Banyak rupanya khasiat teh hijau ni. Jika anda masih lagi minum tehtarik yang manis, amalan ini patut diubah atau dikurangkan jumlah pengambilannya. Sebagai alternatif, cubalah beralih kepada minuman teh hijau pula.
Minuman ini adalah minuman tradisi penduduk Jepun. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam teh hijau dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk badan. Patutlah rakyat Jepun suka sangat minuman ni dan tergolong dalam negara yang penduduk paling panjang umur. Anda pun nak sihat? Jom lihat kebaikan-kebaikannya!
KHASIAT & MANFAAT TEH HIJAU
1. TINGGI ANTIOKSIDAN
foto : www.healthywomen.org
Teh hijau mengandungi polyphenos seperti flavonoids dan catechin yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh, melindungi kerosakan sel dan molekul. Seperti yang diketahui radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum masa.
Satu sebatian yang paling ‘kuat’ adalah anti oksidant Epigallocatechin Gallate (EGCG) yang menjadi sebab mengapa teh ini mempunyai kesan ubatan. Teh hijau juga mengandung sedikit unsur mineral semulajadi yang bagus untuk kesihatan.
Ads
2. RANGSANG FUNGSI OTAK
foto : www.brian3weekdiet.com
Minum teh hijau boleh buat anda bijak ? Kalau nak tahu ia bukan sahaja membuat anda bermaya tetapi juga menjadi bijak. Ia mengandungi kafein, tetapi tidak sebanyak kopi. Kafein memang diakui adalah bahan perangsang minda. Meminumnya akan memberikan mood dan semangat kepada anda. Bukan sekadar kafein, teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine. Gabungan L-theanine dengan kafein berupaya meningkatkan fungsi otak.
3. GALAK PEMBAKARAN LEMAK
Jika anda perhatikan bahan kandungan suplimen menguruskan badan, sering ada bahan teh hijau di dalamnya. Ini adalah kerana teh hijau diyakini boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan paras metabolisma tubuh. Pun begitu kesannya adalah berbeza mengikut individu.
4. KURANGKAN RISIKO KANSER
foto : www.medicalnews.com
Amalan meminum teh hijau juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser. Ini kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Antara kanser yang dikenal pasti boleh dikurangkan risikonya adalah kanser payu dara, prostat dan kolorektal (usus).
Mencampurkan susu ke dalam teh boleh mengurangkan kesan antioksidan pada teh. Sebaiknya, minum tanpa menambah bahan-bahan perasa lain untuk mendapat manfaat yang maksimum.
5. KURANGKAN RISIKO NYANYUK & PARKINSON
foto : www.russia-now.com
Teh hijau bukan sahaja memperbaiki dan meningkatkan fungsi otak dalam jangka masa pendek , tapi juga melindungi otak di masa tua. Penyakit alzheimer adalah penyakit ‘neurodegenerative’ (kesusutan neuro) yang boleh mengakibatkan ‘dementia’ nyanyuk.
Parkinson pula adalah penyakit jenis yang sama yang boleh menyebabkan kemusnahan ‘dopamine’ yang menghasilkan neuron di dalam otak. Kedua gangguan ‘neurodegenerative’ ini boleh dikurangkan risikonya dengan sebatian bio aktif yang ada dalam teh hijau.
Ads
6. BUNUH BAKTERIA DAN KUATKAN GIGI
foto : youtube.com
Kandungan cathechin di dalam teh hijau dikatakan boleh membunuh bakteria dan mengelakkan virus seperti influenza. Malah ia juga menghalang pertumbuhan bakteria yang dikaitkan dengan kaviti dan kerosakan gigi serta mengelakkan masalah mulut berbau.
7. MENGURANGKAN RISIKO DIABETES TAHAP II
foto :www.wellnesspathcare.com
Kajian mendapati teh hijau boleh memperbaiki sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula di dalam darah. Kajian di Jepun mendapati peminum teh hijau yang kerap dapat mengurangkan 42% risiko menghadapi diabetes tahap II.
Ads
8. RENDAHKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
foto : www.easyhealthoptions.com
Teh hijau berupaya meningkatkan keupayaan antioksidan di dalam darah yang melindungi partikel LDL kolestrol daripada oksidaksi dan juga mengurangkan tahap LDL kolestrol dalam darah. Ini boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
9. MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN RISIKO OBESITI
foto : www.digitaltrends.com
Jika anda nak menurunkan berat badan, amalkan minum teh hijau. Selain meningkatkan metabolisma, teh hijau juga mampu mengurangkan lemak terutamanya di bahagian abdomen. Wow! Untuk hasil yang lebih menakjubkan, jangan lupa bersenam dan kawal pemakanan.
SUMBER RUJUKAN:www.healthline.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda. Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
CARA BUAT AIR REBUSAN VERSI SEDAP & JIMAT
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Zucchini atau zukini adalah sejenis labu kecil yang dimanfaatkan sebagai sayur-sayuran. Kebanyakan bentuknya menyerupai mentimun namun ia hanya dapat dimakan setelah diolah dan tidak dapat dimakan mentah tanpa dimasak.
foto: www.gardeningknowhow.com
Diketahui zukini mengandung vitamin B kompleks dan serat yang sangat berguna untuk kesihatan. Berbagai kajian dan percubaan telah dilakukan, dan berikut adalah manfaat zukini bagi kesihatan.
