Kerepek popia sira manis dan pedas ini memang boleh buat kita rasa ‘ketagih’. Dah mula makan, susah nak berhenti. Sesuai dijadikan snek atau kudapan saat menonton TV dan sebagainya.
Bagaimana caranya nak buat? Boleh rujuk resipi yang dikongsikan oleh puan Ai Haiza Abdul Jabar ini ye. Selamat mencuba!
Ambil kepingan kulit popia. Bahagikan dua. Kemudian digulung guna straw. Setelah itu gunakan bancuhan tepung sebagai pelekat.
Kemudian gulungan popia itu dipotong mengikut cita rasa masing-masing.
Masukkan ke dalam air fryer. Goreng dengan suhu 180C. Lepas 10 minit pertama, golek-golekkan bagi sekata. Kemudian bakar lagi sehingga popia garing. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat sira manis pedas; tumis semua bahan sehingga sedikit pekat.
Kemudian tapis minyaknya sebelum digaul bersama popia yang sudah garing tadi. Pastikan kedua bahan sejuk barulah digaul rata ye.
Ads
Setelah itu, bakar lagi dalam suhu 180C kira-kira15 minit untuk hasil lebih rangup. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Banyak lagi stok mi segera, jom buat cucur mi segera. Sedap weii buat sarapan atau minum petang.
Tepung gandum campur mi maggi, jangan lupa rebus dulu biar lembut dan toskan. Masukkan bawang,telur, daun bawang dan cili merah, tadaaa dah siap. Kala PKP ni masak yang mudah mudah dan ramuan minima. Kena banyak beringat jimatkan bahan dapur tau. Jom ikut resipi dari Noraina Said ni.
CUCUR MAGGI
BAHAN-BAHAN : 2bungkus megi – masak macam biasa,bg lembut dan tos kan (jangan campak perencah skali.huhu) 1 1/2 cawan tepung gandum 2 biji telur Bawang besar – potong dadu Cili merah – hiris nipis Garam secubit Daun sup+daun bawang (potong halus) Sedikit air Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Gaulkan semua bahan sebati. Goreng hingga garing. Siap! Selamat mencuba!
Suka makan snek dan tak boleh berhenti mengunyah? Ada 6 “super food” penuh khasiat yang anda boleh kunyah tanpa risaukan berat badan! Ucapkan selamat tinggal pada junk food!
1. KRANBERI KERING
Buah kranberi bukan sahaja sedap dimakan, malahan ianya penuh dengan khasiat untuk wanita. Ianya rendah karbohidrat, tetapi kaya dengan sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Sebagai wanita, kita sering didengari dan kadang-kadang kita sendiri ada masalah jangkitan saluran kencing (UTI) atau Urinary Tract Infection, bukan? Kranberi mengandungi proanthocyanidins yang membantu dengan melekat kepada bakteria dan menghapuskan mereka agar mereka tidak dapat melekat pada dinding saluran kencing.
Dikhabarkan berasal dari China, buah kiwi dikenali dengan khasiat perubatannya sejak zaman dahulu. Buah yang dikategorikan sebagai buah eksotik ini mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih tinggi dari buah oren dan lemon! Kandungan Vitamin C yang tinggi menjadikan ia bersifat antioksidan yang kuat, sekaligus membantu dalam mengelakkan pertumbuhan kanser atau inflamasi. Selain itu, buah kiwi juga terkenal sebagai buah yang membantu meningkatkan tahap imuniti seseorang.
Buah tin mengandungi gula semulajadi, mineral dan serat larut yang tinggi. Ianya kaya dengan mineral termasuk kalium, kalsium, magnesium, dan zat besi dan merupakan sumber antioksidan A, E dan K yang baik. Segar atau kering, buah tin adalah sumber yang penting dari kedua-dua jenis serat makanan. Serat larut membuatkan kita berasa kenyang dan menggalakkan tahap gula darah dan kolesterol yang sihat, manakala serat tidak larut menyokong pencernaan yang baik dan usus yang teratur. Kalium dalam buah tin pula membantu menjaga cecair dan mineral seimbang di dalam dan di sekeliling sel-sel dan seluruh badan anda, yang penting untuk fungsi saraf, otot dan jantung yang normal. Dikenali sebagai buah yang turun dari syurga, buah tin semestinya datang dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kita semua.
