Kepala ikan bilis biasanya akan diasingkan terlebih dahulu sebelum memasak atau menggunakan ikan ini dalam masakan.
Tapi selepas diasingkan, kepala ikan bilis jangan terus dibuang. Ia masih ada kegunaannya terutama jika turut menanam sayur dan pokok bunga di laman rumah.
Bahagian ini boleh dijadikan baja yang sangat berkesan untuk tanaman. Selain tulang ikan bilis yang selalu kita asingkan malah serbuk hancur di bawah bungkusan ikan bilis juga boleh digunakan.
Baca: Petua Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Walau Dah Sejuk. Guna Cuka Atau Tepung, Ini Caranya
Boleh dijadikan baja kepala ikan bilis
Bagaimana untuk buat baja dari sisa ikan bilis ini? Caranya sangatlah mudah.
1. Ambil satu cawan sisa ikan bilis campur dengan 2 liter air.
2. Kisar keduanya hingga hancur dan ia boleh terus digunakan.
3. Boleh terus siram pada pangkal pokok bunga untuk supaya berbunga lebat. Jika tanam pokok cili juga siram untuk melebatkan buahnya.
Tip simpan ikan bilis yang siap dibersihkan
Ikan bilis lebih elok simpan dalam peti sejuk bahagian ‘chiller’. Tetapi sebelum itu pastikan ikan bilis dibungkus dalam plastik atau bekas kedap udara.
Elakkan dari sinaran cahaya matahari secara langsung terhadap ikan bilis. Sebab pancaran UV yang berterusan akan rosakkan ikan bilis.
Sumber: Ardi Tani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI