya wajah ini hanya ditonton di laman sosial kerana beliau menetap jauh nun di Autralia namun peluang keemasan yang tiba untuk bertemu mata ini ibarat mimpi team RASA yang menjadi nyata.
Pertemuan penuh eksklusif yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara memang tidak kami lepaskan. Walaupun berlangsung dalam masa yang singkat, ia sudah cukup untuk kami selami ceritera serta sisi istimewa si gadis manis ini.
Diterbangkan pulang ke tanah air buat kali pertama sejak kemenangannya, menyebabkan Diana agak sibuk memenuhi jadual kerja yang telah dirangka. Namun begitu, beliau tetap komited dan memberikan kerjasama yang sangat baik saat ditemuramah. Malah walaupun pertama kali berjumpa, beliau sangat ramah dan mesra bagai sudah berkenalan lama.
Diana Chan, anak kelahiran Sitiawan , Perak dan dibesarkan di Johor Bahru mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menjuarai pertandingan masakan tersohor, MasterChef Australia musim ke 9. Beliau yang berkelulusan dalam bidang perakaunan, menjadi anak Malaysia kedua menyandang gelaran ini. Terdahulu, gelaran yang sama juga telah dimenangi oleh Adam Liaw, jejaka yang berasal dari Pulau Pinang.
Tatkala diajukan soalan mengenai sejarah awal pembabitan beliau dalam bidang masakan sehingga sampai ke tahap yang dimiliki sekarang, menurut Diana semuanya bermula ketika beliau berpindah untuk menyambung pelajaran ke Australia.
Cantik bergaya, tinggi lampai dan berpewatakan menarik persis peragawati, siapa sangka gadis lemah lembut yang berusia 29 tahun ini sangat handal di dapur. Lihat sahaja keletahnya sewaktu cabaran MasterChef Australia. Bukan calang-calang orang mampu mara hingga ke saat akhir ini. Malah, bila ditanya mengenai perasaannya semasa pertandingan akhir , menurut Diana, dikala saat itu, tiada apa yang beliau fikirkan kecuali berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan hidangan yang sempurna .
Menempa kejayaan dalam pertandingan tersohor ibarat lakaran kisah hidup yang sangat indah.
“Mak dan bapak adalah sumber inspirasi saya dalam bidang masakan. Banyak yang saya belajar dari mereka berdua. Mak lebih kepada masakan Nyonya Penang manakala Bapak lebih menjurus kepada masakan berasaskan panggang, BBQ dan makanan laut. Dari situ saya mempelajari selok belok masakan dan ilmu yang diperolehi itu akhirnya membawa saya hingga ke tahap ini. ”
Bagi anda yang ingin melihat serta berkenalan dengan chef selebriti ini secara lebih dekat lagi, Diana Chan akan membuat penampilan dengan melakukan demonstrasi masakan istimewanya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, esok (7 Oktober 2017) bermula jam 12 tengah hari – 6 petang. Malah anda juga boleh menonton semula perjalanan kemenangan beliau dengan adegan terbaik Masterchef Australia musim ke 9 bermula 14 Oktober ini di saluran Astro 709.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Port Dickson kini mempunyai satu lagi destinasi percutian menarik apabila Raia Beach Resort Port Dickson rasmi dibuka, menawarkan pengalaman menginap tepi pantai yang selesa dan santai.
Pembukaan resort ini menandakan langkah penting Raia Hotels dalam memperluaskan jenama mereka ke segmen resort dan pelancongan santai, melengkapi rangkaian hotel sedia ada di seluruh Malaysia.
Raia Beach Resort Port Dickson terletak di kawasan strategik Teluk Kemang, antara lokasi pantai paling popular di Port Dickson.
Resort ini menawarkan:
Dengan reka bentuk bangunan rendah yang dikelilingi kehijauan tropika, resort ini memberikan suasana lebih privasi dan tenang — sesuai untuk staycation keluarga, percutian hujung minggu dan perhimpunan kecil.
Selepas melalui proses naik taraf selama hampir setahun, Raia Beach Resort Port Dickson kini tampil dengan kemudahan yang lebih moden dan selesa.
Tetamu boleh menikmati:
Lokasi tepi pantai ini menjadikan resort ini pilihan ideal untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati keindahan laut serta angin pantai yang menyegarkan.
Pembukaan Raia Beach Resort Port Dickson mencerminkan usaha berterusan Raia Hotels dalam menyokong perkembangan industri pelancongan tempatan.
Raia Hotels sebelum ini telah mempunyai rangkaian hotel di:
Dengan kehadiran di Port Dickson, jenama ini kini menawarkan pengalaman penginapan yang lebih pelbagai, termasuk konsep resort tepi pantai yang semakin mendapat permintaan tinggi.
Selain penginapan, aspek makanan turut menjadi daya tarikan utama di Raia Beach Resort Port Dickson.
Tetamu boleh menikmati:
Percutian ke Port Dickson sememangnya tidak lengkap tanpa menikmati makanan sambil menghadap laut. Suasana santai ini menjadikan setiap hidangan terasa lebih istimewa dan menyenangkan.
Selain itu, lokasi resort yang berhampiran kawasan tumpuan pelancong memudahkan tetamu untuk mencuba pelbagai pilihan makanan laut segar di sekitar Port Dickson.