Betik adalah buah tropika dengan rasa manis yang unik dan eksotik. Ianya kaya dengan serat makanan, antioksidan, dan beta-karoten. Papaya kering adalah salah satu kudapan yang baik untuk memenuhi keinginan terhadap makanan manis sambil menyediakan tubuh dengan sumber tenaga nutrien. Selain itu, betik juga membantu sistem pencernaan kerana mengandungi enzim yang penting untuk mencerna protein, lemak, dan kanji. Tambahan pula, serat buah ini membantu dalam penstrukturan semula saluran pencernaan. Buah betik kering juga bersifat alkali, dan inilah salah satu sebab ianya sering dimakan untuk menenangkan perut yang terganggu.
Digemari oleh kebanyakan golongan vegetarian kerana potensi protein mereka, kacang kuda adalah sumber serat yang hebat. Ianya kaya dengan sumber protein yang baik dan tidak mempunyai kalori yang tinggi atau lemak tepu seperti yang terdapat dalam sumber protein yang lain. Di samping itu, kandungan serat yang tinggi, kalium, vitamin C, dan vitamin B-6 menyokong kesihatan jantung serta membantu menurunkan jumlah kolesterol dalam darah dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu kajian membuktikan bahawa pegambilan 4069 mg kalium setiap hari mempunyai risiko kematian sebanyak 49% lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1000 mg sehari).
Walaupun kecil, kacang pistachio adalah sangat berkhasiat. Kekacang kecil ini mengandungi protein, serat dan banyak vitamin dan mineral. Menambah pistachio dalam pelan pemakanan juga boleh memberi manfaat kepada hati anda. Kacang pistachio adalah sumber protein tumbuhan yang sangat tinggi, menyediakan jumlah asid amino yang mencukupi dan seimbang. Selain itu, ianya juga sangat kaya dengan phytosterols, yang secara langsung dikaitkan dengan menurunkan tahap kolesterol, dan boleh menawarkan perlindungan daripada beberapa jenis kanser. Kacang pistachio yang lazat ini telah lama dilihat sebagai simbol kesejahteraan dan kesihatan sejak zaman purba.
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Yogurt memang best. Kalau campur dengan aneka buah segar, memang sedap. Selain itu yogurt ni juga pelbagai guna. Boleh letak dalam masakan, minuman, manisan dan macam-macam lagi. Nak belajar buat yogurt secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT YOGURT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
300gm susu tepung
1 liter air panas
7 sudu besar yogurt starter (guna yogurt yang ada LIVE CULTURE. Empunya resipi guna brand Nestle Natural Set)
CARA MEMBUAT:
A. BANCUH SUSU:
Dalam periuk, masukkan air panas dan susu tepung. Panaskan guna api sederhana. Sentiasa kacau.
Masak sampai berbuih dekat tepi periuk. Tutup api dan biarkan susu suam.
B. SAMBIL TUNGGU SUSU SUAM, STERIL BALANG KACA.
1. Penuhkan balang dengan air panas. Steril selama 10 mins 2. Kemudian keringkan secara ‘air dry’. Jangan lap ye. Nanti terkena bakteria.
C. MASUKKAN YOGURT STARTER
1. Bila dah suam kuku, masukkan yogurt 7 sudu besar dan kacau. Kalau ada termometer, suhunya (susu) 60c. ( Nota: JANGAN MASUKKAN YOGURT MASA SUSU PANAS) 2. Kalau tak ada termometer, test dengan hujung jari. Susu masih panas tapi jari tak melecur.
D. MASUKKAN DALAM BALANG
1. Setelah masukkan yogurt dalam balang, pastikan ada ruang kosong macam balang saya. Ia bertujuan membolehkan bakteria bernafas.
E. SEDIAKAN INKUBATOR
1. Lapik 2-3 helai surat khabar lama dalam bekas tu.
F. SEDIAKAN AGEN PEMANAS
1. Isi air panas dalam beberapa plastik begini.
G. PERAM!
1. Masukkan balang kaca dalam inkubator. Selitkan plastik air panas di ruang kosong. 2. Pastikan ada sehelai dua surat khabar antara plastik air panas dengan balang. 3. Tutup inkubator. Peram 8 jam. 4. Kalau lepas 8 jam, yogurt anda belum betul-betul kental, gantikan air panas baru dan peram lagi 2-3 jam.
Next time nak buat lagi tak payah beli starter di kedai. Boleh guna yogurt homemade yang ini saja jadi starter. Selamat mencuba!
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.