KHASIAT ZUKINI
foto: www.thespruce.com
Menurunkan kolesterol – Serat bersama asid yang dikeluarkan oleh hati membantu mencerna lemak di dalam tubuh. Kolesterol lebih banyak digunakan untuk mengeluarkan asid sehingga jumlahnya di dalam tubuh berkurangan.
Mencegah kanser – Kandungan serat yang tinggi di dalamnya dikatakan dapat membantu mencegah karsinogen turun ke usus besar, dan membantu menjadikan usus sihat. Selain itu, Vitamin A, C dan asid folik, yang merupakan anti oksidan yang terdapat di dalam zukini juga dikatakan dapat menghancurkan karsinogen yang boleh menyebabkan berbagai jenis kanser berbahaya.
Membantu untuk menghindari serangan jantung dan strok – Satu cawan zukini mengandungi sekitar 10% daripada keperluan harian magnesium yang disarankan, dikatakan dapat membantu mengurangi kemungkinan serangan jantung dan strok.
Menurunkan tekanan darah – Ia juga dikatakan bermanfaat untuk membantu menurunkan tekanan darah kerana mengandungi kalium yang hadir bersama magnesium. Oleh kerana itu, pengambilannya secara teratur sangat bagus untuk mereka yang mengalami hipertensi, atau tekanan darah tinggi. Hal ini juga dapat membantu mencegah arteriosklerosis, suatu keadaan di mana pembuluh darah mengalami pengerasan kerana tekanan darah yang terlalu tinggi.
Rendah kalori – Zukini yang rendah kalori sangat berguna bagi sesiapa yang sedang menjalankan program diet.
Di Malaysia, zukini yang dijual biasanya yang berwarna hijau serta kuning dan boleh diperolehi di pasaraya. Jika google resipi, memang sangat banyak hidangan yang boleh anda sajikan. Salah satunya ialah sup. Selain itu ia boleh juga panggang, digoreng dan dimasak tumis. Terpulang pada citarasa masing-masing.
ZUKINI KEJU WASABI
BAHAN-BAHAN:
1 batang zukini hijau | disagat riben
1 batang zukini kuning | disagat riben
10 biji ceri tomato
1 cawan krim masakan
1/2 sudu teh pes wasabi
1 kiub ayam
1/2 cawan keju cheddar
Garam dan lada secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gulung kepingan zukini hijau dan kuning dan susun dengan kemas dia dalam bekas untuk membakar.
Selitkan tomato ceri di antara gulungan zukini. Taburkan dengan sedikit garam dan lada sulah.
Panaskan krim, wasabi dan kiub ayam sehingga sedikit mendidih dan curahkan di dalam bekas berisi zukini tadi.
Taburkan keju dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Guna pengupas atau ‘peeler’ untuk mendapatkan hirisan kepingan zukini yang sama tebal dan cantik.
Malaysia sememangnya telah dikenali sebagai destinasi kulinari di Asia yang mempunyai ratusan makanan enak yang sentiasa mendapat perhatian dunia. Malah Malaysia juga telah dinamakan sebagai World Top Destination malah beberapa kali memenangi tempat pertama dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa.
Dan sekali lagi, Malaysia akan mengambil satu lonjakan besar dalam bidang kulinari dengan menjadi negara pertama sebagai tuan rumah pertandingan bertaraf dunia ini. Pertandingan memasak selama 4 hari ini akan diadakan dari 4 hingga 7 April di Movenpick Hotel & Convention Centre Sepang, Selangor. dihos dan dianjurkan oleh DRS PROEVENT dengan kerjasama CZ Restaurant Group, dengan sokongan Tourism Selangor.
Chef Zubir, Pengerusi WorldChef Battlefield Malaysia
WCB 2019, akan mencerminkan keadaan sebenar siri pertempuran kulinari di kalangan chef profesional dari seluruh dunia. Peserta dari Asia dan negara Afrika Mauritius akan bersaing untuk gelaran Juara Masters di Worldchef Battlefield 2019. Pertandingan ini turut disokong oleh Professional Culinaire Association (PCA) dan disahkan oleh World Association of Chefs Societies (WACS)
Lokasi pertandingan yang bakal menyaksikan pertemburan Chef-chef bertaraf dunia. – sumber worldchefbattlefield.com
Pertempuran bertaraf dunia ini akan memperlihatkan 16 pasukan dari empat chef. Masing-masing menyediakan hidangan masakan dan dinilai oleh sembilan juri dan 10 hakim lain menilai kemahiran chef di dapur.
WCB 2019, yang akan dirakamkan secara langsung dan disiarkan di negara-negara Asia, menawarkan hadiah wang tunai $ 12,000 (RM49,570) untuk pasukan juara.
Barisan ViP yang hadir dimajlis pelancaran rasmi. Dari kiri Encik Khairul Maharis (Movenpick) Chef Bob, Chef Zubir , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan kebudayaan), Datin Riana (DRS) dan Puan Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor)
Chef profesional dan hakim Masterchef Malaysia Chef Zubir Zain yang juga Pengerusi Workd Chef Battlefield Malaysia akan mengetuai pertandingan. Panel penghakiman pula akan diketuai oleh ketua hakim Otto Weibel dari Switzerland. Otto telah menghabiskan lebih dari 30 tahun kerjaya memasak di Singapura. Dia telah membantu di restoran ayahnya sejak berusia 10 tahun dan digelar Godfather dalam bidang kulinari Singapura.
Antara juri lain pula terdiri daripada profesional industri dari Malaysia, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...