
Anak susah nak makan sayur, hah idea ni boleh bantu korang. Buat menu ni pasti mereka akan suka. Sayur jadi kudapan anak-anak.Kerepek terung ni memang sedap kerana rasanya yang rangup. Sekejap je habis.
Kerepek terung
Bahan-bahan:
Terung
Garam secukupnya
Serbuk kunyit-beli online di sini
Tepung jagung-beli online di sini
Serbuk cili-beli online di sini
Cara membuat:
1.Pastikan terung yang keras.Yang lembek tak jadi. Potong terung nipis-nipis.
2.Tabur garam, serbuk kunyit gaulkan.
3.Kemudian tabur tepung jagung bagi ia bersalut dengan terung tadi.
4.Nak pedas saya tabur serbuk cili. Kemudian bolehlah goreng.
Kalau ada tepung bestari lagi sedap. Tak payah letak garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
*Tepung tak perlu bancuh air. Tabur je sebab nanti air yang ada pada terung akan lekatkan tepung tadi.
Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar
Resipi Mudah Tumis Petola Dengan Bebola Ikan, 10 Minit Dah Siap!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pajeri Nanas Negeri Sembilan Style, Pelengkap Hidangan Istimewa Bersama Keluarga

Pajeri Nanas Negeri Sembilan Style, Pelengkap Hidangan Istimewa Bersama Keluarga.
Pajeri Nanas memang sedap dimakan bersama lauk pauk yang lain. Rasa masam-masam manis membuatkan sajian ini cukup berselera dinikmati bersama keluarga. Jom kita cuba resipi Pajeri Nanas Cara Negeri Sembilan yang dikongsikan oleh Azie Mat Junus Menurut wanita ini, resipi Pajeri Nanas tersebut diperolehi daripada arwah ibunya. Selamat mencuba!
RESIPI PAJERI NANAS CARA NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas
1o biji bawang kecil (merah) dimayang halus – beli online
10 biji bawang putih dimayang halus – beli online
2 inci halia dimayang halus – beli online
2 tangkai daun kari
3 sekawan (kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
Segenggam udang kering kasar – beli online
2 pek kecil serbuk kari – beli online
10 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar kerisik – beli online
2 kotak santan segera (kalau guna santan perah dalam 1 setengah biji kelapa)
Air untuk yang guna santan kotak
Garam
Gula kelapa atau gula biasa
Bahan perisa jika suka
CARA MEMBUAT:
1. Bahan yang dihiris ditumis sampai sedikit garing. Udang kering pun tumis sekali.
2. Sudah garing masukkan campuran cili kisar dan rempah kari. Tumis lagi bagi pecah minyak.
3. Sambil itu masukkan gula kelapa. Garam dan gula tidak perlu banyak jika nanas jenis manis.
4. Biar sampai jadi begini.
5. Selepas itu masukkan nanas yang sudah dipotong tadi. Jangan masukkan air, api sederhana sahaja. Ini proses pecah air, tujuan agar air nanas keluar.
6. Kacau selalu tetapi tidak boleh kasar-kasar takut nanti berkerak bahagian bawah atau nanas patah-patah.
7. Apabila nanas sudah mula kecut, baru masukkan santan. Tidak perlu tambah air. Ini semua air daripada nanas.
8. Apabila sudah jadi seperti ini, barulah masukkan kerisek. Rasa pajeri ini macam ala-ala rendang.
9. Beginilah hasil kejadiannya. Bolehlah dihidangkan.
Sumber kredit: Azie Mat Junus
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pulut Udang Mewah Dengan Inti, Peniaga Ini Kongsi Step By Step Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
3 Resipi Filipina Yang Mudah & Kena Dengan Selera Orang Malaysia.

Masakan Filipina agak ringkas dan banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Maka tak hairanlah jika hidangan-hidangan ini memenuhi citarasa orang kita. Jom cuba. Seronok juga try menu baru di hujung minggu ni.
1. TERUNG DADAR FILIPINA (TORTANG TALONG)
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji terung
- 2 biji telur
- 1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
- 10 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Terung dibelah dua tetapi tidak putus. Kemudian bakar hingga lembut.
- Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata. Ketepikan.
- Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
- Tuangkan lebihan telur di atas terus tadi.
- Goreng hingga masak.
- Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.
2. BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang | potong kiub
- 1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
- 1 biji kentang | potong dadu besar
- 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
- 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
- 1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh empingan cili kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 cawan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 6 sudu makan minyak masa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang putihhingga wangi.
- Masukkan daging. Kacau hingga daging berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
- Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
- Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
- Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.
3. KWEK KWEK
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- Sedikit tepung ubi kayu | untuk salut telur
- Minyak masak |untuk menggoreng
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
- 1 cawan tepung gandum
- 150ml air sejuk
- Pewarna oren
- Lada sulah dan garam secukup rasa
- 150ml air
BAHAN SOS:
- 2 sudu makan cuka
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan sos tomato
- 3 sudu teh kicap manis
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulahdan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air secukupnya. Kacau lagi.
- Titikan beberapa titik perwarana oren. Kacau rata.
- Sementara itu panaskan kualidan gaulkan telur dalam bekas berisi tepung ubi kayu.
- Kemudian celupkan dalam adunan tepung tadidan goreng di atas api sederhana hingga garing.
- Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan, kacau rata.
- Hidangkan sos bersama Kwek-Kwek.
INFO CHEF: Kwek-Kwek adalah makanan kudapan ringan di kalangan masyarakat Filipina. Ia juga sering dijadikan bekal untuk anak-ana sekolah di Filipina.
Resipi Solok Lada Paling Mudah. Makan Dengan Nasi Kerabu Memang Layan Sungguh!

Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Salah satunya resipi perkongsian saudari PuAn AIn ni. Memang mudah. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 13-14 biji cili solok | dibelah dan dibuang biji
- 4 ekor ikan sardin saiz sederhana | dikukus @ direbus
- 3-4 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 6-7 biji lada hitam
- 2 biji telur
- 1 genggam kelapa parut
- 2 sudu makan santan pekat
- Garam, gula & perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam dan kelapa parut. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas diikuti telur. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam, gula serta perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
4. Sumbat adunan tadi ke dalam cili yang telah dibelah dan dibuang biji.
5. Kukus solok lada sehingga masak @ lembut.
6. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Pastikan adunan inti tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah kelapa parut dengan secukupnya.
Kredit resipi & gambar: PuAn AIn