Restoran makanan segera McDonald’s sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan salah satu jenama pilihan ramai dan digemari tanpa mengira peringkat usia.
Mungkin sebagai salah satu cara untuk menghargai insan-insan yang banyak membantu dalam kelancaran penghantaran makanan dan juga keperluan harian kepada pelanggan setiap hari, McDonald’s dalam satu hantaran di laman sosial rasminya telah mengumumkan berita gembira buat para rider.
Khusus untuk rider! Kami berbesar hati nak belanja 65,000 abang dan kakak rider di restoran kami pada 9 Sept 2022 dari 2 – 5 petang!
Hanya tunjuk rider ID untuk dapatkan set McChicken (M) PERCUMA.
Wow…. Best tu. Jadi buat semua para rider, ayuh serbu dan nikmati hidangan khas untuk anda ini. Jangan lupa bawa ID Rider masing-masing ya!
Dah baca berita ni? Jangan lupa share dan kongsi info dekat rider-rider lain juga ya!
Kira-kira 500 peserta dijangka menyertai Kongres Makanan Warisan 2019 yang bakal diadakan pada 23 dan 24 April ini di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini. Kongres dijangka menghimpun pakar-pakar makanan, chef, para cendiakiawan, pengubal dasar dan pihak yang berkaitan dalam mencapai usaha mendefinisi dan memgidentitikan makanan warisan Melayu sehingga ke peringkat global.
Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM, Prof Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari ketika ditemui berkata, program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan meningkatkan keprihatinan ahli akademik dan masyarakat tentang kepentingan menjaga makanan warisan negara.
“Kongres ini juga akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk mendalami dan menghayati nilai makanan warisan yang menjadi identiti bangsa sejak dulu lagi.Kerana kita sebagai bangsa yang beridentiti, kita mesti mengekalkan makanan warisan untuk generasi akan datang supaya ia sentiasa relevan dengan peredaran masa,” katanya dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini.
Sementara itu, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling yang turut hadir di majlis sidang media berkata, menjadi tanggungjawab fakulti dan ahli akademik UiTM untuk memperluas keistimewaan makanan warisan dalam negara dan mengangkat kedudukannya ke peringkat yang lebih tinggi.
“Fakulti sendiri sedang mengkaji beberapa jenis makanan dan jenis rumusan resepi untuk diangkat pada tahap yang terbaik,” katanya.
Bukan mustahil makanan warisan Melayu ini akan mengisi menu di restoran-restoran Fine Dining di masa akan datang. Maka wajarlah Kongres Makanan Warisan yang bakal diadakan pada 23-24 April ini membincangkan dan mencari resolusi dalam usaha menyatukan makanan warisan bangsa Melayu dari satu rumpun kuisin Melayu Nusantara.
Kongres juga akan membincang strategi untuk mengangkat dan mengekalkan imej makanan warisan Melayu seiringan peredaran masa. Diharapkan kongres mampu menjadi flatform pemindahan dan jangkauan ilmu masyarakat dengan mewujudkan hub warisan melalui rangkaiaan pembangunan penyelidikan dan penerbitan dalam bidangkan makanan dan bahasa makanan agar makanan warisan terus terpelihara dan didaftarkaan sebagai makanan warisan negara.
Selain perkongsian ilmu, kongres selama dua hari ini akan dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Tengku Permaisuri Selangor.Tengku Permaisuri juga berkenan untuk menunjukan demo memasak satu menu warisan kegemaran baginda. Turut menunjukkan demo sepanjang dua hari tersebut, adalah beberapa chef selebriti, antaranya Chef Sabri Hassan, Chef Saifuddin Rosli dan Chef Dr. Kamarul.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Susu kini semakin mengujakan dengan Kempen #SusuRangupDanSihat Bersama Pocky Susu Baharu! Dilancarkan oleh Glico Malaysia dengan matlamat menjadikan pemakanan lebih menyeronokkan dan menarik, Pocky Susu baharu menawarkan cara baharu untuk kanak-kanak menikmati kebaikan susu – dalam bentuk batang biskut rangup dan diperkaya dengan serat bersalut krim yang diperbuat daripada Susu Hokkaido premium.
Mewakili tenusu Jepun terbaik, Susu Hokkaido terkenal dengan rasa berkrim lazat, kelicinan seperti sutera dan nutrisi berkualiti tinggi bersama-sama dengan perisa vanila halus yang unik. Di samping memberikan keseronokan dan keterujaan menikmati susu, Kempen #SusuRangupDanSihat Bersama Pocky Susu Baharu juga menyerlahkan kepentingan diet sihat dan berkhasiat, yang membantu membina asas bagi tahap kesihatan yang baik.
Rakyat Malaysia mengambil kira-kira 80 juta liter susu setiap tahun dan ramai kanak-kanak Malaysia membesar dengan meminum susu – lagipun, tiada apa yang lebih menyegarkan dan berkhasiat daripada segelas susu sejuk sewaktu cuaca petang yang panas. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak kurang meminum susu apabila mereka meningkat dewasa, menjejaskan pengambilan kalsium mereka, dan majoriti tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, yang merupakan sumber penting serat makanan.