Dengan gabungan lokasi strategik, kemudahan lengkap dan suasana mesra keluarga, Raia Beach Resort Port Dickson berpotensi menjadi antara destinasi pilihan utama bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.
Peminat makanan jalanan kini mempunyai satu lagi destinasi baharu untuk diterokai apabila Encik Tan Malaysia, jenama popular dari Singapura, secara rasmi membuka cawangan pertama mereka di Malaysia. Bertempat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang SkyPark), pembukaan ini menjadi langkah pertama jenama tersebut dalam memperluaskan empayar mereka ke pasaran tempatan.
Jenama di bawah Kumpulan Fei Siong ini terkenal dengan konsep makanan jalanan Cina halal yang menawarkan sajian mudah, pantas dan dekat di hati ramai. Dengan lebih 21 cawangan di Singapura serta satu cawangan di Jakarta, kehadiran mereka di Malaysia dijangka memberi pilihan baharu kepada pencinta makanan halal tempatan.
Pemilihan Subang SkyPark sebagai lokasi pertama bukanlah sesuatu yang dilakukan secara kebetulan. Lapangan terbang ini merupakan kawasan tumpuan pelancong, kakitangan lapangan terbang serta komuniti setempat yang aktif mencari pilihan makanan mudah dan cepat.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Fei Siong, Encik Tan Kim Siong, lokasi ini sangat sesuai untuk memperkenalkan jenama mereka kepada rakyat Malaysia.
Selain mudah diakses, konsep makanan jalanan yang dibawa oleh Encik Tan juga sangat bertepatan dengan gaya hidup masyarakat urban hari ini yang mahukan makanan sedap, mengenyangkan dan disediakan dengan pantas.
Cawangan pertama Encik Tan di Malaysia mempunyai keluasan sekitar 1,800 kaki persegi dan mampu memuatkan sehingga 50 pelanggan pada satu masa.
Menariknya, restoran ini direka dengan konsep moden dan kontemporari menggunakan gabungan warna jingga dan putih yang ceria. Ia turut dilengkapi dengan mural bercahaya serta kaunter tempahan terbuka yang memberi suasana lebih santai dan mesra pelanggan.
Susunan ruang makan pula sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan sama ada mereka yang mahu menjamu selera secara santai bersama keluarga ataupun sekadar singgah cepat sebelum menaiki penerbangan.
Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam.
Salah satu perkara yang menjadi perhatian utama pengguna Muslim tentunya adalah status halal sesuatu premis makanan. Untuk itu, pihak Encik Tan memaklumkan bahawa cawangan Malaysia mereka kini sedang menjalani proses mendapatkan pensijilan halal yang mematuhi piawaian JAKIM.
Semua bahan masakan yang digunakan juga dipastikan halal supaya pelanggan boleh menikmati hidangan dengan lebih yakin dan tenang.
Langkah ini sekaligus memperlihatkan komitmen jenama tersebut dalam memenuhi kehendak pasaran Muslim di Malaysia yang semakin berkembang dan mementingkan aspek halal dalam pemilihan makanan harian.
Apa yang membuatkan Encik Tan begitu popular tentunya terletak pada pilihan menu mereka yang diinspirasikan daripada hidangan jalanan Cina klasik.
Antara menu yang dijangka menjadi kegemaran ramai ialah Chicken Cutlet Curry Rice yang dijual pada harga RM15. Hidangan ini terkenal dengan ayam goreng rangup yang dipadankan bersama kuah kari pekat dan berempah.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati beberapa menu lain seperti:
Menu-menu ini diinspirasikan daripada sajian klasik yang mudah dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, Encik Tan telah berjaya membina pengaruh besar dalam industri makanan segera kasual di Singapura.
Antara pencapaian paling mengagumkan ialah jualan Fishball Noodles yang telah mencecah 10 juta mangkuk, manakala Chicken Cutlet Curry Rice pula terjual sebanyak 1.5 juta pinggan.
Pencapaian ini membuktikan bahawa menu yang ditawarkan bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, malah berjaya mengekalkan populariti mereka selama bertahun-tahun.
Bagi memastikan operasi dan perkembangan mereka di Malaysia berjalan lancar, Encik Tan turut bekerjasama dengan Bake With Yen (BWY), sebuah syarikat pembekal bahan bakeri dan makanan terkenal di Malaysia.
Kerjasama strategik ini dijangka membantu jenama tersebut berkembang dengan lebih kukuh dalam pasaran tempatan, termasuk perancangan membuka lebih banyak cawangan di Kuala Lumpur dan Johor pada masa akan datang.
Bersempena pembukaan rasmi mereka di Malaysia, Encik Tan turut menawarkan promosi minuman percuma bagi setiap pembelian makanan pada 7 hingga 8 Mei 2026.
Pelanggan boleh memilih antara tiga pilihan minuman iaitu:
Promosi ini terbuka kepada penumpang yang mempunyai boarding pass serta kakitangan lapangan terbang yang memiliki pas kakitangan.
Dengan pembukaan pertama ini, jelas bahawa Encik Tan Malaysia bukan sekadar membawa makanan jalanan biasa, tetapi turut memperkenalkan pengalaman menjamu selera yang moden, halal dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!