RASA Layan Curry Fiesta (RLCF) baru sahaja melabuhkan tirai pada ahad yang lalu selepas empat hari berlangsung dengan penuh meriah.
Diadakan selama 4 hari dari 5 hingga 8 September di ruang Parking B, Setia City Convention Centre (SCCC), pelbagai aktiviti dan jualan menarik dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir.
Kewpie jenama mayonis dan dressing salad yang tidak asing lagi di Malaysia turut bersama memeriahkan RCLF sebagai penaja bersama dalam festival yang julung kali diadakan itu.
Antara yang menarik di booth Kewpie dan mendapat sambutan ramai adalah pembelian dua produk Kewpie dengan hanya RM15. Bukan sahaja dapat membeli produk dengan harga yang murah malah pengunjung juga berpeluang mendapat hadiah menarik dan percuma dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Ads
Dengan mengimbas kod QR pengunjung turut berpeluang bermain games dan memenangi hadiah-hadiah menarik sepanjang fiesta berlangsung. Nak rasa produk Kewpie yang ada juga turut disediakan.
Untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri keenakkan produk Kewpie, roti john yang dimasak segar di sini dan diletakkan mayonis Kewpie boleh dirasai secara percuma oleh pengunjung.
Ads
Raja Roti John KewPie: Siapa Lagi Power?
Tak cukup kemeriahan di booth, Kewpie juga menganjurkan satu aktiviti pentas dengan mencari Raja Roti John. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. 3 orang yang terawal mendaftar bagi menyertai pertandingan tersebut masing-masing menunjukkan bakat untuk bergelar Raja Roti John Kewpie.
Ads
Memang cukup meriah dan rasa roti john yang dihasilkan cukup enak dan menyelerakan.
Pemenang yang telah berjaya menambat hati juri dengan Roti John yang dihasilkan bukan sahaja diberi gelaran Raja Roti John Kewpie malah turut membawa balik hadiah Utama berupa Produk Kewpie bernilai RM100.
Kemeriahan diteruskan di booth Kewpie dengan aktiviti yang disediakan. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk Kewpie dengan harga yang ditawarkan selain menyertai aktiviti-aktiviti lain yang menarik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudah pun tiba. Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor).
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab. Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat,
“Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luar sana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
Anda sudah bersedia untuk memeriahkan festival pertama FGV? Rugi kalau tak datang ke festival ini kerana banyak tawaran hebat produk-produk FGV seperti Ladang’57, SAJI, ADELA, BRIGHT COW dan SERI PELANGI. Memang sangat berbaloi buat pengunjung.
Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA 2024 bakal berlangsung pada 12-14 Julai 2024 di MAEPS Serdang. Dijangkakan festival ini akan menarik himpunan rakyat Malaysia dari seluruh negara. Lebih meriah dan lebih gah.
Sambutan ini akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam, sarat dengan pelbagai aktiviti yang dirancang dengan penuh teliti, dan ini melambangkan aspirasi serta semangat sebuah komuniti yang berada di ambang transformasi.
FGV Holdings Berhad (FGV), sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda keterjaminan makanan negara dan produk agri yang lestari untuk generasi akan datang, berhasrat menjadikan festival ini sebagai satu platform untuk mempamerkan produk rangkaian makanan, barangan pertanian serta perkhidmatan FGV.
Ini merupakan festival julung kali oleh FGV. Semestinya pelbagai aktiviti menarik disusun buat semua peringkat umur.Sudah pasti pelbagai hadiah menarik menanti anda seisi keluarga!
Pelbagai Aktiviti Dan Tawaran Hebat Buat Pengunjung
Paling utama, jangan lupa kunjungi Mini Market “Kedai FGV” dengan barisan produk-produk jenama FGV yang sering anda gunakan. Tambahan pula, terdapat tawaran harga menarik pada ketika itu. Jangan lepaskan peluang ini.