Apakah yang perlu dilakukan oleh ibubapa yang sentiasa sibuk? Lebih 81% percaya bahawa susu penting untuk pemakanan keseluruhan anak mereka, dan sukar memastikan mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran mereka, terutamanya semasa anak-anak mereka berada dalam jagaan orang lain.
“Ramai ibubapa menghargai kebaikan susu untuk anak-anak mereka, dan Glico telah memperkenalkan cara baharu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak menikmati susu –Pocky Susu baharu yang menawarkan keenakan yang rangup. Batang biskut diperkaya serat yang disalut dengan Susu Hokkaido yang berkrim dan lazat menjadikan Pocky Susu sebagai hidangan yang menyihatkan dan menyeluruh, menggabungkan kesedapan dengan sumber kebaikan,” kata Lee Yeen Theng, Pengarah Urusan Malaysia & Kluster Antarabangsa.
Memberi sokongan kepada ibubapa yang mahu anak mereka menjalin hubungan positif dengan makanan, selebriti terkenal Yana Samsudin berkata, “Saya tahu betapa sukarnya ibubapa perlu terokai soal pemakanan – anak-anak mungkin cerewet memilih makanan atau lebih suka sesetengah jenis makanan sahaja.
Oleh itu, saya sentiasa mencari cara baharu untuk menjadikan hidangan dan snek lebih menyeronokkan dan menarik, sambil memastikan mereka juga penuh khasiat. Dalam perjalanan saya sebagai ibu, pelbagai petua pemakanan yang saya temui. Kempen Pocky ini merupakan peluang terbaik untuk saya berkongsi lebih banyak lagi dengan ibubapa lain tentang menyediakan makanan yang lebih sihat bagi kanak-kanak, termasuk cara yang menyeronokkan untuk sertakan susu ke dalam diet harian mereka.”
Kempen #SusuRangupDanSihat Bersama Pocky Susu Baharu juga akan menyebarkan berita dan keseronokan di media sosial melalui influencer ibu popular dan juga aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah melawat 50 sekolah di seluruh Lembah Klang untuk membawa pendidikan pemakanan dan penghargaan baharu terhadap kebaikan susu.
Dalam era realiti tambahan dan multiverse sinematik ini, Pocky membawa keterlibatan ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan Pocky Nutriverse, dunia permainan maya yang bergema dengan pengguna remaja Gen Z hari ini yang merupakan anak jati digital. Dalam dunia digital yang luarbiasa ini di mana keseronokan dan permainan menanti, dan kebaikan berkhasiat untuk seseorang menikmati lebih keseronokan dan lebih kebahagiaan.
Menghubungkan warisan Pocky dengan masa hadapan, Pocky Susu lahir daripada aspirasi Glico untuk menyediakan “Rasa Hebat dan Kesihatan Baik”, menggabungkan kreativiti dan bahan-bahan berkualiti tinggi bagi mencipta hidangan sihat yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur.
Untuk merasai rasa Pocky Susu baharu yang lazat diperbuat daripada Susu Hokkaido premium, dapatkannya di pasar raya dan kedai serbaneka terkemuka, dari RM3.40, dan dalam talian di Shopee.
Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia dihangatkan dengan isu penyingkiran peserta kelahiran Malaysia; Zaleha Kadir Olpin dari pertandingan masakan tersohor MasterChef UK dengan alasan kulit Rendang Ayam yang dihasilkannya tidak rangup.
“Kulit tidak rangup” dan “ayam tidak lembut serta tidak menarik” adalah antara dua kritikan utama dari Gregg Wallace dan John Torode selaku juri yang menyebabkan Zaleha dikeluarkan dari pertandingan.
Tindakan itu seterusnya mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang menyangkal tekstur rendang yang sememangnya tidak rangup!
Enggan memilih untuk meminta maaf secara terbuka, John Torode sebaliknya telah bertindak dengan memuat naik status di Twitter.
Malangnya tindakan itu hanya lebih memburukkan keadaan dan mengundang kemarahan bukan sahaja rakyat Malaysia malah juga Indonesia dan Singapura.
Kekuatan rumpun Nusantara seharusnya tidak boleh dipandang enteng dan ternyata John Torode semakin melakukan kesilapan. Dengan hanya tiga tweet, chef ini berjaya mencapai sesuatu yang ramai tidak mampu melaksanakannya iaitu menyatukan rakyat Indonesia, rakyat Malaysia dan Singapura.
Dalam Sejarah! Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei Bersatu Demi Rendang.
Malah perkara ini juga turut mendapat perhatian para pemimpin besar negara termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najin Tun Razak dan Tun Dr Mahadir Mohamad.
Bukan kita sahaja yang lantang bersuara malah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell juga mempertahankan hidangan itu dan mengingatkan para juri agar tidak keliru antara hidangan rendang dan ayam goreng yang biasa dinikmati bersama nasi lemak.
Sehingga artikel ini ditulis, John Torode telah bertindak memadamkan status-status mengenai rendang ini di laman Twitter miliknya.
Rentetan kes rendang rangup ni, nampaknya makin ramai yang mula meminati dan nak tahu lebih lanjut mengenai hidangan ini. Moga hidangan ni akan terus dikenali seantero dunia.