Ads

Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!

Kerepek Ngaku memang cukup sinonim bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina. Ngaku @ Arrowhead ini banyak dijual di pasaraya dan menjadi antara snek kudapan wajib ada setiap kali musim perayaan. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, ngaku biasanya dijadikan kerepek yang rangup dan lemak-lemak manis. Memang sedap!

Nak cuba buat sendiri di rumah? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Lina Wanadee ini. Rasanya rangup, lemak-lemak manis dan memang membuka selera. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalah. Memang mudah resipi ini. Selamat mencuba!

Resipi Kerepek Ngaku Yang Mudah, Sedap & Rangup

Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!

Bahan-bahan:

  • Ngaku / Arrowhead
  • Minyak masak
  • Sedikit garam

Cara Memasak Kerepek Ngaku

  1. Kupas kulit ngaku dan cuci bersih. Jangan buang tangkainya. Kemudian toskan hingga kering dan pastikan tiada air yang masih menitik.Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!
  2. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak dan masukkan sedikit garam ke dalam minyak.
  3. Ambil ngaku tadi dan sagat terus ke dalam minyak panas. Pastikan hirisan nipis itu terendam sepenuhnya ketika menggoreng.Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!
  4. Apabila ngaku sudah bertukar kekuningan dan kelihatan rangup, angkat dan toskan minyaknya. Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!
  5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara supaya kekal rangup lebih lama.

Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!

Tip Penting Supaya Kerepek Ngaku Lebih Rangup

Sagat terus ngaku ke dalam minyak panas. Jika disagat lebih awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sesama sendiri dan tidak terlerai semasa digoreng. Hasilnya, kerepek menjadi tidak rangup dan kurang menjadi.

Pastikan juga minyak benar-benar panas sebelum mula menggoreng. Ini membantu kerepek ngaku menjadi garing sekata dan tidak menyerap terlalu banyak minyak. Gunakan api sederhana supaya warna kekuningan yang cantik dapat dicapai tanpa cepat hangus.

Ads

Kenapa Kerepek Ngaku Jadi Kudapan Wajib Musim Perayaan?

Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, kerepek ngaku menjadi antara kudapan tradisional yang sentiasa dicari. Teksturnya yang ringan dan rangup menjadikannya sesuai dihidangkan kepada tetamu. Rasanya yang lemak-lemak manis pula membuatkan sesiapa sahaja sukar berhenti mengunyah.

Bukan sahaja sesuai ketika musim perayaan, kerepek ngaku juga sedap dijadikan snek minum petang atau kudapan santai bersama keluarga. Dengan hanya tiga bahan asas dan langkah yang mudah, anda sudah boleh menyediakan kerepek ngaku homemade yang lebih segar dan terjamin kebersihannya.

Ads

Kredit resipi & foto: Lina Wanadee 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Buat Sendiri Kerepek Pisang Sedap & Rangup Hanya Guna 3 Bahan

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi Mi Kari Stail Chinese Ipoh Paling Sedap & Padu, Sekali...

Mi Kari Stail Chinese Ipoh dengan kuah cair berempah dan lemak santan memang sedap dan tak muak. Cuba resipi simple ini untuk hidangan puas makan!