Bagi anda yang ingin mencabar diri, inilah masanya sertai Pertandingan Memasak “Perajurit Dapur”. Hantarkan video memasak paling kreatif anda (2-3 minit) yang mempamerkan kehebatan resepi menggunakan sekurang-kurangnya 4 produk keluaran FGV di https://www.fgvholdings.com/fgv-perajurit-dapur/
Tarikh Tutup: 29 Jun 2024. Rakam video dan hantar sebelum terlambat!
Siapa tahu, anda mungkin menjadi pemenang bertuah yang berjaya merebut hati juri. Tonjolkan kemahiran anda dengan menyertai pertandingan ini. Jumlah hadiah melebihi RM15,000 untuk dimenangi.Wow memang hebat.Jom ajak keluarga dan rakan-rakan untuk turut serta. Lagi ramai, lagi meriah!
Seterusnya, di festival ini juga ditawarkan Pakej Umrah Rahmah buat anda. Menariknya, Pakej Umrah Rahmah yang ditawarkan ini bermula serendah RM6,490 seorang selama 10 hari 8 malam dan dianggarkan berangkat di antara bulan Ogos hingga Disember 2024.
Jangan lupa dapatkan bahan keperluan bercucuk tanam seperti anak-anak pokok, baja, racun tanaman dan banyak lagi pada harga yang menarik.
Antara aktiviti yang anda boleh sertai adalah demo masakan oleh chef tempatan serta berpeluang untuk dapat sampel barangan daripada FGV. Pastinya meriah nanti.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA 2024, 12 hingga 14 Julai 2024, 10 pagi -10 malam di MAEPS Serdang.
Masuk adalah percuma. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda dan seisi keluarga.
Nak menang hadiah-hadiah menarik dari FGV? Datanglah ke Festival FGV! Jumpa anda di sana!!!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Berita baik buat para penggemar biscoff, Cinnabon kini telah memperkenalkan Siri Lotus Biscoff yang terdiri daripada satu Cinnabon dan dua minuman, disemai dengan rasa Lotus Biscoff yang cukup lazat.
Produk pertama dalam siri ini adalah Lotus Biscoff Cinnabon baharu. Ciptaan baharu ini menggabungkan roti gulung cinnabon yang ikonik dengan kekayaan karamel Lotus Biscoff. Cinnabon Malaysia telah mencipta frosting keju krim berperisa Lotus Biscoff, bersama-sama dengan karamel mewah dan serbuk biskut Lotus Biscoff. Gabungan ini menjanjikan hidangan yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga dan rakan-rakan.
Boleh didapati dalam saiz klasik dan mini, Lotus Biscoff Cinnabon ditawarkan untuk masa terhad, menawarkan gabungan keselesaan dan kemeriahan perayaan yang menggembirakan di dalam satu hidangan yang lazat, menjadikannya ideal untuk dimakan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Siri Lotus Biscoff juga memperkenalkan dua minuman baharu iaitu Lotus Biscoff Latte dan Lotus Biscoff Chillatta®. Minuman ini menonjolkan rasa Lotus Biscoff yang istimewa dan menjanjikan pengalaman minuman yang penuh kenikmatan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.
“Kami teruja untuk membawakan rasa segar dan lazat ini kepada rakyat Malaysia, membolehkan mereka menikmati pengalaman baharu untuk isi rumah mereka. Dengan pengembangan kami yang berterusan di seluruh Malaysia, kami berharap dapat mencipta pengalaman rasa terbaik untuk peminat-peminat kami dan berharap semua orang berkongsi lebih banyak detik-detik manis dengan kami,” kata Andy Chaw, Pengasas AC Hesed Group.
Kunjungi Cinnabon di The Exchange TRX, Nu Sentral, Sunway Pyramid dan IOI City Mall dan rasai sendiri siri Lotus Biscoff terbaharu daripada Cinnabon ini! Anda pasti terpukau dengan kelazatannya!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!